CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14624|Reply: 89

Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman didakwa miliki dadah

[Copy link]
Post time 1-4-2016 10:05 AM | Show all posts |Read mode





Pelakon Tony Eusoff didakwa di mahkamah S'pura miliki dadahApr 01, 2016 | 05:30 AM


ERVINA MOHD JAMIL





PELAKON Malaysia, Tony Eusoff, diheret ke mahkamah di sini semalam atas tuduhan memiliki dadah.

Menurut kertas pertuduhan yang diperolehi Berita Harian, Tony, 38 tahun, atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.


http://www.beritaharian.sg/setempat/pelakon-tony-eusoff-didakwa-di-mahkamah-spura-miliki-dadah










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2016 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
apa dadah yang termasuk dalam 'dadah terkawal kelas A' tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2016 10:10 AM | Show all posts
PELAKON Malaysia, Tony Eusoff, diheret ke mahkamah di sini semalam atas tuduhan memiliki dadah.

Menurut kertas pertuduhan yang diperolehi Berita Harian, Tony, 38 tahun, atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Kertas pertuduhan itu menyatakan bahawa dia memiliki satu paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja.

Dia didakwa memiliki dadah itu semasa di dewan ketibaan bas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 12 Mac lalu.

Akhbar ini difahamkan bahawa pelakon kelahiran Sarawak itu berada di Singapura bagi menjalani penggambaran drama The Hush terbitan Weiyu Films, yang difahamkan bakal ditayangkan mulai bulan depan.

Malah, dia juga telah memuat naik gambar yang dipercayai diambil semasa di lokasi penggambaran di Instagram beberapa hari lalu.

Tony pernah memainkan watak utama sebagai Tan Sri P. Ramlee dalam muzikal P. Ramlee The Musical dan memainkan watak seniman itu sekali lagi dalam biopik yang dibahagikan kepada dua bahagian - Saloma: Mencuri Guruh dan Saloma: Pandang Kaseh.

Selain itu, Tony juga pernah berlakon dalam pelbagai filem di seberang Tambak termasuk Cinta, Akhirat, Sepi dan Susuk.

Pelakon yang mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang seni bina itu juga pernah menjayakan muzikal La Cage Aux Folles terbitan Wild Rice di sini empat tahun lalu.

Berita Harian turut menghubungi Encik Lee Thean-jeen, yang menurut laman LinkedIn ialah Pengarah Urusan Weiyu Films. Namun, Encik Lee enggan mengulas.

Usaha akhbar ini mendapatkan komen daripada Mediacorp juga tidak berhasil kerana e-mel yang dihantar kepada kakitangan syarikat itu tidak dijawab sehingga akhbar ini dicetak.

Dadah Kelas A disifatkan sebagai dadah paling berbahaya dan menagihkan.

Jika sabit kesalahan, Tony boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga $20,000 atau kedua-duanya sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
oh okay..baru habis baca artikel..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangkanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak bersih je imej dia ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2016 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar betul.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tony Eusoff ni Serani ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2016 11:45 AM | Show all posts
elok kt bod gosip ni
@spiderman80

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 11:46 AM | Show all posts
gay boy ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 12:06 PM | Show all posts
walaupun aku tau ramai retis yang main dadah..tapi, sungguh aku tak sangka dia pun terjebak sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 12:12 PM | Show all posts
slavehunter replied at 1-4-2016 11:41 AM
Tony Eusoff ni Serani ker?

iban atau kadazan kristian
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
zamzam replied at 1-4-2016 12:12 PM
iban atau kadazan kristian

Ooooo okay tq
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:37 PM | Show all posts
name kot panjang gile smpi tak kenal aku..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:49 PM | Show all posts
DayangKirana replied at 1-4-2016 12:06 PM
walaupun aku tau ramai retis yang main dadah..tapi, sungguh aku tak sangka dia pun terjebak sekali.. ...

Singapore jangan lah main-main bab dadah. So strict diaorg punya kawalan di kastam airport
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
alahai kenapa la buat perangai kt tmpat org
abeskn la b4 g balik malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2016 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
alahai kenapa la buat perangai kt tmpat org
abeskn la b4 g balik malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:56 PM | Show all posts
aler besa le tu jantan isap ganja
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 05:01 PM | Show all posts
amik dadah untuk feel ketika berlakon ke??....hmm tu lah korang... percaya sgt dgn artis yg nampak baik ni,bila kena tangkap,terkejut mcm berok mak yeh...batak artis sgt ekk...hikhikhik

ps: nak hastag nama forumner tu tapi lupa pulak ID dia...hikhik
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 05:02 PM | Show all posts
cik_tonggek replied at 1-4-2016 08:56 AM
aler besa le tu jantan isap ganja

tu lah kan, member aku yg muka nerd pun amik ganja...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.134986 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list