CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akudansesuatu

NOVEL : LELAKI Bab 19

[Copy link]
 Author| Post time 17-10-2019 04:18 PM | Show all posts
"Okey, kita go through satu-satu. Mana yang awak tak faham, stopkan saya, tanya terus. Slow and steady," nada Izhan mula berlembut. Dia tersenyum manis, tidak mahu Nur Hana mula stress. Dia patutnya memudahkan gadis ini untuk lebih memahami tentang tugasannya.

Nur Hana menarik nafas lega. Boleh pun dia cakap lembut-lembut. Tadi cakap macam robot. Hatinya berkata-kata. Sedikit rasa aneh mula menyelinap masih ke jiwanya. Entah kenapa, pipinya terasa panas.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2019 03:38 PM | Show all posts
akudansesuatu replied at 16-10-2019 01:09 PM
"Awak taknak kita buat sesi suai kenal dulu ke?" suara lembut Nur Hana memecah kebisuan mereka.

" ...

wah..menarik.
ada ilmu

aci sesendol..bunyi kelakar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2019 04:05 PM | Show all posts
Ipo replied at 18-10-2019 03:38 PM
wah..menarik.
ada ilmu

adeh...idea ada ipo..
tapi nak pelbagaikan cara menulis tu tak bape mahir lagi
kena banyak membaca la jwb ny
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2019 04:27 PM | Show all posts
Perpstakaan Fakulti Kejuruteraan UiTM Shah Alam

"Okey! Saya faham. Maksud awak, saiz piston, valve dan aturan spark plug akan mempengaruhi penggunaan petrol, kecekapan injin dan kesan emisi? Sebab tu teknologi sekarang tiga item ni banyak direka khas untuk mengurangkan kandungan gas beracun yang dilepaskan dari ekzos kenderaan?" hujah Nur Hana nampak yakin.

"Tepat sekali. Ia selari dengan piawaian antarabangsa macam Euro 4 dan Euro 5 yang awak sebut dalam bab selepas ini. Pengeluar sekarang berlumba-lumba untuk hasilkan kenderaan yang lebih mesra alam," Izhan tersenyum apabila Nur Hana sudah mula faham apa yang perlu diperbetulkan dalam tesisnya. Cepat belajar juga budak ni. Izhan bergumam.

"Oo... patutlah Puan Kartini suruh saya repair balik bab ni. Rupanya banyak yang menyimpang. Saya ingatkan penggunaan petrol dan diesel semata-mata sahaja yang jadi penyebab utama pelepasan gas beracun," ada senyuman manis di bibir Nur Hana. Dia sudah tahu yang mana perlu diperbetulkan.

"Saya rasa bukan Puan Kartini,"

Nur Hana kehairanan, tidak faham maksud Izhan.

"Saya rasa dekan yang tak luluskan tesis awak ni. Mungkin dekan ada pengetahuan pasal injin kenvensional. Atau dia bekas mat motor," Izhan tersengih, padahal dia pun tak begitu mengenali siapa dekan yang dimaksudkan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2019 04:36 PM | Show all posts
Nur Hana tekun meneliti semula perenggan-peranggan yang perlu di ubah. Dia membentuk-bentuk mulutnya. Bagai sedang berfikir sesuatu.

"Tapi ada benda yang saya tak faham," mata dia dan Izhan bertemu.

"Apa dia?"

"Macam mana bentuk enjin? Piston? Kebuk pembakaran??"

Izhan terdiam. Pandangan mata Nur Hana masih belum berkalih dari memandang tepat kepadanya. Segera dia yang mengalah, tidak mahu terus menerus memandang mata besar dengan anak mata yang cukup hitam itu.

Izhan memandang jam di pergelangan tangan kanannya. Sudah pukul dua belas tengahari.

"Macam ni, lepas jumaat nanti awak ikut saya pergi bengkel kawan saya dekat TTDI. Saya boleh tunjukkan benda-benda yang awak nak tengok tu," Izhan membuat tawaran. Baginya, lebih mudah kalau Nur Hana dapat melihat sendiri komponen injin. Pengalaman melihat dengan mata kasar jika dibandingkan dengan menonton animasi atau video di internet adalah dua perkara yang sangat berbeza.

