CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13484|Reply: 97

RUMI by Remy Ishak

[Copy link]
Post time 25-2-2016 04:53 PM | Show all posts |Read mode
               
   

                           
Remy Ishak menunjukkan produk wangian keluarannya iaitu RUMI.

   
         
               
        KUALA LUMPUR: Pelakon Remy Ishak berkata, minyak wangi keluarannya iaitu RUMI yang dikatakan mempunyai bau seakan-akan sama seperti produk keluaran Rozita Che Wan (Che Ta) iaitu Precious By RCW adalah satu kebetulan.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 34, berkata, dia tidak pasti tentang perkara itu kerana tidak pernah mencuba produk keluaran artis wanita tersebut.

"Sama? Entahlah, saya tidak pernah pula mencuba wangian tersebut. Apa yang boleh saya katakan wangian agak subjektif untuk ditafsirkan dan persamaan itu mungkin secara kebetulan,” katanya kepada mStar Online.

Remy ditemui pada majlis pelancaran wangian tersebut di Hotel Royale Chulan di sini pada Rabu.

RUMI dikeluarkian oleh  RISA Team Global (RISA) di bawah label syarikat miliknya iaitu By Remy Ishak yang dijual pada harga RM49.90 sebotol pada kandungan 35 mililiter.

   


Tambah Remy apa yang membuatkan dia sedikit ralat, ketika  memikirkan untuk memasarkan produk wangian sendiri sejak tiga tahun lalu, Rozita terdahulu melakukannya.

   Remy Ishak. FOTO: M. AZHAR ARIF


Ketika itu dia  hanya mampu ketawa sambil hatinya terdetik, rupa-rupanya bukan dia seorang yang memikirkan idea tersebut.

"Namun, itu bukanlah menjadi masalah bagi saya. Sekadar ralat kerana artis lain yang buat dulu apa yang kita rancangkan, itu saja," katanya.

Tambah Remy dia mengambil masa hampir dua minggu untuk mencari adunan tersendiri bagi mencipta haruman tersebut.

Katanya, apa yang menggembirakan ialah impian untuk memiliki produk sendiri selepas 10 tahun penglibatan dalam dunia seni akhirnya menjadi kenyataan.

"Idea untuk keluarkan produk wangian ini sudah timbul sejak tiga tahun lalu namun atas dasar sibuk mencipta nama di dalam arena lakonan, saya pendamkan dahulu hasrat itu. Tambahan pula ketika itu saya tiada team untuk melaksanakannya," kata Remy.

Tambahnya haruman adalah perkara yang menjadi kegilaan dia sejak dulu dan agak sukar baginya mencari bauan yang menepati cita rasa sendiri.

Bagaimanapun ilham menghasikan minyak wangi tersebut terlaksana selepas dua minggu membuat eksperimen mengadun jenama wangian antarabangsa.

"Pati wangian ini didatangkan khas dari Paris dengan serapan bau bunga-bungaan untuk haruman wanita dan kayu-kayuan untuk menyerlahkan lagi imej maskulin bagi lelaki.

"Nama RUMI pula dipilih berdasarkan nama watak saya menerusi drama terbitan Astro iaitu Rumi & Jawi yang akan disiarkan pada waktu terdekat ini," katanya.

Sebelum ini Remy pernah bergelar duta kepada produk wangian lelaki Dashing selama empat tahun sebelum kontrak itu tamat pada penghujung tahun lalu.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2016 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow... artis yg nampak  busuk pertama keluarkan perfume...

Next mungkin Kamal Adli
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2016 05:00 PM | Show all posts
Nampak busuk je.. tapi sebenarnya tak.. eh.. hahaha
kadang kadang nampak busuk, kadang kadang nampak tersangat la wangi si remy ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Che ta & remy meols speku borong minyak wangi dr Dubai jah ni... koser paris bagai. Meols pakai minyak wangi che ta sebotol jah..laki meols kata mcm bau minyak atar yg tok arab dok calit kt org kt masjid jah. Skrg meols kembali ke Still by J.Lo
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 05:06 PM | Show all posts
ni perfume dari kilang sama ke.. harap x subusuk remy la
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 05:07 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 25-2-2016 04:59 PM
Wow... artis yg nampak  busuk pertama keluarkan perfume...

