CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 95226|Reply: 761

[SERAM BEST] MACAM-MACAM ADA...LATEST UPDATE:22/2/16

[Copy link]
Post time 7-12-2015 08:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Clover_Hill at 22-2-2016 10:09 PM

DISCLAIMER:

WALAUPUN TERTERA 'SERAM BEST' SEPERTI YANG DIANUGERAHKAN OLEH SUPERMOD KESAYANGAN RAMAI, ABANG MEDANGMRU KITA..SAYA SEBAGAI TUAN PEMBUKA GOBOK INI MENGHARAPKAN RAKAN-RAKAN YANG MENYINGGAH DI SINI TIDAKLAH MELETAKKAN HARAPAN YANG TERLALU MENGGUNUNG TINGGI..
KERANA..
CERITA SAYA SO-SO SAHAJA..
TIADA APA YANG BEST SANGAT PUN..
HANYA BERDASARKAN PENGALAMAN SEBENAR YANG SAYA, DAN KELUARGA ALAMI.(Note tambahan: juga perkongsian dari kawan-kawan porumers yang baik hati berkongsi cerita. Appreciate it much!)

JADI, JIKA SELEPAS MEMBACA KARYA SAYA YANG TAK SEBERAPA INI DAN ANDA MERASAKAN ADA UNSUR INDAH KHABAR DARI RUPA, AWAL-AWAL LAGI SAYA MOHON AMPUN DAN MAAF.

PERKONGSIAN INI NIATNYA CUMA SATU, LILLAHI TAALA..SEKADAR INGIN MEMERIAHKAN TERID MPS YANG KIAN MALAP INI SAHAJA..

SEKIAN SAHAJA PESANAN PENAJA.

***********************************************





Assalamualaikum...

Aku ni pemalas sebenarnya nak bukak terid.
Tapi bila sembang dengan @Kelipkertas dengan si C (sori..aku lupo nama penuh ko..) eh macam banyak pulak idea nak berkongsi.
Daripada abeh terid orang tu dihijek, atas nasihat deme dua orang tu, so di sini aku mencemar doli berkongsi cerita.
Semuanya berdasarkan kisah aku sendiri.
Tak pun, cerita yang berlaku dalam keluarga aku.

Sepanjang kehidupan ini, telah banyak yang telah aku lalui.
Pahit manis suka duka, semuanya bercampur gaul.
Ok tak payah nak melalut sangat.
Kita fokus pada cerita.

Aku ni banyak juga la mengalami peristiwa-peristiwa pelik yang kalau diikutkan akal logik, memang tak logiklah.
Contoh yang sampai sekarang ni aku takleh nak delete dari memori walau dah sepuluh tahun berlalu..

SIAPA DIA YANG BERAMBUT PANJANG ITU..?

Ini kisah dah lama jugalah. Zaman aku masih anak dara gitu.
Aku ni pantang cuti semester, mesti gelupur nak balik kampung.
Orang lain heboh berjalan dengan member pi sana sini. Aku tak.
Asal ada cuti terlebih panjang sikit jer, memang tak nyempat-nyempatlah aku nak kejar balik jumpa mak aku.
Padahal balik kampung bukan pegi mana pun. Merap dalam rumah macam ayam telur tengah eram telur jah.

Jadinya yang aku nak cerita ni adalah apa yang berlaku di rumah mak aku.

Suatu malam nan hening, mak ayah serta abang-abang aku semua keluar.
Jam dah menunjukkan 11 malam tapi batang hidung sorang pun tak nampak.
Aku time tu tengah golek-golek atas katil dalam bilik master.
Konon nak tido dah tapi dah namanya duduk sorang kat rumah, mau sangatlah aku lena.

Kedudukan bilik ni kat area living hall. Kira keluar bilik akan terus ruang tu dulu kedian baru ke dapur.
Kalau kau lepak atas katil tanpa tutup pintu memang akan bole nampak sape yang lalu lalang kat area situ.
Alaaa rumah teres setingkat biasa, sekangkang semut lah jua.

Sedang leka aku dok melayan perasaan, mata aku tertancap ke pintu.
Nampak macam ada orang lalu..tapi tak nampak muka.
Yang jelas, rambut itam lebat berlalu dengan keadaan slow motion.