Aik? Tadi kata nak tolong kejap je, ni dah melarat sampai nak bawak pergi bengkel apa cerita pulak ni Izhan? Dia mengata diri sendiri. Cakap tak serupa bikin!

Senyuman di bibir Nur Hana menghilang. Dia mula bersandar pada kerusi sambil berpeluk tubuh. Kakinya disilangkan.

"Saya kenal awak tak sampai pun tiga jam," sambil Nur Hana menjeling jam tangannya.  "takkan senang-senang je saya nak ikut awak pergi mana-mana. Saya tahu nama awak aje pun,"

Izhan terdiam. Nur Hana memulangkan semula kata-kata Izhan sewaktu awal pertemuan mereka tadi. Ni mesti pasal aku tak layan request dia tadi. Boleh tahan jugak dia punya balas dendam.

"Ikut awaklah nak pergi ke tidak. Awak yang nak menulis, bukan saya..." Izhan tersenyum tenang.

"Jap! Kejap! Bukan maksud saya macam tu..." Nur Hana mengalah. Dia sebenarnya hanya mahu sedikit maklumat tentang Izhan. Bukan mahu buat lelaki ini terasa hati.

Izhan tersenyum dalam hati.

"Lain kali jagan melawan cikgu. Saya dah makan garam, gula, bunga cengkih, kayu manis berkilo-kilo dari awak." Senyumannya terukir, tetapi muncung Nur Hana masih sedepa.

"Kalau awak nak tengok dengan mata sendiri part-part injin yang awak nak tahu, boleh pergi bengkel kawan saya. Saya boleh bawakan,"

Nur Hana menjeling Izhan, masih membisu.

"InsyaAllah, saya tak kipnap awak," Izhan berseloroh, cuba memujuk Nur Hana yang masih membisu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2019 10:54 AM | Show all posts
Edited by akudansesuatu at 5-11-2019 10:59 AM

BAB 4


TTDI Jaya, Seksyen U2, Shah Alam.

Nur Hana menjeling jam tangannya untuk yang ke lapan kali. Sudah pukul tiga petang, tapi kelibat Izhan masih tidak kelihatan. Dia mengeluh halus.

Bengkel motosikal dengan papan tanda Pak Ngah Motorsport yang setentang dengan jalan besar sudah pun dibuka kira-kira jam dua setengah tengahari tadi. Dua orang pekerjanya terus sahaja menyambung kerja-kerja membaikpulih motosikal.

Mana Izhan ni... aku dahlah tak pernah jejak kaki kat bengkel motor ni. Nur Hana sudah kerisauan. Jika diikutkan lokasi yang dikongsi Izhan melalui aplikasi Waze tadi, memang inilah tempatnya. Takkan aku silap kot?

Tiba-tiba cermin tingkapnya diketuk. Nur Hana sedikit terperanjat tapi hatinya lega apabila melihat Izhan di sebalik cermin pemandu.

"Lama ke tunggu?" terus sahaja Izhan bertanya apabila Nur Hana menurunkan tingkap.

"Lamanya solat jumaat..." Nur Hana mencebik.

"Maaflah, tolong tok imam kemas sejadah tadi," senyuman Izhan terukir. Matanya membelek kenderaan Produa Axia yang dinaiki Nur Hana. Kat mana aku pernah tengok kereta Mr. Bean ni? Dia tertanya-tanya sendiri.

"Jom,"


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-11-2019 10:56 AM | Show all posts
"Yang ini injin seketul, yang bahagian atas ni yang kita panggil silinder blok dan kepala silinder. Jadi proses pembakaran berlaku kat bahagian ni sahaja. Dan kawasan inilah yang paling panas," terang Izhan sambil diperhatikan Nur Hana dengan penuh minat.

"Ha, yang besar ibu jari dengan bonggol inilah camshaft ataupun aci sesendol. Dia duduk kat bahagian paling atas," sambil Izhan meletakkan camshaft di bahagian kepala silinder.

"Yang ini crankshaft. Bahagian paling bawah, paling berat. Semua sambungan gearbox manual atau auto, bersambung ke crankshaft. Amacam? Boleh faham?" Izhan meletakkan crankshaft di hadapan Nur Hana. Rintik peluh mula terbit di dahinya.

