CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2717|Reply: 1

[2015] Jelmaan, Kisah Takdir Ibu & Anak Yang Tak Diduga

 Close [Copy link]
Post time 6-11-2015 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by jelitaqasyah at 6-11-2015 04:42 PM



FILEM: Jelmaan

PELAKON: Raja Ilya, Keith Foo, Mia Sara & Rykal Iskandar

PENGARAH: Sridhar Jetty

GENRE: Seram

DURASI: 100 Minit

PENERBIT: Nusantara Seni Karya Sdn Bhd

TARIKH TAYANGAN: 31 Oktober 2015, Astro First Eksklusif (saluran 480)






Ulasan Penulis:

Walaupun pertama kali memegang watak sebagai ibu, ternyata lakonan Raja Ilya dalam filem Jelmaan ternyata tidak mengecewakan.

Berpeluang  menonton filem tersebut  baru-baru ini,tidak keterlaluan sekiranya penulis katakan Jelmaan menampilkan sedikit kelainan dari segi plot penceritaan yang mengetengahkan kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya.

Filem yang mendapat sentuhan pengarah dari seberang, Sridhar Jetty ini juga mampu membuatkan penonton berdebar menanti pengakhiran jalan ceritanya.

Pujian juga harus diberikan kepada Raja Ilya, hanya dengan ekspresi mukanya sahaja mampu membuatkan penonton turut merasai ketakutan yang dialami oleh Lina.

Antara babak yang tidak boleh dilupakan ialah apabila Lina (Raja Ilya) menjerit-jerit mencari anak-anaknya yang kemudiannya dijumpai dalam keadaan mengerikan dan berlumuran darah.

Filem Jelmaan ini tidak memfokuskan mengenai makhluk halus semata-mata tetapi ia juga menceritakan bagaimana pengorbanan seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anak-anaknya selamat walaupun dirinya berada dalam keadaan tertekan.

Sinopsis:

Jelmaan mengisahkan tentang kehisupan sebuah keluarga bahagia yang kemudiannya bertukar menjadi tragedi.

Kisah bermula apabila Lina (Raja Ilya) membawa anak-anaknya Lia (Mia Sara) dan Adi (Rykal) pergi bercuti ke Jogjakarta tanpa ditemani suaminya Harun (Keith Foo).

Namun segalanya bertukar menjadi tragedi apabila bas yang mereka untuk ke resort terbabas lalu terjunam ke dalam gaung.

Kemalangan itu menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut dan dalam kekalutan tersebut Lina serta anak-anaknya berjaya keluar dari kawasan kemalangan tanpa sebarang kecederaan.

Mereka kemudiannya menginap disebuah resort sementara menunggu kehadiran Harun.

Maka bermulalah perkara-perkara pelik sepanjang mereka menginap di resort tersebut sehingga menyebabkan emosi Lina tidak stabil.

Apakah yang terjadi kepada Lina dan anak-anaknya?

Saksikan filem Jelmaan yang sudah pun ditayangkan pada 31 Oktober 2015 secara eksklusif di Astro First Eksklusif (saluran 480) .

Teks Oleh: Mya Amri Info : http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/160890/Jelmaan-Kisah-Takdir-Ibu-Anak-Yang-Tak-Diduga.aspx#.VjuISOBbMTA.facebook





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2015 01:59 AM | Show all posts
THREAD NIH DAH ADA, SO CLOSE

RUJUK http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 1.665388 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list