Terus aku meloncat turun dari katil.
Nak tengoklah sape pulak yang menayang diri.
Time tu aku betul-betul tak terlintas apa-apa sebab aku ingat yang aku nampak tu adik perempuan aku.
Mek tu pun memang berambut panjang ke paras pinggang time tu.
So aku budget mek tulah yang nak menyakat aku.
Dengan gaya rambut ala-ala minah pontianak mati beranak gitu, konon aku takutlaah eh..- ngomel aku sendiri.

Tapi buat aku terkedu, bila aku intai dari pintu bilik, tengok takde sesapa pun kat situ.
Dan grill rumah dengan sliding door pun tertutup rapi.
Logiknya kalau ada orang yang keluar ikut pintu yang bergrill tu, memang akan kedengaran dengan nyata bunyi grill ditolak.
Ini usah kata nak dengar bunyi, tanda-tanda pintu sliding dibuka pun memang tak.

Kejung aku sekejap.
Dan dan baru teringat..laarhhh..mana ada orang kat rumah tu selain aku seketul saja.
Mak ayah, adik-adik dan abang-abang aku semua belum balik lagi!

Tobat aku rasa nak loncat ikut tingkap saja.
Tapi aku ni bukan makhluk halus yang boleh nak menyelinap sesuka rasa.

Terus aku masuk bilik, tutup pintu, kunci rapat.
Sampai orang balik ketuk pintu pun aku tak nak bukak.
Punyalah cuak.

Sampai sekarang aku tak cerita pada sesapa, melainkan korang yang baca cerita ni saja.




Next story jap lagi plak.


Rate

1

View Rating Log

Related collections:

  • · angker|Threads: 7, Subscribe: 0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2015 12:41 PM | Show all posts
Petang ni aku balik umah mentua kejap..

Pastu minggu depan, ahad pi bercuti ke johor..seminggu..

Just nak habaq pi la kan..kot la ada yang terpelik kenapa tetiba gobok aku ni termute buat seketika..(macam lerrr ada yang kesah..? hahah)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 08:25 PM | Show all posts
KISAH DUA

Banyak sebenarnya yang berlaku kat rumah mak aku nih.
Cuma sebab kisah dah lama, banyak yang aku dah lupa.
Or ada yang aku ingat, tapi sengaja aku nak buat-buat lupa.
Sebab kalu aku keep mengingat, tiap kali aku balik sana aku memang kecut perut nak tidur lelama.
Until now pun kalau balik kampung, andai kata mak aku or adik beradik aku takde..memang takdenye laa aku nak tidur situ, walaupun suami dan anak-anak aku ada!

Rumah tu takde apa sebenarnya.
Tapi bila dah macam-macam sangat kisah pelik yang berlaku yang puncanya perbuatan sihir orang, rumah yang takde apa-apa pun jadi ada apa-apa.
Faham tak tahu korang apa yang aku cakap ni.
Eh kalu tak faham, buat-buat faham sudah la ye..hahaha..

Dulu masa belum kawin, aku selalu cerita kat suami aku benda-benda pelik yang selalu aku dan keluarga dengar dan alami.
Benda yang lazim berlaku kat rumah tu..asal masuk remang senja, kat atas bumbung akan berbunyilah benda bergolek-golek dari depan rumah sampai ke hujung dapur.
Gedung gedang gedung gedang tak berhenti sampai ke subuh esoknya.
Tak tahu natang ape yang dok berjoget atas tu.
Dari depan ke belakang. Stop kejap, pastu dia mula meronggeng balik dari dapur ke depan.
Rumah pulak tak besar mana, seronok la kau dok 'main bowling' atas tu.
Tapi bila naik suluh atas tu, takde mende pun.

Kalau tak bunyi gedung gedang tu, akan bunyi seperti orang tabur pasir.
Silih bergantilah bunyi-bunyi tuh.

Bila aku cerita kat suami aku, maunya sangat dia nak percaya.
Yelah orang yang tak penah encounter benda-benda pelik ni, agak kepayahan lah dia nak menerima.
Tapi bila dah kawin dengan aku, dan bila benda tu dia sendiri yang dengar, baru nak terdiam.