Next mungkin Kamal Adli

terbau busuk perfume tuh....
btw remy ni umur brp.... dah nmpk kekertuan ketara
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-2-2016 05:10 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 25-2-2016 05:02 PM
Che ta & remy meols speku borong minyak wangi dr Dubai jah ni... koser paris bagai. Meols pakai miny ...

tak sedap ke bau perfume che ta?? dengar ramai betul yang puji.. malas nak beli perfume che ta tu, takut indah khabar dari rupa

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 05:14 PM | Show all posts
aku selalu frust tgk artis keluar perfume, keluar skincare etc.

pastu claim beli kat paris, etc. lepas tu sogok budak2, mak2 budak dgn kata2 seperti proven by dermatologist la etc.

bukan retis je, bloggerati2 sekalian pun sesama. siap cakap r&d dijalankan oleh doktor sekian2 bagai..

kakak aku kata ingat senang2 ke nak keluar produk yg tak kakis kulit orang, tak effect kulit orang dan terutamanya untuk muslim yg tiada unsur syubhah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2016 05:18 PM | Show all posts
aireen24 replied at 25-2-2016 05:14 PM
aku selalu frust tgk artis keluar perfume, keluar skincare etc.

pastu claim beli kat paris, etc.  ...

yup.. setuju.. especially product yang kita tau nak buat r&d sikit punya lama.. ni entah produk mana yang dorang jumpa, bawak balik malaysia declare dah buat kajian semua bagai.. and org kita ni pulak pantang yang tukang promote tu artis.. percaya terus. entah entah artis tu sendiri pun tak pakai product dia sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 05:19 PM | Show all posts
awak nmpk tua remy..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 05:20 PM | Show all posts
apa saja ,asalkan Remy ishak .................


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2016 05:21 PM | Show all posts
HannahMontana replied at 25-2-2016 05:20 PM
apa saja ,asalkan Remy ishak .................

yeay.. ada peminat remy di sini.. hahaha
ada geng
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 05:27 PM | Show all posts
taksukapeanut replied at 25-2-2016 05:21 PM
yeay.. ada peminat remy di sini.. hahaha
ada geng

yeah .....................
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Cayo ler tu dari parisss...ntah2 parit perakk je..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 05:39 PM | Show all posts
eh 2 minggu aja amik masa nak mengadun haruman
cepatnya terhasil jangan nanti peminat beli rasa kecewa sudey
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 25-2-2016 04:59 PM
Wow... artis yg nampak  busuk pertama keluarkan perfume...

Next mungkin Kamal Adli

Kaka, mana lagi Win klu nak lawan Dato Biso Bonar keluar skincare penjagaan wajah. Muka sendiri kelabu asap, jerawat berkopeng2, muka berlubang mcm kena korek kumbang korek kayu pintu? lg ada hati nk promo..spt yg diduga x de sapa nk beli...acah2 kanye west gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2016 06:05 PM | Show all posts
aku peminat remy

hala 3 tu nampak sangat kemelayun lelaki sejati

tak suka pelakon lelaki yg babycafe sgt.. remy nampak maskulin dan bila dia kuar minyak wangi.. dia berani
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
I rasa perfume yg sheila rusly tu sedap... Kuat gile bau cam parfum dr paris.. Bau ok, xpening laa.. Tea buat sembur lepas gym... Campak je dlm beg gym tu... Botol kecik senang.. Normal ofis time pagi2 tea setia pada chloe
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Genius si remi nih. Org lain mengkaji bertahun-tahun. Heols dua minggu je mampu mngeluarkan haruman baru

Percayalahhhh sangatt
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi heshe nampak busuk berpeluh..how????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.149311 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list