CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13692|Reply: 39

pengalaman dengan toyol??

[Copy link]
Post time 16-11-2015 04:09 PM | Show all posts |Read mode
sejak kebelakangan ini kerap benor kami kehilangan duit di rumah  ....mula2 memang tak perasan tapi lama2 jadi syak mesti kerja makhluk halus ...
sapa2 kat sini pernah alami perkara yg sama ?? benar2 wujud ke ??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2015 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade kes jiran2 kehilangan duit dikaitkan dgn toyol ke kt situ? Acu cerita detail skit..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 01:11 AM | Show all posts
boleh share cite tak TT?

aku dan family penah alami kejadian macam ni. masa tu aku umur 13. aku ingat sampai skrg apa yang berlaku. dulu parents aku ni mmg jenis suka simpan cash dekat rumah sbb senang kata dia kalau nak guna in case ade emergency ke apa ke takde la susah nak pegi atm kuar duit. yela dulu mana ade online banking ke apa nk urus pape kan.....


nak dijadikan cerita. bila parents aku dah dapat gaji. dorg ni bg la duit yuran tuition, duit bas, duit belanja apa semua kat kami adik beradik. jeng jeng jeng.. duit abah aku susut 100 dalam wallet die. jenuh la dia siasat kitorg ni kot2 la kitorg ade amek ke apa. memang tak la kan nak amek duit dia. memang kitorang adik beradik diasuh jangan berani2 bukak dompet abah ngn mama kitorg. tapi abah macam anggap benda tu takde pape mungkin dia tersilap letak atau tercicir dekat mana2.


tak sampai seminggu, mak aku letak duit RM50 kat meja solek sbb nak bayar duit tupperware dekat jiran kitorg tetibe duit tu lesap. dia macam pelik la. aikkk kejap betul dah hilang. macam biasa. mama dgn abah aku ni mmg jenis positive je memanjang. so dorg pikir mungkin duit tu tercicir kat mana2.


sebulan kemudian time2 gaji masuk, sekali lagi duit hilang. cth macam ade RM300 dalam dompet sure RM50 atau RM100 akan hilang. bukan semua duit hilang tau. sikit sikit akan hilang. mama aku ada jugak tanya jiran sebelah rumah aku. dia ni cikgu. rupanya dia pun alami benda yang sama. dah buat macam macam tapi duit still hilang jugak.


so parents aku dgn jiran aku ni decide la jumpa sorang ustaz (suami cikgu skolah kakak aku) katanya pandai menangkap toyol apa semua ni. dia suruh bawak pasu kecik2 je utk jadikan perangkap tangkap toyol ni. dia baca2 ayat apa semua. then dia cakap letak la pasu tu depan pintu rumah. seminggu lepas tu jumpa balik ustaz tu dan dia ckp berjaya tangkap. aku tak ingat berapa ekor berjaya tangkap. dah lama sangat dah kejadian ni.


lepas daripada kejadian ni beransur2 baik dan aku pun dah pindah daripada situ sbb abah kene transfer kerja ke tempat lain. sekian cerita daripada pengalaman diri sendiri dan family.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 01:48 AM | Show all posts
ada orang kata tak nak bagi toyol curi duit try tabur kacang hijau depan pintu. toyol tu akan kira sampai pagi pastu dia balik. kalau esoknya nampak teratur cantik je kacang hijau tu betullah kot ada toyol. jangan lupa ambik gambar sebelum dan selepas pastu tempek kat sini hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 03:29 AM From the mobile phone | Show all posts
taruk ketam dpn umah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 07:41 AM | Show all posts
tabur bedak dgn kacang hijau.. hahahahaha..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2015 10:00 AM | Show all posts
guna guli pon voleyyy...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tabur tepung gandum dpn pintu umah,esok klu nampak tapak kaki tu maknanya mmg ada toyol la tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2015 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Scorpyan replied at 17-11-2015 09:37 PM
Tabur tepung gandum dpn pintu umah,esok klu nampak tapak kaki tu maknanya mmg ada toyol la tu

Bukan ke hantu tak jejak tanah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 11:16 PM | Show all posts
amirezu replied at 17-11-2015 01:48 AM
ada orang kata tak nak bagi toyol curi duit try tabur kacang hijau depan pintu. toyol tu akan kira s ...

family aku penah try buat benda ni. tp tak menjadi. duit hilang jugak. toyol power agaknya.


Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 12:27 AM | Show all posts
adel7 replied at 17-11-2015 11:16 PM
family aku penah try buat benda ni. tp tak menjadi. duit hilang jugak. toyol power agaknya.

...

toyol kelas tinggi sikit kot pernah baca toyol ni pun ada kelas2 dia jugak, depends pada harga. lagi mahal lagi bijak n power.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 01:10 AM | Show all posts
amirezu replied at 18-11-2015 12:27 AM
toyol kelas tinggi sikit kot  pernah baca toyol ni pun ada kelas2 dia jugak, depends pada har ...

hahaha mungkin toyol ni pegi recruit habis habisan tu yg kebal semacam je.

mak long aku penah ckp. kalau taknak toyol amek duit. letak duit dalam peti ais. macam merepek je idea dia

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 01:30 AM | Show all posts
adel7 replied at 18-11-2015 01:10 AM
hahaha mungkin toyol ni pegi recruit habis habisan tu yg kebal semacam je.

mak long aku penah  ...

haha. dengar pun macam merepek je. kalau betul tak nak toyol curi duit, simpanlah dalam bank
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 11:27 AM | Show all posts
kenapa toyol xmo gi curik duit kat bank ehhh... yg nie mmg pelik
sah2 bank tu byk duit.. dlm atm.. dlm peti besi
toyol kan leh masuk tempat2 gitu
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 11:57 AM | Show all posts
dulu rumah mak aku pun slalu dimasuki toyol...slalu sgt duit hilang...
ada org suruh letak duit cina yg meninggal tu...duit tu pun toyol sapu...
lama kelamaan dh xde toyol...dh kena tangkap rasanya...
tuan dia bangsa asing dr seberang..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 11:58 AM | Show all posts
Cregit to darulmanzil.blogspot.my

Soal jawab TOYOL
Assalamualaikum..
Ingin saya berkongsi dengan pembaca berkenaan TOYOL yang seringkali disebut-sebut dan ada juga ditayang dalam filem..

Sebenarnya, TOYOL ni banyak version story nya... So, saya terangkan semua yang pernah saya dengar sebelum ini..

Version 1
Toyol adalah hasil pemujaan kepada mayat anak sulung dari ibu sulung yang mati pada hari Selasa. Mayat baby ini akan disalai selama 40 hari disamping dibaca beberapa mentera. Sebab itu orang dulu-dulu, kalau anak sulung mati dari ibu yang sulung hari selasa, kubur akan dijaga sehingga 40 hari lamanya. Selepas 40 hari, mayat tersebut tidak boleh lagi diguna untuk menghadirkan toyol..Kira dah expired la.

Version 2
Toyol adalah anak jin yang perolehi samada menculiknya atau membuat perjanjian dengan ketua jin. Untuk mendapat toyol, ilmu kebatinan dan syirik perlu tinggi. Antara syaratnya ialah memberi makan darah tuan dari ibu jari kaki kiri atau jari manis tangan kanan.

Makanan Toyol
Ada yang mengatakan hanya makan darah jari. Tapi ada juga yang makan telur ayam. Version lain pulak mengatakan bahawa toyol turut makan darah haid gadis sunti.

Kegemaran Toyol
Sifat Toyol seperti budak-budak. Antara kegemarannya ialah bermain dengan kacang hijau, syiling 10 sen dan gadis dara. Memang hajat tok bomoh akan terbantut kalau toyol jumpa barang mainan waktu nak mencuri. Jawabnya, sampai pagilah toyol tu leka tanpa terlupa kerjanya.

Toyol tidak tahu alam ngaib
Sebenarnya, toyol tak tahu pun dimana duit disorokkan. Biasanya, toyol akan buat intipan dahulu, kt mana duit disimpan.. Malam baru start kejer. Kadangkala, tuan toyol akan kasi spesifik location...senang sket kejer si toyol tu.

Duit betul-betul hilang angkara Toyol?
Ada beberapa pendapat tentang duit yang dicuri:

1- Duit tidak hilang. Tapi berkatnya diambil. Contohnya, kalau berkat ada pada duit RM10, nak habiskan belanja dengan RM10 memang lambat. Berbanding dengan duit RM100 yang tiada berkat.Kejap je habis belanja.

