Di Jepun, Penumpang Masih Berdisiplin Walaupun Keretapi Terkandas
Khamis, 10 Disember 2015 | Mr Vocket
Budaya Jepun memang antara budaya yang sangat disiplin. Ini terbukti lagi apabila satu video menunjukkan bagaimana penumpang keretapi yang terkandas, berjalan keluar dalam satu barisan.
Walaupun pengangkutan awam di Jepun sangat efisyen, namun kalau sudah nak rosak ia akan tetap rosak. Dalam satu kejadian pada 16 November jam 8 pagi di Kobe, sebuah keretapi terkandas akibat kerosakan pada laluan ketika penumpang dalam perjalanan ke sekolah dan pejabat.
Memandangkan kerosakan tersebut memerlukan masa untuk diselesaikan, anggaran 5,000 penumpang diarahkan untuk meninggalkan keretapi yang ketika itu berhenti pada trek kosong. Dan mereka berjalan ke stesyen berdekatan.
Tanpa sebarang kecederaan, proses pengeluaran penumpang itu berlaku dengan tenang. Namun, ianya masih mengagumkan melihat bertapa disiplin dan tersusunnya proses tersebut.
Kesemua penumpang dilihat berjalan dalam satu barisan dan memastikan langkah mereka hanya memijak bahagian tengah trek keretapi. Kelihatan juga petugas Japan Railways berada di platform untuk meminta maaf atas kesulitan yang berlaku dan memberi penumpang sebotol teh. Memang classy!
Teringat aku MRT stuck dalam 10minit kat Singapore dulu. Ummah sana propa 2 hari tak abis. Kat sini, monorel siap terbakar, ummah marah time tu aje. Besoknya back to normal...
Sekali imbas , saya selalu terbayangkan masyarakat dan yg slow dan lembap spt ini akan ketinggalan. Tapi jepun membuktikan sebaliknya. Mungkin ke mereka jadi tertib sebab tekanan melampau pada masa silam. Dan mereka rajin sebab nak lawan balik kegagalan mereka dulu.
kat jepun emergency response team pon efisyen.. tak sempat nak meroyan bantuan dah sampai.. cuaca pon sejuk waktu ni.. so masih boleh bersabar ummah jepun tu..
Post time 15-12-2015 12:08 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Bgusnya.. x sesuai dgn jiwa i.. lol
I pernah alami beratur nk bli entrance tiket.. msa tu ramai bdk sekolah rombongan.. panjang dan serabut je.n ntah berapa line.. i dok pkir nape nk kna dorg beratur bli sndri.. xleh ke cikgu tlg bli semua.. rupanya mmg btul ckgu tlg bli.. bdk2 tu saja2 menyemak cm sial kt ctu.. alih2 ada ckgu2 pggil dr dlm pgr.. menonong ramai2 cm kambing masuk kandang...
Adoi.. why in da first place u not go lepak elsewhere lorr.. buang masa i tul..