Aku pun dah lama tak balik jenguk rumah mak aku tu.
Sementelah mak aku pun dah duduk dengan aku sekarang ni..bertambah-tambahlah rasa takde keperluan nak balik jenguk rumah tu.
Mesti lagi seram bila rumah dah lama tinggal, kan..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 08:25 PM | Show all posts
KISAH TIGA

Lagi pasal rumah mak aku.
Dulu Kat depan rumah mak aku ni, ada pokok jambu batu.
Nak masuk rumah memang kene lalu pokok jambu ni dulu sebab ia hanya sebelah dengan pintu pagar.
Memang rimbun daunnya, buah pun memang lebat.
Sepanjang masa ade jerk jambu tu berbuah.
Tak putus-putus. Dah terlalu banyak sampai dah tak terdaya dah nak makan. Dah sedekah kat orang pun still banyak tak luak.
Sampai satu tahap aku tengok perkataan 'jambu' pun aku naik seram loya nak muntah!
No wonder sampai sekarang aku tak lalu hatta nak layan lawak kumpulan jambu sekalipun.

So kisah kali ni adalah..

JAMBU OH JAMBU.

Zaman muda-muda dulu, yakni zaman mat rempit main motor, abang-abang aku ni suka sangat balik lambat.
Takde pukul 2-3 pagi, tak maunye deme balik.
Lepak dengan geng-geng kapcai ntah hapa buat tak tahu, lepas tu baru reti nak balik.
Puas kene bebel, tapi umpama mencelup daun keladi dalam perigi.
Tak jalan derrrrrrrrrr.

Satu malam, seperti biasa..bila nak masuk rumah, abang aku kenalah turun dari motor untuk bukak pagar rumah.
Dan untuk mengelakkan mak ayah aku tersedar dari tidur seterusnya dapat mendetect dia balik lewat, makanya enjin motor terpaksa dimatikan.
Konon-konon ingin pulang dalam kesenyapan gitu.

Enjin motor dah mati.
Terkedek-kedeklaa si awe ni nak membuka pintu pagar yang dikunci dengan solex.
Dengan penuh berhati-hati, dia cubalah buka solex tu dengan meminimakan bunyi-bunyian sehabis mungkin.

Tengah dok terkial-terkial membuka solex, tetiba pokok jambu tu bergegar-gegar macam ada orang henjut di atasnya.
Daun-daun yang lebat tu pun turut berguguran.
Ahh sudah.. malaun mana pulak nak pedajal dia nih.
Dalam pada orang nak elak dari berbunyi, ada saja yang buat bising!

Cepat-cepat dia bukak pagar, dan kembali ke motor yang ditinggalkan di luar.
Sambil menolak motor ke dalam, sambil tu jugak mata dia melilau memandang ke atas pokok jambu tu.
Mana la tau kot ada kera tersesat ke situ ke pulak.

Tapi kera mana pulak nak sesatnya dalam kawasan perumahan ni…??

Dalam pada dok hinsh hinsh hinsh penat menolak motor, abang aku kata dia seakan terpandang something big atas pokok tuh.
Besar ragam dan berbulu!
Wooohhh..ape lagi. terus tutup pagar laju-laju dan lari masuk rumah.
Motor pun dia tak sempat nak lock bebetul. Selalu siap kunci dengan rantai bagai.
Tapi malam tu dia main tawakal jer park motor situ.

Sempat la dia menyumpah-nyumpah bila dua tiga kali cuba bukak pintu grill tapi tak dapat.
Gigil punya pasal.

Aku just memadankan muka je bila dengar dia cerita.
Sape suruh balik lewat. Mendapatlah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 09:20 PM | Show all posts
seram  gak ya rumah mak ko tu...
jarak antara rumah dekat ke jauh?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 09:29 PM | Show all posts
Cukup dulu lah kot pasal rumah mak aku.
Macam boring plak nak jungkit kisah yang dah berkurun masuk arkib nih.
Kena perah otak macam kau perah santan tu.
Penat wehhhh nak menrecall.

Esok-esok kot teringat balik, kita hapdet semula, sementara 'saka malas' aku pi bertapa dalam gua seketika :p

Apa yang aku nak share ni, apa yang berlaku masa aku dok oberthesea beberapa tahun yang lepas.
Time tu aku dan suami gigih mencari rumah sewa baru.
Nak cari rumah yang lebih murah sikit tapi dengan ruang yang lebih besar..haha..bule gitu?

Jadinya, aku namakan my next story….HOUSE HUNTING YANG HAUNTING.

