CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1699|Reply: 0

Empat Individu Gagal Halang Abdul Hadi Bentang Hudud

[Copy link]
Post time 19-11-2015 06:06 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah: Empat Individu Gagal Halang Abdul Hadi Bentang Hudud Di Parlimen
Posted by: editor KB  in Semasa November 11, 2015        0 22 Views

KUALA LUMPUR – Empat individu hari ini gagal menghalang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentang rang undang-undang berkaitan hudud di Parlimen.
Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Abdul Hadi dan empat yang lain untuk membatalkan saman tersebut atas alasan individu berkenaan tiada locus standi (kedudukan di sisi undang-undang) berbuat demikian.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri kesemua pihak.
Peguam Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili Abdul Hadi memberitahu pemberita bahawa Hakim Asmabi juga menyatakan bahawa sebagai anggota Parlimen, Abdul Hadi telah mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan Akta Parlimen.

Selain Abdul Hadi, empat individu tersebut iaitu Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin menamakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee serta setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah sebagai defendan.

Mereka memfailkan saman pemula itu pada 12 Jun lepas bagi mencabar pembentangan Rang Undang-undang Persendirian iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Keempat-empat individu itu turut memohon satu deklarasi bahawa pembentangan mengenai pindaan itu merupakan satu kemungkiran terma-terma Buku Jingga Pakatan Rakyat oleh Abdul Hadi.

Tambah Takiyuddin, hakim juga menyatakan bahawa keempat-empat individu berkenaan sepatutnya memfailkan permohonan itu melalui semakan kehakiman dan bukan saman pemula.

“Mahkamah menerima hujah bahawa kaedah yang diambil oleh plaintif adalah tidak betul kerana sepatutnya melalui semakan kehakiman. Mahkamah juga bersetuju bahawa plaintif tidak menunjukkan bahawa mereka ini mempunyai hak untuk membawa kes ini ke mahkamah kerana tiada di dalam mana-mana dokumen menjelaskan siapa mereka ini.


“Malah daripada empat plaintif, hanya satu plaintif (Mansoor) yang membuat afidavit dan mewakili tiga yang lain, sama ada mereka pengundi berdaftar atau ahli Pakatan Rakyat.

“Mahkamah juga mendapati plaintif tidak mempunyai locus standi dalam mengambil tindakan ini dan tuntutan yang dibuat adalah pramatang serta hanya andaian semata-mata. Ia menyalahguna proses mahkamah,’ katanya.

Takiyuddin berkata mahkamah juga bersetuju bahawa menurut Akta Relif Spesifik 1950, tiada sesiapa yang boleh menyekat anggota Parlimen untuk membawa sesuatu perkara dan usul untuk dibentangkan.

“Hakim turut bersetuju bahawa Akta Prosiding Kerajaan 1956 menetapkan bahawa kakitangan kerajaan tidak boleh dikenakan perintah injunksi. Ia merujuk kepada setiausaha dewan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili empat lagi defendan memberitahu pemberita bahawa dengan keputusan tersebut Abdul Hadi boleh membentangkan rang undang-undang berkenaan tanpa sebarang halangan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.141319 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list