View: 8469|Reply: 114
|
[Tempatan]
Kajian Menunjukkan Anda Lebih Gembira Jika Tiada FB
[Copy link]
|
|
Kajian Menunjukkan Anda Lebih Gembira Jika Tiada FB Nov 15, 2015 212
DI ZAMAN ini, Facebook merupakan laman kedua paling popular penggunaannya di Internet selepas Google dan YouTube.
Pengguna Facebook bertambah dari hari ke hari dan terkini, dikatakan mencecah lebih 1 bilion pengguna aktif setiap hari.
Di sinilah segala aktiviti memuat naik gambar, menulis apa yang terbuku di hati, berkongsi berita viral dan platform atas talian dijalankan.
Namun tidak semua perkara yang dikongsikan pengguna adalah baik.
Pelbagai berita palsu yang menimbulkan kemarahan serta komen yang boleh membuatkan putusnya persahabatan turut boleh dilihat di Facebook.
Namun kajian terkini menunjukkan, anda akan lebih gembira sekiranya berhenti melayari Facebook!
Menurut portal Amanz.net, kajian dilakukan oleh Happiness Research Institute yang berpangkalan di Copenhagen, Denmark.
Seramai 1095 peserta yang mengaku melayari Facebook setiap hari mengambil bahagian dalam kajian ini dan mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.
Kumpulan A diarahkan supaya berhenti melayari Facebook selama seminggu sementara kumpulan B boleh melayarinya seperti biasa.
Selepas seminggu peserta akan disoal mengenai tahap kegembiraan mereka, di mana sebanyak 88% peserta kumpulan A mengaku diri mereka lebih gembira.
Bagaimanapun hanya 81% peserta kumpulan B mengaku diri mereka gembira. 55% daripada mereka juga didapati lebih tertekan serta mudah marah berbanding kumpulan yang tidak melayari Facebook.
Di samping itu kadar interaksi sosial, menyertai aktiviti riadah dan keluar dari rumah di kalangan respondan kumpulan A juga didapati lebih tinggi.
Keputusan kajian ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana daripada pengalaman penulis sendiri ketika tidak mengaktifkan Facebook dalam jangka masa yang panjang, memang diakui hidup terasa lebih gembira.
Bukanlah membenci media sosial, sebaliknya kita harus sedari bahawa kehidupan peribadi tidak perlu dikongsi 24/7 dan sebenarnya tiada keperluan pun untuk ambil tahu kehidupan peribadi ‘kawan-kawan’ Facebook anda.
Kawan sebenar ialah mereka yang menelefon untuk bertanya khabar, makan semeja ketika lapar dan tidak menekan LIKE pada status yang menyedihkan.
Maka jika anda mahu lebih gembira, kurangkan media sosial dan tambahkan bersosial.
-MYNEWSHUB.CC
Sumber: HAPPINESSRESEARCH
|
|
|
|
|
|
|
|
samalah sini... takdak fb... |
|
|
|
|
|
|
|
Fb,instagram tempat ustaz ustazah jadian berdakwah,ukur dosa pahala org....mna boleh x gembira |
|
|
|
|
|
|
|
Xde fb. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi betul la. Sejak iols kurangkan buka fb, rasa semakin gembira. Malas nak ambil peduli kisah orang lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Yess..kaka pun tadop fb |
|
|
|
|
|
|
|
dulu hakak dh katup sekejap...tp kne on balik pasal info tadika anak...gmbr2 semua ticer letak dlm fb...so kne la bukak blik...adoi... |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan sebenar ialah mereka yang menelefon untuk bertanya khabar, makan semeja ketika lapar dan tidak menekan LIKE pada status yang menyedihkan.
Kawan2 aku skrg ni berkawan cuma follow up kat whatsapp & Facebook je... hamjadah tol
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada tp dah bersawang..baru nak ada ig ni sbb nak shoping baju.. |
|
|
|
|
|
|
|
lantak la dorang nak buat apa dlm FB dorang tu..bagi aku kita yg perlu kontrol diri sendiri..tak yah serabut sangat dengan apa yg org lain dok buat... |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 16-11-2015 08:29 AM
Tapi betul la. Sejak iols kurangkan buka fb, rasa semakin gembira. Malas nak ambil peduli kisah or ...
Yeke kurang?nmpk aktif je uols
Iols pnya fren makin berkurang sbb yg kurg interaksi unfren aje.... |
|
|
|
|
|
|
|
tp aku gmbira je ade fb sbb aku boleh tgk video2 yg best or yg jd viral...cthnya kucing n tuan kucing yg rap lagu hotline bling tu..hehe
berpuluh2 kali aku tgk n aku still ketawa...hehe
nak harap kita sndiri search mmg idak le |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi betul la fb ni membuatkan kita cenderung bandingkan hidup kita dgn orang lain |
|
|
|
|
|
|
|
boring la fb. . |
|
|
|
|
|
|
|
Aktif ngepost. Tapi malas layan posting orang lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
kekadang benda nie ngan serious sangat.....tak de apo pun.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by karipap at 16-11-2015 08:56 AM
Kita guna jugakla fb, tapi nak tengok berita dan cari barang atau serbis aja, macam baca paper. Malas nak tengok status orang. Dah sah sah menipu dan bajet bagus aja kan kalau post di fb. So, bukan perkara yang realiti pun. So, buat apa naj penng-pening nak tahu pasal kehidupan orang lain. Kalau yang share-share berita tu kita follow jugak la. |
|
|
|
|
|
|
|
dgn kata lain, cakap sorang2 lah kan?
#foreveralone sgt uols nih tauuu
|
|
|
|
|
|
|
|
yup betul... betapa gembiranya sy takder fb |
|
|
|
|
|
|
| |
|