Proses pertama dalam house hunting ni adalah..mengusha dalam internet.
Biasalah dok tempat orang, internet tu jela yellowpages yang banyak jasa.
Nama nak ramah tamah bertanya dengan mat salleh, jangan ler berharap sangat.
Takat info on surface tu bulehlah.
Nak tahu lebih-lebih, kat internet jugaklah suggestion mereka.

Nampak tak bezanya orang kita dengan orang deme??
So, sayangilah Malaysia kita! hahaha..

So menggigihlaa aku ni laki bini Tengok eklan dalam gumtree, satu website yang sejibun dengan mudah.com.
Then adalaa terjumpa rumah yang berkenan bersesuaian dengan budget, terus direct contact dengan property agent yang terbabit.

Aku ingat lagi time tu agen hartanah yang kami hubungi adalah JSM Property.
Kira company nilah yang handle segala urusan sewa menyewa rumah, dari hal pembayaran sewa sampailah buat spot check keadaan rumah setiap 6 bulan sekali..huhu.
Call lah kami ni tanya  rumah sekian-sekian ni available lagi ke tak, set date nak view rumah segalalah.

Hari appointment nak tengok rumah pun tiba.
Janji dengan agen tu nak tengok dalam pukul 3 gitu sebab hubby aku tak leh nak datang view waktu siang.
Bunyi macam masih siang la kan pukul 3, tapi memandangkan time tu winter yang mana waktu malamnya lagi panjang dari siangnya, maka pukul 3 tu dah nak gelap dah pun sebenarnya.

Takpelah. Nak buat macam mana.

Ding dong ding dong, jumpalah rumahnya.
Agen ni bawaklah kami masuk rumah tu, banglow setingkat. 3 bilik tidur, satu living room, satu family hall, dapur dengan dua bilik air dengan harga £550.
Memang tu jela budget yang kami mampu masa tu.
Lebih dari tu memang tak mampoo kawe.

Seperti lazimnya, masa viewing rumah ni segenap sudutlah kita terjah.
Rumah ni jenis pintu utama di tengah-tengah.
Bukak pintu terus nampak dapur, ke kanan ke main living hall, ke kiri pulak ke family hall dengan bilik-bilik tidur.
Kira rumah ni memanjang ke tepi.


Lepas satu, satu aku dan hubby masuk tengok.
Last sekali, bilik master bedroom yang paling hujung ke kiri.
Memandangkan ia paling hujung dan tak bersambung dengan mana-mana ruang, jadik bilik tu nampak begitu luas dan lapang.

Di satu sudut bilik tu, ada wardrobe.
Agak tersorok sikit wardrobe ni. Kalau agen tu tak tunjuk, harus aku tak jumpa si gobok nih.

Dalam keadaan yang samar sebab cuaca yang kian gelap, ditambah pulak lampu rumah orang putih ni bukan stail lampu kalimantang rumah kita yang terang benderang tu.
Lampu dorang kan jenis macam lampu tidur kita tu jer…romantik semacam jer.
Tapi pada aku suasana malap-malap ni takde maknanya nak romantik.
Makin rasa horror adelah.

Aku ni tetiba jadik gatal tangan pula nak membuka gobok tu.
Hubby aku masa tu takde dalam bilik tu.
Aku sorang jer.
Agen tu tadi lepas dia tunjukkan kita bilik, dia akan keluar untuk beri privacy, katanya…

Buka jer wardrobe yang tingginya sampai ke siling tu, mata aku terpandang di sudut dalamnya macam ada cahaya merah.
Tak tahu apa mende…tapi merah.
Terus berderau darah aku naik ke kepala.
Tak semena-mena berdiri segala bulu.
Tak tahu kenapa tapi aku rasa kembang-kembang jerk bawah tengkuk nih.
Dada pun berdebar-debar tak tentu apa punca.

Dalam pada berdebar-debar, kaki rasa seakan terkunci.
Keras kat situ. Terpaku.
Mata pun bulat jerk pandang dalam lemari yang kosong tuh.

Tapi aku macam menangkap bunyi bisikan 'go away'
Ntah suara siapa..suara hati aku sendiri kot.

Dangggg..terus aku tutup lemari tu. Mana datang kekuatan aku pun tak tahu.

Pusing jerk ke belakang, terjerit aku bila terlanggar benda.
Aku dah tak nampak apa dah dalam samar tu.
Target dalam kepala hanya nak escape lelaju dari bilik.