Nur Hana mengangguk faham sambil menunjukkan isyarat ibu jari.

"Nak pegang boleh tak?" dia tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rapi.

"Boleh tapi pakai glove ni dulu. Kotor tangan tu nanti," Izhan menghulurkan sarung tangan kain kepada Nur Hana.

Nur Hana menguak rambutnya ke belakang dan mengikat rambut panjangnya dengan getah rambut bewarna merah jambu yang ada di pergelangan tangannya. Izhan memerhati tanpa kelip, hati lelakinya terusik. Dia terpaku.

"Izhan, glove?" Nur Hana memanggil nama Izhan. Pegangan sarung tangan kain dari tangan Izhan masih belum dilepaskan.

Bagai terjaga, segera Izhan melepasnya. Beristiqfar panjang Izhan bila dia jadi begitu sebentar tadi.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2019 10:57 AM | Show all posts
"Jangan percayalah dengan Izhan tu, dia kelentong kuat tu dik," suara Pak Ngah memecahkan dunia Izhan dan Nur Hana. Izhan tersengih.

Mohd Hafiz atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah tersenyum melihat gelagat Izhan yang sedikit kekok melayan gadis kecil molek itu. Dia terperanjat pada mulanya, belum pernah Izhan bawa sesiapa ke bengkelnya.

"Ajar sikit-sikit aje Ngah, kejap lagi nak abis."

"Awek kau ke Izhan?" sengaja Pak Ngah tanya depan Nur Hana. Mana tahu betul.

"Bukanlah Pak Ngah, adik paling bongsu." Lawak Izhan tak menjadi, dia menerima jelingan tajam Nur Hana.

"Err... Pak Ngah, itu motor apa ye?" jari Nur Hana menunjuk ke arah sebuah motosikal yang hanya ada rangka, tayar dan injin. Rangka motosikal itu berwarna ungu berkilat, agak panjang jika dibandingkan dengan motosikal yang lain. Tayarnya juga lebih kecil. Tempat duduknya hanya beralaskan papas nipis.

Pak Ngah menoleh, "itu motor sprint. Motor yang Iz..."

"Ada customer depan tu Ngah," segera Izhan memotong. Tidak mahu Pak Ngah berterusan bercerita lebih lanjut. Pak Ngah segera ke hadapan kedai, ada sebuah motor yang pancit tayarnya.

"Motor apa ye?" soalan itu ditujukan pula kepada Izhan.

"Motor mat rempit," Izhan tersenyum tapi dibalas pula dengan jelingan tajam.

"Awak ni, saya tanya elok-elok tau," Nur Hana mencebik.

"La... betullah. Motor mat rempit berlesen," Izhan tergelak, "ada apa lagi yang tak faham?"

"Takde dah kot," Nur Hana masih membelek-belek bahagian-bahagian kecil injin.

"Macam mana dengan injin kereta?"

Izhan terdiam seketika.

"Awak bayangkan, ada empat biji injin ini yang disusun sebaris. Ada empat silinder blok, empat bahagian kepala silinder dan seterusnya," sambil tangannya menunjukkan bahagian injin.

"Okey! Saya faham, jadi kesan pencemarannya..." kata-kta Nur Hana tergantung.

"Empat kali ganda. Kalau satu silinder menghasilkan 20 p.p.m NoX emission, empat silinder yang ada pada kenderaan komersial, jadilah empat kali ganda pencemarannya." Hujah Izhan nampak tenang dan yakin.

Nur Hana tercengang.

"Mana awak tahu istilah-istilah NoX dengan p.p.m tu?" segera Nur Hana dapat menangkap perkataan yang keluar dari mulut Izhan. Sepengetahuannya, ia bukanlah istilah yang boleh didapati hanya dengan membaca sahaja.

Izhan kaget. Cuba mencari helah.

"Err... kan awak ada sebut dalam tesis awak?"

Nur Hana sudah mula curiga.

"Jom, dah nak masuk asar ni." segera Izhan menanggalkan sarung tangan. Dia menuju ke depan kedai meninggalkan Nur Hana yang penuh tanda tanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2019 04:22 PM | Show all posts

"Okey? Dapat ambil gambar yang nak?"

