Setelah menyaksikan paparan video itu, bagi mereka yang mempunyai pembantu rumah pasti rasa terkedut dan lebih berhati-hati sekiranya ingin marah pembantu rumahnya.
Seorang amah telah dirakamkan melakukan perbuatan jijik terhadap majikannya di Kuwait dengan mencampurkan air kencing ke dalam minuman yang disediakan kepada mereka.
Perbuatan itu terbongkar selepas majikannya memasang kamera tersembunyi selepas mereka berasa curiga dengan amah mereka.
Dalam video itu terdapat dua amah dengan salah seorang daripadanya dilihat mengeluarkan satu bekas yang disembunyikan dari dalam seluarnya dan kemudian menuangkan air kencing itu dalam bekas minuman majikannya.
Selepas berbuat demikian dia kembali meneruskan kerjanya seperti biasa dan turut menyediakan makanan.
Sementara majikannya pula, yang enggan dikenali telah terkejut apabila melihat video rakaman berkenaan.
Susulan kejadian itu, dia telah memaklumkan kepada penduduk setempat supaya berhati-hati dengan pembantu rumah mereka.
Sebab tu kalau guna khidmat bibik ada eloknya pasang cctv utk awasi pergerakan mereka. Majikan bukan boleh nak awasi mereka sentiasa. Jadi dengan adanya cctv apa2 pelakuan yang tak betul senang dikesan. Mereka pun takut nak buat benda tak tentu arah sebab tahu perbuatan mereka akan dirakam.