Oleh Fyruz Hanna
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Begitu la peribahasa yang sering kita ungkapkan, yang sangat menuntut kita berhati-hati apabila berkata-kata atau menyatakan sesuatu supaya tidak menyakiti hati orang lain ataupun mengguris perasaan insan yang tersayang. Lidah kan sememangnya setajam pisau.
Apabila sesuatu perkataan telah dilafaz yang tidak sepatutnya dilafazkan menyebabkan pemuda ini menyesal tak sudah sehingga sanggup panjat kereta bekas isterinya.
Dalam video tersebut jelas kedengaran lelaki tersebut merayu supaya bekas isterinya keluar sambil mengetuk cermin kereta.
Walaupun ada penduduk sekitar yang ingin meleraikan 'drama' tersebut namun si suami seolah-olah menyatakan ia merupakan masalah rumahtangga.
Selain tindakan lelaki ini, netizen juga mengecam tindakan bekas istri yang mencarut, kerana ianya sangat kasar dan tidak sepatutnya diucapkan.
“Pendek kate kerana MULUT lelaki nie dia gile talak. Dan kerana MULUT perempuan tu mencarut ramai kecam. So kat sini. Jaga mulut. Telajak kereta kau bole jalan,reverse, jalan, reverse macam dalam video nie tapi kalau dah telajak kata? Lu pikior lah,” kata Nur Amira.
Ingat ya wahai lelaki, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Walaubagaimana pun, syabas kepada lelaki ini kerana masih lagi memakai helmet dan memikirkan keselamatan dirinya. -CARI Infonet. |