Nur Hana membelek satu persatu gambar yang diambil menggunakan telefon pintarnya. Jarinya ligat menyentuh skrin sesentuh, cuba mencari-cari jika ada gambar yang tidak jelas dan perlu diambil semula. Dia berpuas hati, cukup baginya semua bahan untuk memodifikasi sebahagian tesisnya.

"Dapat semua," tanpa memandang Izhan, Nur Hana masih leka membelek telefon bersaiz tapak tangan itu.

Izhan duduk di kerusi kayu yang disediakan di hadapan bengkel untuk melepaskan lelah menghadap jalan besar. Pokok-pokok rimbun yang terletak dihadapan deretan rumah kedai di sini memang sangat berguna apabila hari sudah menjelang petang. Ia menjadi bumbung menghalang cahaya panas terik dari terus menerjah deretan rumah kedai di sini. Suara muazzin baru sahaja berlalu memanggil untuk solat Asar.

"Teringat kat buah hati ke?" tegur Nur Hana selepas beberapa saat melihat Izhan mengelamun.

Izhan menoleh tersenyum. Dia memang cukup murah dengan senyuman.

"Takdelah..." pandangannya dihalakan kembali ke jalan besar. "rasanya takde apa lagikan?" pertanyaannya perlahan. Mungkin sudah mula rasa penat seharian memberi kuliah percuma.

"Cukup buat masa ni... nak balik dah ke?" Nur Hana melabuhkan punggungnya di sebelah Izhan. Dia menjarakkan sedikit jarak antara mereka.

"A'ah. Singgah masjid solat dulu baru pulang,"

Angin lalu menerjah pokok-pokok besar di hadapan mereka. Mengeluarkan bunyi gemersik daun-daun pohon yang beralun.

"Awak..." suara Nur Hana bergema antara dengar dan tidak.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2019 04:23 PM | Show all posts
Izhan menoleh. Keningnya diangkat bertanya 'kenapa' hanya dengan mimik muka.

"Saya lapar. Dari tengahari tak jamah nasi lagi," Nur Hana mengerutkan dahi bagai orang sudah tak makan sebulan.

Izhan tergelak. Ada rasa lucu bila melihat Nur Hana begitu. Dia pun baru tersedar yang dia juga belum menjamah apa-apa makanan sejak pagi tadi.

"Okey-okey. Sorry, lama pulak kelas petang ni. Good luck untuk tesis awak, ada apa-apa boleh terus WhatApp saya." Izhan bingkas bangun. Harap-harap sempat berkejar untuk solat jemaah di masjid berhampiran.

"Tak, maksud saya... jom pergi makan?" segera Nur Hana membetulkan salah faham Izhan. Dia tidak bermaksud untuk balik sekarang.

"Boleh? Saya nak belanja sebab tolong saya,"

Izhan terdiam. Bila last aku makan dengan orang perempuan? Nak tolak dia terasa serba salah. Nur Hana pula nampak bersungguh.

"Emm... okey. Kita solat asar dulu... err... lepas tu..." Izhan terasa kekok. Dia bukan tidak selesa tapi lebih kepada tak tahu nak buat apa.

"Saya tunggu kat kedai hujung tu boleh?" Nur Hana menunjukkan sebuah kedai di hujung deretan rumah kedai. Sebuah kedai ala thai tapi bermenu nasi lemak.

Izhan mengangguk faham. Kali ini dia malas hendak mengelak. Dia sendiri pun sudah terasa lapar. Boleh juga makan berteman hari ini. Dia bergumam sendiri.


TAMAT BAB 4

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 02:09 PM | Show all posts
Makin menarik.
Ada ilmu pasal enjin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2019 04:56 PM | Show all posts
BAB 5


Muhammad Izhan menjeling jam tangannya. Sudah 5 minit berlalu tetapi kelibat Nur Hana masih tidak kelihatan. Kata tadi dekat kedai ni, ke aku yang salah? Izhan berteka-teki sendiri.

"Nak oder makan tak bang?" tanya seorang pelayan kedai kepada Izhan apabila dia meletakkan segelas teh ais di atas meja.

"Kejap lagi dik," Izhan melemparkan senyuman. Serentak dengan itu telefon pintarnya berbunyi. Ada mesej yang masuk.

