CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22640|Reply: 160

[Tempatan] {harap2jgnkelaut}MAB redesign fesyen pakaian seragam staff dan kru kabinnya

 Close [Copy link]
Post time 11-5-2016 07:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by bluehedgehog at 12-5-2016 09:59 AM

Kerjasama MAS, Farah Khan hasilkan seragam baru
May 10, 2016
Koleksi baru pakaian seragam kakitangan MAB direka lebih bergaya dan akan terus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.



KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (MAB) hari ini mengumumkan pakatan strategiknya dengan jenama fesyen Farah Khan bagi menyuntik nafas baharu terhadap rekaan baju kebaya ikonik serta pakaian seragam kakitangan syarikat penerbangan nasional berkenaan.
Koleksi baru itu dijangka dapat dilancarkan pada suku keempat 2016 dan disusuli usaha pengeluaran selepas itu.

Kerjasama itu antara lainnya menyaksikan sentuhan Pengarah Kreatif gedung fesyen itu, Datuk Seri Farah Khan menghasilkan rekaan semua pakaian seragam pelbagai jabatan MAB termasuk anak kapal, petugas di lapangan terbang serta di bahagian kejuruteraannya.

Ketua Pegawai Komersial MAB Paul Simmon berkata pakaian seragam terutamanya baju kebaya, terbukti menjadi simbol ikonik serta sumber kebanggaan syarikat berkenaan sejak sekian lamanya.

“Menerusi kerjasama ini, kami berharap dapat merealisasikan koleksi baru pakaian seragam yang bergaya namun ada fungsinya,” katanya dalam satu kenyataan.

Simmon berkata pakaian seragam baru itu akan terus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia selain menandakan bermulanya episod transformasi MAB bagi semua pelanggannya.

Sementara itu, Farah pula menyifatkan pakaian MAB adalah rangkuman pelbagai sisi yang dikaguminya serta kalangan ahli kumpulannya manakala rekaan itu turut menjadi cetusan inspirasi mereka.

“Saya amat teruja dan gembira dengan kerjasama ini serta peluang untuk kami menghasilkan impak positif daripada segi penampilan komprehensif anak kapal, petugas di bahagian perkhidmatan serta keseluruhan pasukan Malaysia Airlines,” katanya.

Beliau turut berkongsi matlamatnya untuk mengetengahkan kemesraan, keanggunan dan hospitaliti Malaysia dalam rekaan berkenaan.
Sentuhan gaya Farah sememangnya dikenali di peringkat antarabangsa dan boleh diperoleh di lebih 70 bandar di serata dunia.

– BERNAMA












































Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2016 07:38 AM | Show all posts
Edited by monyet_2015 at 11-5-2016 04:43 AM

Bukankah ini akan menambahkan kos mas? nak buat seragam baru bukan sikit belanja..main juta juta..Mas baru je nak untung bawah Christoph Mueller..sejak muller nak letak jawatan dah start balik perangai lamatukar seragam itu bukan keutamaan penting untuk masa sekarang, tunggu mas stabil dulu....bila mas dah untung dan boleh bernafas barulah boleh tak tukar seragam pun buat masa sekarang mas boleh fly..baik spend duit itu untuk maintanence, kalau seragam baru duit manintance pun tak tak tak ada gunanya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 07:46 AM | Show all posts
tertanya camne la rupa fesyen baru
rupa2 nya blom reveal lagi

The new collection is expected to be unveiled in the fourth quarter of 2016, going into production soon after



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2016 07:48 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-5-2016 07:46 AM
tertanya camne la rupa fesyen baru
rupa2 nya blom reveal lagi

serupa vietnam punya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2016 07:48 AM | Show all posts
monyet_2015 replied at 11-5-2016 07:38 AM
Bukankah ini akan menambahkan kos mas? nak buat seragam baru bukan sikit belanja..main juta juta..Ma ...

mungkin kos bikini lagi murah kot...sbb kuantiti kain kurang
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 07:49 AM | Show all posts
ada gambar dak?

try cari tadi tak jumpa

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-5-2016 07:50 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-5-2016 07:49 AM
ada gambar dak?

try cari tadi tak jumpa

da tepek di atas
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 07:54 AM | Show all posts
gedik sungguh ha
FC nak gambar seragam MAB baru
hahahahampes kejis arr .. tu lain

tapi hahaha nak puji juga ni
cepat sungguh tepek gambar2 baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2016 07:59 AM | Show all posts
uniform Vietjet Air tu nampak murah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 08:00 AM | Show all posts
amboiiiii yang vietjet tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 08:02 AM | Show all posts


cadangan ditutup
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
pakai blazer n pants pun ok. corporate style. pastu kt blazer lekat la pin bendera msia. simple gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 08:11 AM | Show all posts
uniform skg ni pun ok. mmbawa identiti malaysia secara xlangsung. cuma corak tu kena lain ckit lah. baru perasan sarung bantal aku pun corak cmni
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kekalkn la kebaya tu...cuma corak bleh modenkn sket
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 08:18 AM | Show all posts
exceli .. uniform cabin crew MAS ... utk stewardess mmg shantek .. iols suker jer kebaya ketat cenggitu .. design pun menarik ... kaler pun shantek
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
bluehedgehog replied at 11-5-2016 07:30 AM
Kerjasama MAS, Farah Khan hasilkan seragam baru
May 10, 2016
Koleksi baru pakaian seragam kakitang ...

Gigih jugak hire fashion designer.tukar tu dh bagus dah..naik muak tgk kain batik lusuhbdepa pakai.xperlulah beria sgt corak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2016 08:25 AM | Show all posts
x perlu tukar kot.. wat tambah kos je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
I got a bad feeling about this
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 08:46 AM | Show all posts
tukar smua pakai baju kurung labuh la..bershawl bagai..baru la sharia compliance  
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 08:50 AM | Show all posts
please jangan modenkan uniform mas dengan blazer shirt skirt bagai..
kekalkan identiti kebaya tu..
cantik dan unik..
maybe kena cari corak dan kaler yang lain kot..
tapi design kebaya tu memang da cantik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.103573 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list