CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2658|Reply: 2

Brader Bertubuh Kecil Perlu Berpada-pada Dengan Fesyen?

[Copy link]
Post time 19-2-2016 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy
Ya, buat para lelaki bertubuh kecil, tidak semua fesyen boleh digayakan kerana ia akan menjadi bahan ketawa orang sekeliling jika ia tidak sesuai.

Hari ini ramai antara kita lebih gemar meniru fesyen orang lain tanpa mengira bentuk fizikal diri sendiri.

Jadi, bagaimana cara yang paling tepat dan boleh dijadikan panduan supaya tidak lagi rasa rendah diri?






SILA IKUT:

1. Kamu tidak perlu mengenakan sut untuk tampak segak. Jika memilih sut, kekalkan corak menegak. Sebaiknya, pilih corak menegak yang bersaiz kecil.

2. Pilih saiz 'ngam-ngam' dan sedap pada badan dan bukannya baju yang terlampau ketat jika tidak mahu nampak lebih 'halus'.

3. Beri perhatian pada aksesori seperti tali leher, jam dan tali pinggang kerana ia juga memberi perhatian. Pilih yang kecil dan ringkas. Skinny tie adalah pilihan terbaik.

4. Pastikan seluar anda diseterika kerana kurang kemas menampakkan kamu lebih rendah malah tidak terurus.

5. Pakai sehelai jaket yang mempunyai satu atau dua butang saja.

6. Pilih baju T berleher V.




JANGAN IKUT:


1. Jangan mengenakan pakaian bercorak melintang.

2. Elak memilih kasut yang mempunyai tapak tinggi untuk tampak tinggi. Ia sememangnya tidak membantu sebaliknya membuatkan orang asyik terpandang kasut kamu sehingga jadi tak selesa.

3. Elak membeli pakaian yang bersaiz besar dan longgar. Ia bukannya membantu anda nampak besar tetapi hakikatnya membuatkan kamu lebih kecil dan seperti kanak-kanak.

4. Elak memakai dua lapis jaket.

5. Jangan simpan rambut panjang.

6. Elak mengenakan pakaian terang kerana menampakkan fizikal kamu yang rendah dengan ketara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2016 11:27 AM | Show all posts
Elak membeli pakaian yang bersaiz besar dan longgar. Ia bukannya membantu anda nampak besar tetapi hakikatnya membuatkan kamu lebih kecil dan seperti kanak-kanak.


patutla sedara nmpk mcm knk knk wlpun umo dh 30
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Elakkan melipat seluar.. Nmpak lg katik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.090748 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list