'Maaf Izhan, saya ada emergency. Nak kena balik'

Ringkas sahaja mesej dari nombor yang tidak dikenali Izhan. Tapi dia dapat mengagak yang itu mesej dari Nur Hana. Izhan menarik nafas lega. Nasib baik tak jadi!

Dia menjerit kecil di dalam hati. Bukan dia tidak mahu makan berteman, tapi dengan orang perempuan yang baru sahaja dikenali, jadi macam kekok pula.

Izhan terus memesan makanan. Perutnya perlu di isi terlebih dahulu sebelum pulang ke Bandar baru Bangi. Tentang Nur Hana dibuang seketika. Tidak mahu terlalu berfikir tentang gadis kecil molek itu. Takut juga kalau terpaut hati nanti!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2019 04:59 PM | Show all posts
Mata lebar Nur Hana melilau mencari kelibat lelaki bermotor besar tadi. Dia cukup kenal dengan superbike bersesaran 1000cc warna Honda Repsol. Walaupun dia tidak sempat melihat nombor pendaftarannya, tapi Nur Hana yakin. Dia yakin yang 'dia' adalah penunggang motosikal besar itu. Susuk tubuh sasa penunggang itu cukup dikenalinya walaupun mereka sudah tidak bersua hampir lima tahun lamanya.

Tapi... apa dia buat kat sini???

Pertanyaan itu Nur Hana telan dengan seribu satu jawapan. Nur Hana membelok kereta kecilnya melalui pasaraya besar Giant bersebelahan Stadium Shah Alam. Kelibat penunggang tadi sudah tidak kelihatan. Dia tersempak dengan lelaki itu ketika di lampu isyarat Petronas TTDI Jaya. Sedaya upaya dia cuba untuk mengekori lelaki itu tetapi hampa. Mana mungkin sebuah motokar hendak mengekori motosikal dalam keadaan kenderaan yang bertali arus.

Nur Hana memberhentikan Produa Axia itu betul-betul menghadap Stadium Shah Alam. Dia melepaskan keluhan berat sambil memeluk stering kereta. Perlukah aku terus menunggu? Nur Hana memejamkan mata. Hanya satu jawapan yang dia perlukan tapi sehingga kini dia sendiri tak mampu menjawabnya. Tanpa sedar, nama Zarul terbit dari bibirnya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2019 04:59 PM | Show all posts
Ipo replied at 16-11-2019 02:09 PM
Makin menarik.
Ada ilmu pasal enjin

Ipo... gambar mana profil pic tu?
berkenan plak
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
akudansesuatu replied at 18-11-2019 04:59 PM
Mata lebar Nur Hana melilau mencari kelibat lelaki bermotor besar tadi. Dia cukup kenal dengan super ...

Boleh bayangkan tempat tempat ni. Tempat yang aelalu jugak pergi
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ipo at 18-11-2019 08:22 PM
akudansesuatu replied at 18-11-2019 04:59 PM
Ipo... gambar mana profil pic tu?
berkenan plak

Ni cover sebuah novel lama terbitan Creative Enterprise. Novel ni diiadaptasi dan sedang ditayangkan sekarang ni.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2019 01:04 PM | Show all posts
Ipo replied at 18-11-2019 08:12 PM
Ni cover sebuah novel lama terbitan Creative Enterprise. Novel ni diiadaptasi dan sedang ditayangk ...

aku suka cover macam ni
ada something yang nk dibagitahu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2019 11:37 AM | Show all posts
Edited by akudansesuatu at 25-11-2019 11:52 AM

Taman Bangi Baru Seksyen 2, Bandar Baru Bangi.

AMIN. Izhan selesai membaca surah AL-Mulk daripada kalam Allah. Sudah menjadi rutin untuk dia membaca Al-Quran sejak remaja lagi. Setahun kebelakangan ini dia mengikuti kelas talaqqi membaca Al-Quran bersama Ustaz Arif di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi. Kelas mengaji yang menekankan konsep membaca cara Nabi Muhammad s.a.w.. Belajar dari alif, ba, ta dan membaca semula dari surah Al-Fatihah. Umur sudah masuk three series, tapi malu nak upgrade bacaan Al-Quran. Dia rasa malu pada diri sendiri. Atas sebab itu Izhan mengikuti kelas talaqqi yang berjalan seminggu sekali itu.