Rupanya aku pi langgar laki sendiri.
Tengok tu dia, dan dan tu jugak aku termenangis sendiri.
Panik kot. Terkejut, takut, seram..semua ada.

Hubby aku lagi la panik tetiba jer bini meraung takde sebab apa.
Dalam ngesak-ngesak tu aku marah la dia, apsal yang datang senyap-senyap.
Kot ye pun nak melawak, tak yah laaa time-time senja cenggitu.

Hubby aku katalaa…laah..dah dia panggil nama aku berkali-kali tapi tak menyahut, so dia datanglah jengah.
Masa tu dia kat dapur.
Nak pulak dia dengar bunyi ganggggg dari arah bilik tidur, tu yang dia berlari datang tengok.
Aku counter la balik, bila masa nya panggil nama aku. Aku tak dengar apa pun.

Dalam pada dok kalut-kalut tu, si agen tadi pun datang tanya apa yang berlaku.
Hubby aku explain la lebih kurang apa yang berlaku.
Yang peliknya, takde reaksi terkejut pun dari agen tu.
Siap kata "its ok if you dont want this house..i understand that..' terus ajak kitorang keluar.

Selalu kami akan cakap akan call esok untuk buat keputusan.
Tapi untuk rumah tu, terus aku cakap direct kat agen tu..not this time.
Agen tu hanya tersenyum….

Sampai hari ni kalau kitorang bukak balik cerita ni, mesti masing-masing musykil apa sebenarnya yang ada dalam rumah tu, apa sejarahnya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-12-2015 09:34 PM | Show all posts
Ipo replied at 7-12-2015 09:20 PM
seram  gak ya rumah mak ko tu...
jarak antara rumah dekat ke jauh?

Rumah tu rumah teres biasa jer pun..
Tapi sebab macam-macam benda 'dihantar' masa mak aku sakit dulu, ditambah plak sebelah rumah adalah rumah tinggal yang dah masuk 20 tahun terbiar..menambahkan keskerian dia.



Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 10:00 PM | Show all posts
Amekaw sekali dia tulis....

Memang esok la aku baca, dah siang sket. Kang tak nyenyak tido plak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
alahai jadahla pi baca memalam ni dahla rasa nk berak ni, cam tak jd plak nk berak huhuhuhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 10:16 PM | Show all posts
Suchi replied at 7-12-2015 10:09 PM
alahai jadahla pi baca memalam ni dahla rasa nk berak ni, cam tak jd plak nk berak huhuhuhu..

Ahkak dah kenapa kak..?
Jamban kat luar rumah eh..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 10:18 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 7-12-2015 10:00 PM
Amekaw sekali dia tulis....

Memang esok la aku baca, dah siang sket. Kang tak nyenyak tido plak.  ...

Hee..cerita aku biasa2 jelaa KK..
nak kira kes ko lagi horrer sbb mcm on going gitu..
Yang aku cerita ni kisah yang dah lepas..

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 10:21 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 7-12-2015 10:18 PM
Hee..cerita aku biasa2 jelaa KK..
nak kira kes ko lagi horrer sbb mcm on going gitu..
Yang aku c ...

Jangan la cakap gitu... best tak best pun semua pengalaman tu ada meaning ntuk kita kan. Kalo tak, takkan orang kata pengalaman tu guru terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sambung lagi tt..den setia membaca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 10:45 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 7-12-2015 10:21 PM
Jangan la cakap gitu... best tak best pun semua pengalaman tu ada meaning ntuk kita kan. Kalo tak, ...

Hihi..ye ye..betul tu..
Bukan semua orang akan melalui proses pengalaman yang sama.

Macam kisah ko, KK..suatu yang unik pada aku.
Kalau orang yang tak penah lalui bende2 mistik gitu, tak mustahil depa akan directly jump to conclusion itu hanya rekaan semata2..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 10:46 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 7-12-2015 10:42 PM
sambung lagi tt..den setia membaca...

Clover_hill is typing.....




Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Best la..jangan lupa sambungn ny tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2015 11:07 PM | Show all posts
bebeng replied at 7-12-2015 10:57 PM
Best la..jangan lupa sambungn ny tt

ABC bebeng tu pn nampak best juga..so tempting memalam ni...