2-Duit hilang secara fizikal. Ni kira betul-betul lesap la.

Adakah duit letak dalam Al-Quran boleh dicuri toyol?
Jawabnya BOLEH. Quran untuk dibaca. Bukan peti simpanan. Dah banyak kes yang diterima. Still gak lesap duit tu.

Petua mengelak kecurian dari si Toyol
1-Letakkan kacang hijau atau duit 10sen di luar tempat simpanan. Insyaallah, dia akan leka bermain dengan benda tu hingga lupa tugas mencurinya.
2-Simpang duit di dalam uncang yang bertali. Dikatakan, toyol ni takut nak ambik sebab risau boleh tercekik.
3-Sertakan bersama Daun Jelatang Gajah. Dikatakan, daun ini amat ditakuti Toyol dan pembela pelesit.
4-Membaca ayatul qursi setiap kali menyimpan duit dan pohon pada Allah agar harta dijaga.

Soalan yang tak dapat dijawab sampai sekarang berkenaan Toyol
"Ustaz, dah kalau toyol tu kejernya mencuri, kenapa tuan toyol tak suruh toyolnya curi kat bank jer..?lagi banyak..Duit orang tak bayar zakat pun berlambak dalam bank tu"

Jawapannya: "wallahu'alam......"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2015 12:02 PM | Show all posts
Edited by mamapea at 18-11-2015 12:04 PM

Masyarakat boleh mengetahui ciri pemilik toyol dengan memperhatikan keadaan atau perilakunya. Perilaku seseorang pemilik toyol adalah tidak berlaku pada masyarakat umum atau keadaan yang logic yang menyebabkan suatu suasana. Ciri-ciri pemilik toyol antara lainnya ialah:

1. Pemilik toyol mempunyai isteri yang gemuk dengan payudara yang besar.

2. Berjalan dengan tangan di belakang seperti menggendong sesuatu.

3. Suami isteri pemilik toyol memiliki sifat peribadi yang berlainan dengan masyarakat umum seperti pendiam namun menonjolkan kebatilan secara tiba-tiba.

4. Rumahnya yang dahulunya ramai penghuni tetapi sunyi secara mendadak.

5. Sering mendiamkan diri dalam masa yang lama bila berada di rumah orang kaya. Toyol berperangai seperti anak kecil yang mempunyai susuk tubuh setinggi 50-60cm sahaja. Kulitnya merah kemerahan dan berwajah bulat dengan mata agak terkeluar sedikit. Dahinya menonjol, mulut lebar dan berkepala botak. Kegemarannya sama seperti anak kecil yang ingin dibelai dan mengikut apa yang dikehendakinya. Memiliki perwatakan sedikit nakal, suka mengomel tetapi licik dan pandai menjerumuskan manusia mengikut telunjuknya. Ia adalah dari bangsa jin kafir yang kebanyakannya dipergunakan oleh manusia untuk mendapatkan wang dan menjadi kaya dengan cepat.
Penggunaan toyol adalah merupakan kaedah ghaib bagi memperkayakan diri pemeliharanya yang jauh menyimpang dari ajaran agama dengan merompak dan mencuri harta benda orang lain secara ghaib. Seorang penguasa dari bangsa jin kafir yang darjat dan kekuatannya lebih tinggi dari bangsa toyol akan mengawal dan memelihara ribuan toyol. Tempat yang digemari oleh toyol ialah tempat yang di kuburan yang dianggap keramat oleh manusia, gelap, sunyi dan jauh dari kegiatan keagamaan.
Tidaklah menjadi hairan jika golongan toyol ini berada di hutan-hutan tebal, bukit bukau, kuburan dan tempat-tempat yang diadakan pemujaan. Toyol sangat mudah berdamping dan bekerjasama dengan manusia walaupun dengan syarat-syarat tertentu yang dikenakan ke atas manusia. Melalui seorang perantara yang memiliki ilmu hitam, seseorang itu boleh mendapatkan khidmat toyol dan memeliharanya jika beberapa syarat dapat dipatuhinya. Syarat-syarat yang dikenakan adalah segala yang bertentangan dengan hukum Allah SWT dan perkara ini amat disukai oleh iblis dan anak buahnya bangsa jin kafir. Antara syarat-syarat yang dikenakan ke atas seseorang yang ingin memilihara toyol ialah:

1. Tidak boleh mengamalkan ajaran agama.

2. Tidak boleh membuat kebajikan atau kebaikan.

3. Bersedia menyerahkan isteri untuk disetubuhi toyol atau menghisap susunya.

4. Bersikap cinta kepada harta benda.

5. Menyediakan sajian untuk makanan toyol.

6. Rumah harus jauh dari orang ramai dan kegiatan agama.

7. Suasana rumah harus redup.

8. Sediakan ruang atau bilik khusus yang berbau kemenyan sebagai tempat tinggal toyol.

9. Harus bersikap lembut dan santun terhadap toyol kerana toyol itu seperti anak kecil.

10. Harus membawa toyol berjalan-jalan mengikut kehendak toyol. Setelah syarat-syarat dipersetujui, maka perantara akan berhubung dengan penguasa toyol dari bangsa jin untuk menghadirkan toyol di hadapan bakal tuannya. Toyol dihadirkan dengan memunculkan terus di hadapan bakal tuannya untuk dibawa pulang. Kos bagi memiliki toyol kelas rendah antara RM100 - RM1000, bagi toyol kelas pertengahan antara RM1000 - RM2000 sedangkan toyol diperingkat tinggi antara RM2000 - RM5000. Walaupun setelah dibayar, pemiliknya tidak boleh terus membawa toyol pulang kerana toyol harus dilatih untuk mengenal matawang. Hal ini terjadi jika seseorang itu membeli toyol dari luar negara. Namun di Malaysia, toyol sudah mengenali nilai mata wang Ringgit.
Cuma ianya dilatih untuk mengambil jumlah wang tertentu dengan keadaan baik tanpa diketahui oleh tuan empunya wang. Toyol hanya akan mencuri jumlah wang yang telah diberitahu atau dilatih oleh pemiliknya sahaja. Memelihara toyol adalah mengikut kesesuaian kelas toyol. Toyol kelas rendah hanya memerlukan sesajian yang ringan dengan menyediakan tempat tinggal yang biasa sahaja.
Sedangkan toyol kelas pertengahan dan tinggi memerlukan penyajian yang mewah dan berkualiti serta tempat tinggal yang bagus. Menjaga toyol tidak jauh bezanya dengan menjaga anak kecil. Ianya harus dimanjakan dan dituruti apa yang menjadi keinginannya seperti bunga tujuh jenis yang segar, bubur harus panas dan bilik yang ada bau kemenyan dan lembab. Pemiliknya harus sentiasa bersiap sedia setiap saat untuk melayani toyolnya terutama memberi makan dan menyusuinya.
Penjagaan yang baik dan tidak leka setiap masa oleh pemiliknya akan memberi kesan yang positif kepada pemiliknya. Namun jika toyol yang berbangsa jin kafir yang mempunyai perangai paling cerewet, manja dan mengomel ini tidak puas hati dengan layanan pemiliknya, ianya akan berhenti dari mencari wang bahkan akan membocorkan rahsia pemiliknya dengan menjelma di sekitar rumah pemiliknya atau mencuri hanya di kawasan sekitar jiran-jiran pemiliknya. Bahkan jika toyol kelas pertengahan dan tinggi akan berlagak kurang ajar dengan memaksa pemiliknya membenarkan isterinya disetubuhi oleh toyol pada setiap malam. Akhirnya, tujuan untuk menjadi kaya dengan pantas tidak tercapai dan isteri tergadai maruahnya kepada sang toyol yang menggatal.
Jika ditinjau dari sisi agama Islam bahawa berhubungan untuk meminta tolong dari toyol sebagai bangsa jin kafir sangat tidak mungkin membawa kebaikan bagi manusia bahkan akan membawa kepada keburukan dan kebinasaan dunia dan akhirat.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
TT tinggal di kawasan mana ye? Area sungai buloh pun banyak hal ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 09:18 AM | Show all posts
kintan replied at 18-11-2015 11:27 AM
kenapa toyol xmo gi curik duit kat bank ehhh... yg nie mmg pelik
sah2 bank tu byk duit.. dlm atm..  ...

ada org kata kalau toyol masuk dlm peti besi tak boleh kluar.......
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Maceh momod kasi tacang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.105945 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list