Izhan memerhatikan sekeliling. Rumah 2 tingkat itu terasa sunyi kerana hanya dia sahaja yang menjadi penghuninya sejak 7 tahun yang lalu. Habis sahaja pengajian di Politeknik Shah Alam, rumah di Taman Bangi Baru ini menjadi tempatnya bermastautin. Rumah peninggalan arwah ayahnya sudah masuk ke usia 20 tahun. Rumah inilah antara harta pusaka yang sempat dibeli ayahnya sewaktu muda. Namun empunya asal rumah ini tidak sempat untuk mendiaminya kerana pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Setiap 2 minggu sekali Izhan akan membersihkan tingkat atas yang tidak digunakan.
        
Television LED 60 inci dibiarkannya terpasang sekadar untuk menceriakan suasana. Telefon bimbitnya dicapai, ada mesej dari nama yang tidak disimpan.

'Saya minta maaf tak dapat belanja awak siang tadi, lain kali saya tebus balik okey?'

Izhan tersenyum. Dia tak kisah sebenarnya samaada Nur Hana mahu menunaikan janji atau tidak. Dia membantu ikhlas. Tidak mengharapkan apa-apa. Izhan membalas sepatah.

'Okey'

Azan Isyak berkumandang dari surau berdekatan. Segera Izhan bangun mempersiapkan diri. Muazzin surau Taman Bangi Baru sudah memanggil solat berjemaah.

Tamat bab 5............


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2019 11:52 AM | Show all posts
Bab 6

NURUL IMAN membalik-balikkan ayam di dalam kuali. Dikecilkan sedikit api untuk dia menumpukan pada ulam-ulaman yang akan disediakan. Gadis berusia 22 tahun itu cekap melakukan kerja-kerja dapur hingga abangnya Zamani terasa kagum. Nur Iman sememangnya tulang belakang bagi restoran Warung Kite. Dari mula penyediaan ayam dengan rempah istimewa, hingga ke gulai kari pekat, semuanya diuruskan Nur Iman. Zamani hanya perlu membantu serba sedikit sahaja. Yang lain, adik uruskan.

"Abang Izhan datang tak hari ni?" Nur Iman melaung pada Zamani yang sedang menyusun meja. Pukul empat petang nanti, Warung Kite sudah mula beroperasi. Kadang-kadang lebih awal.

"Dia kata datang lewat sikit. Nak beli barang sikit kat kedai borong. Lepas asar kot,"

Nur Iman mengangguk kecil.

Selang seminit kelibat kereta yang dipandu Izhan mula kelihatan. Nur Iman tersenyum. Maksudnya, dia boleh pulang awal hari ini.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2019 11:58 AM | Show all posts
"ABANG, bungkus nasi kukus 2. Sebungkus lebihkan sambal ye?"

"Boleh dik," Izhan segera mendapatkan kertas minyak, dua cup nasi kukus dan 2 ketul ayam berempah.

Dua orang gadis itu tersenyum nakal mengusik. Nur Iman yang berada di kaunter hanya menjeling.

"Err, abang. Tulis sikit kat kertas tu ye?"

"Boleh..." Izhan mengangguk sambil tersenyum kecil. Kebiasaannya pelanggan akan meminta untuk ditandakan sesuatu pada bungkusan nasi kukus bagi membezakan yang mana lebih sambal atau tidak.

"Okey dik, semua sembilan ringgit,"

Gadis berambut ikal itu menyerahkan sekeping not merah. Rakan di sebelahnya masih tersengih-sengih.

"Takde tulis pun bang?"

Izhan menoleh pada kedua-dua gadis itu. Tangannya masih memegang baki duit kertas seringgit.

"Dah tulis dah tu," Izhan kehairanan.

"Tak tulis pun nombor telefon abang," mereka berdua galak ketawa bersama kerana berjaya mengenakan Izhan. Izhan pula terpinga-pinga.

Main-main pulak budak dua orang ni. "Nombor telefon kedai bolehlah dik,"

"Alah, nombor telefon abanglah ye?"

Izhan tersengih. Apa alasan aku nak bagi pada diorang ni?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.072083 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list