In shaa allah sblm lena ada satu lgi story tengah dok karang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Parking sini dulu ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 7-12-2015 11:07 PM
ABC bebeng tu pn nampak best juga..so tempting memalam ni...



Jgn makan abc malam2,,xelok tuk kesihtan .esok siang2 baru carik.hehehee...saya sedia mnggu citer sambungan smntara memujuk mata ni tidor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 11:13 PM | Show all posts
Ni kisah masa raya puasa hari tu.

Aku, hubby dengan adik lelaki aku yang sendiri kena.

Lokasi: gua musang, kelantan.

Perjalanan pulang pada hari raya kedua memberi advantage kepada kami kerana kereta-kereta anak perantau sudah tidak sesemak dan sepadat dua tiga hari sebelum raya.
Cuba kata balik raya sehari or dua hari sebelum raya, memang merasalah duduk dalam kereta lebih dari 9 jam!

Tapi memandangkan kami balik kelantan pun dah hari raya kedua, jadi tidaklah menjadi kerisauan sangat untuk lewat tiba walaupun saat bertolak dari rumah sini jam sudahpun menunjukkan pukul 6 petang.
Tambah pula bukan direct ke KB, tapi kami akan bermalam di rumah mertua adik lelaki aku kat gua musang.
So dok berkira..ala takat nismilan-gua musang ade ape hal??
Bawak kereta pun santai-santai sambil on lagu 'balik kampung' sudirman.
Betul-betul rasa anak perantau lah!heh.

Habis jemu dengar lagu, aku layan borak dengan anak-anak.
Si kakak ni entah kenapa malam tu tetiba jerk dia dok tanya pasal hantu ni sume.
"ma..hantu tu macam mana rupa dia..?" Kejap lagi tanya lagi.."puasa hantu takde kan..? sekarang dah raya, hantu ada balik laa kan..?"

Adehh...nak marah kalu, kesian ler pulak.
Nak melayan sangat kang, lain hal pulak jadinya.
Dah lerrr kita dalam perjalanan nan jauh, malam pulak tuh.

Sudahnya aku suruh depa tido jah.

........................................

Hari yang sama, adik lelaki aku dan isteri dia pegi beraya kat kota bharu. rumah mertua dia di gua musang.
Raya di kelantan ni satu jer masalah dia.
Raya pertama dan kedua kat sana...rata-rata jalan raya memang akan jem kaw-kaw punya.
Yang adik aku ni pulak habis beraya di kota bharu, dia nak balik lah semula rumah mertua di gua musang.
Bertolak dari KB pukul 6 petang, dan sepatutnya pukul 8 atau nak masuk pukul 9 malam dah sampai lah ke destinasi.
Tapi sebab makan jem banyak sangat, pukul 8 tu tak lepas-lepas lagi machang.
Dua jam dok tersadai kat situ saja.
Kereta pulak mannual, memang hazabun azzzim laaaa member menekan break-clush-minyak-break-clush-minyak sampai kebas jari-jari kaki.

At last sampai lah jua ke rumah mertua dia.
Tu pun dah dekat 11 malam dah.
Awal dia sikit jer dari aku.

Sampai jerk kami kat rumah mentua adik tu, aku nampak dia masih dok bersidai di luar rumah.
Wahhh tak sabar menanti ketibaan kakak mu kah?? Katanya aku pada dia sambil gelak-gelak.
Tangan plak gigih menurunkan beg-beg yang relevan untuk diguna pada malam tu saja.

"Kak..ore nampak gemugo tadi" (read: kak, aku nampak bende tadi)
Aku ni plak..dengan muka penat..selamba jelaa tanya..gemugo mende goks..?? (read: bende apa nya?)
"Ntah-ntah yang abang nampak tadi..?" tak semena-semena hubby aku menyampuk.

Aku blur.. yang abang nampak tadi..? Nampak ape..? Tak cerita pun..??
Hishhh..masuk dalam dulu lah kot ye pun. Tengok dah pukul berapa dah ni..kita kat dalam hutan ni tau??

Kalau sesiapa yang tinggal, or penah masuk ke felda-felda di gua musang ni, akan tahulah bagaimana jauh ke dalamnya kedudukan rumah masing-masing.
Macam rumah mentua adik aku ni, nak buleh sampai ke destinasi mengambil jarak 20 kilometer ke dalam dari jalan besar.
Aku mula-mula pun tak caya bila adik lelaki aku bagitau jarak nak sampai ke rumah mentua dia tu.
Macam tak masuk akai jah dari jalan besar ke rumah boleh cecah sejauh itu.
Dah lalu baru tahu...

