CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5888|Reply: 60

[Tempatan] Serangan Di Paris: Malaysia Tapis Pelarian Syria

[Copy link]
Post time 16-11-2015 03:48 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pelarian dari timur tengah yang akan dibawa masuk ke negara ini perlu menjalani proses saringan bagi mengelak daripada berlakunya sebarang ancaman keselamatan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad berkata ia perlu sebagai langkah berjaga-jaga, terutama selepas serangan pengganas di Paris yang telah mengorbankan 129 nyawa dan beratus-ratus yang lain cedera.
"Inilah risiko yang kita perlu ambil apabila kita terima pelarian daripada Timur Tengah, jadi kita akan tapis dahulu dan lihat latar belakang mereka.
"Melihat kepada kejadian yang berlaku di Paris, kita perlu lakukan (tapisan) itu apabila ada khabar angin berkata ia berpunca daripada pelarian yang diterima," katanya pada pemberita di lobi Parlimen, Isnin.
Nur Jazlan berkata, walaupun dengan insiden itu, ia tidak bermaksud kerajaan akan mengubah pendiriannya untuk menerima masuk seramai 3,000 pelarian dari Syria seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung PBB ke-70 di New York pada 1 Oktober lalu.
"Ya, kita masih pegang janji kita, kita tidak kata semua pelarian itu pengganas. Tetapi kita perlu adakan tapisan itu untuk keselamatan negara," katanya.
Mengenai pandangannya berkaitan serangan di Paris, Nur Jazlan berkata, pihaknya tidak begitu terkejut kerana insiden hampir sama pernah berlaku menerusi kes Charlie Hebdo Januari lalu.
Dalam perkembangan sama, beliau tidak menafikan kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa pemimpin negara turut menerima ancaman daripada kumpulan militan negara Islam (IS).
"Hishammuddin sebagai menteri pertahanan memang punyai banyak kemudahan risikan saya rasa apa yang dia cakap itu betul. Di KDN kita pantau pergerakan suspek yang boleh ditakrif sebagai pengganas," katanya.
Menurutnya, kumpulan IS kini menggunakam elemen baru dengan bergerak dalam kumpulan yang kecil bagi menyukarkan pergerakan mereka untuk dikesan.
Risikan KDN juga menunjukkan pengikut IS di Malaysia masih belum mencecah angka ribu namun pihaknya tetap memantau semua pihak yang mempunyai potensi untuk lakukan serangan.
"Seperti yang disebut, sekarang ini mereka gunakan elemen baru pengganas, yang gunakan kumpulan kecil bagi mudahkan pegerakan mereka. Kita perlu lebih cekap," katanya.
Katanya lagi, kumpulan IS di Malaysia masih menggunakan media sosial untuk merekrut pengikutnya dan mensasarkan kumpulan terpelajar khususnya yang ada kemahiran membuat senjata.

- mstar




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2015 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis yg dah masuk mcmana? Diaorg ni dah start masuk bukankah sejak 1-2 tahun yg lepaskot.  I tahu sbb ada pertubuhan yg bagi derma untuk pelarian ni survive in Malaysia. Mungkin yg ni yg jenis berduit dan sempat kuar.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 03:57 PM | Show all posts
sepatutnya jangan ambil risiko

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 04:01 PM | Show all posts
jgn syria jer tapis..

bangla, indon, afrika, china tu semua tapis...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 04:51 PM | Show all posts
sibuk nak host pelarian...kat msia ni sndri ramai pelarian..tak cukup makan lagi nk lindung pelarian
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 05:00 PM | Show all posts
Akhirnya ummah malasie akur dengan kenyataan... Bahawa ummah suchi timur tengah adalah terrorist!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2015 05:07 PM | Show all posts
Tapi sebenarnya dia orang ni ramai juga yang menipu. Ada yang telah lama duduk turkey...tapi kekononya jadi mangsa di Syria, pergolokan di Syria menjadi ticket untuk mereka keluar dari turkey untuk ke negara maju seperti Germany. Kat turkey gaji kecil. Salah sorangnya yang menipu .. Yang mana anak dia mati terdampar di pantai dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu ada yang kacak tu..sila tapis yang tidak kacak saja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2015 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita terlalu cepat bersangka..hari ni berita pasal fake passport..harap malaysia menapis segala golongan manusia yg masuk dlm negara..

byk sgt teori2 mata kasar..sedangkan tragedi september 11 pun masih ragu2
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 08:07 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 16-11-2015 05:07 PM
Tapi sebenarnya dia orang ni ramai juga yang menipu. Ada yang telah lama duduk turkey...tapi kekonon ...

Kumpulkan setempatkan. Ksh bom semua smp licin. Hidup menyusahkan org saja. Dahlah merempat tmpt org, lg besar kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 08:14 PM | Show all posts
sibuk nak bela rakyat org lain

rakyat sendiri ko buat tahi
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 08:14 PM | Show all posts
we love OBAMA
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 08:17 PM | Show all posts
kalau boleh ambil syria kristian sahaja

selamat sedikit
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 08:35 PM | Show all posts
Hello, udah2 ler masukkan orang asing! Bahaya untuk keselamatan negara bodoh!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tapis menda,henti2 lah amik org asing masuk.
Indon masuk jd maling,jd perompak.vietnam gaduh bunuh2
Curi binatang org,kebas nangka org.org arab kaki gaduh pula.
Cukup2 lah dgn bangsa sdiri yg tak terbela ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 08:55 PM | Show all posts
Tanah Melayu for Melayu, lobby please!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2015 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti sbb jibby dah terberjanji nak amik plarian syria,nak tarik balik malu, nak xnak kene terime dah memandai buat keputusan xtanye pendapat rakyat, skrg ni abisla kite kalu 4-5 ekor yg betul2 terrorist menyelit sekali
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukupla ambk org asing msuk cni
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 09:02 PM | Show all posts
Rentikan larr sentimen agama haper tue. Sama agama ker tak sama ker, orang asinggg tethaaappp orang asing!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 09:03 PM | Show all posts
ahkak pasrah jah kalo jejantz stok2 nim nak masuk sis..
sis merkel pun sampai tersenyum simpul malu naik merenyam sis

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.265490 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list