Kiri kanan usah dimimpi nak lihat rumah.
Yang ada hanyalah hutan rimba dan ladang-ladang sawit.
Gulitanya hanya tuhan saja yang tahu.
Sekali suluh lampu kereta, tunggul kayu sebesar pemeluk manusia pun sekilas pandang dah nampak macam penampakan susuk entiti

Dah lepak-lepak minum kat ruang tamu, barulah hubby aku bukak cerita.
Dah tunggu adik aku bercerita, member nampak keberatan.
Pucat putih pun tak hilang lagi...

"Masa kita lalu kat pusat simpan baja, belah kanan abang nampak bende tu berdiri tegak jer. Bule tahan tinggi jugak ye mendealah tu.."
"Lorrrhhhhh..natang tu ka..?? Ai pun nampak masa kita lalu tu. Ingatkan biasan lampu kereta, putih jahhh." sampuk aku pulak.

Ni sambil menaip ni pun masih terbayang lagi gemugo tuh

Jujurnya aku sangat tak menyangka apa yang aku nampak tu sebenarnya cik kak tuh.
Maybe otak dah weng..siang penat beraya, malam penat travel, so neuron agak malap di situ untuk berkerja dengan jayanya.

Plus aku ni bangsa blur.
Takat nampak-nampak ni memang takkan kata itu adalah 'dia'.
Awal-awal otak dah set 'we are living in two different worlds', so agak payah untuk otak aku menerima apa yang aku nampak itu adalah set-set tuh.

Tapi malam tu apa yang aku nampak tu so obvious kot.
Jelas, cuma muka jer tak nampak. Dia seakan menunduk dalam keadaan berdiri tegak.

Dah dengar aku dan hubby bukak cerita, barulah adik lelaki aku nampak ada seri sikit nak berkongsi.

"Kami sampai situ dalam pukul 10.30 malam. (situ di sini merujuk ke tempat simpan baja, tempat yang sama aku dan hubby terserempak) Tingkap kereta sengaja tak tutup, konon nak amek angin malam. Masa tulah nampak dari side mirror gemugo tu follow laju dari belakang! Terus tak ingat apa dah, tekan minyak semampu boleh laaa, kak. Intai cermin lagi, nampak lagi natang tu ada. Hoooohoooo...abeh ayat laaa bacanya. Tu pun tunggang langgang abeh ayat kursi segala"

Nampak bergetar bibir adik aku bercerita.
Dari situ aku tak rasa dia mau menipu kami semua.

Sampai jer ke rumah, kebetulan ayah mertua adik lelaki aku tengah dok isap rokok kat pangkin kayu tepi rumah.
Nampak lain macam muka menantu dia sejurus turun dari kereta, dia pun baca ayat-ayat yang sepatutnya.
Seakan bule meneka apa yang berlaku, dia terus kata "memang situ ada. dah..gi basuh kaki dulu, lepak luar dulu..pah baru masuk rumah"

Ayah mertua adik lelaki aku ni memang bangsa berani.
Just imagine dia pi menahan jerat untuk tangkap burung wak wak sorang-sorang jer dalam hutan sawit tuh!
Nanti ada ruang aku story part dia kena kacau masa tangkap buruk wak wak ni.
Memang kenyal lah jiwa.

Selesai minum, aku bawak anak-anak basahkan badan sikit untuk hilangkan rasa tak selesa setelah berjalan jauh. Walaupun aku di'usik' sebelum tu, alhamdulillah..malamnya aku beradu selena-lenanya juga.
Cuma tetiba jer tengah malam tu aku terkujat bila terdengar suara orang mengigau.
Sape lagi kalau bukan tok hubby aku tuh.
Dia ni asal beralih tempat tidur jer mesti mengigau.
Kacau stim betul.

Tu lah pengalaman pulang beraya yang masih fresh berlaku dan masih fresh untuk diingati.....



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 11:18 PM | Show all posts
Untong jugak laki aku balik lewat malam ni. Bule jugak laaa qodo' dua tiga cerita sebelum 'saka malas' aku kembali meresap...

Ok bedtime hour now.
Hope enjoying ur reading...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.246389 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list