CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1631|Reply: 0

Lexus Dedahkan Model Konsep Lexus LF-FC Di Tokyo

[Copy link]
Post time 5-11-2015 04:22 PM | Show all posts |Read mode


Di Pameran Tokyo Motor Show 2015, Lexus turut mengambil kesempatan mempertontonkan model konsep terkininya, Lexus LF-FC iaitu generasi baharu bagi Lexus LS.

Pelbagai teknologi terkini diterapkan dan dimasukkan ke dalam model konsep rekaan ini, dengan pastinya menyerlahkn Lexus LF-FC menjadi sedan premium perdana pada masa akan datang.

Lexus LF-FC memiliki ukuran 5,300 mm panjang, 2,000 mm lebar dan 1,410 mm untuk tinggi, mempertaruhkan konsep rekaan berfalsafah Lexus L-finess. Ia direka khas bagi menjelmakan imej sebuah kenderaan grand touring, dengan rekaan gril hadapannya yang besar, menampakkan elemen garang dan maskulin, diapit dengan lampu pencahayaan siang berbentuk-L dengan tema tersebut turut diterapkan untuk bahagian lampu belakang.

Garisan bumbung condong pula memberikan model konsep ini gambaran seolah sebuah jenteracoupe empat-pintu, disamping ianya turut digayakan dengan rim aloi aluminium dan gentian karbon yang diperkukuhkan dengan plastik bersaiz 21-inci.

Jika dilihat di bahagian kabin, perkara pertama yang akan terpacul; ianya begitu futuristik. Butang-butang kawalan telah digantikan dengan paparan sentuh, disamping turut memilikiadvanced human machine interface (HMI), dengan sokongan untuk kawalan isyarat tangan. Bagaimana? Satu imej holografik pada bahagian konsol tengah untuk mengesan pergerakan tangan yang mengendalikan kawalan bagi audio dan penghawa dingin.

LF-FC merupakan model pacuan semua roda, yang dijanakan oleh sistem fuel cell yang mempunyai output yang tinggi. Lexus masih tidak berkongsi apa-apa info mengenai kuasa yang dihasilkan, namun Lexus ada mengatakan LF-FC ini dilengkapi dengan ‘sistem pemanduan yang innovasi’ yang mana mampu menghantarkan jumlah tork yang optimal diantara roda hadapan dan belakang, dan dengan itu membolehkan model ini memiliki kawalan pemanduan dan kestabilan yang tinggi.

Komponen fuel cell diletakkan di bahagian belakang sementara unit kawalan kuasa diletakkan di bahagian hadapan bagi membolehkan kestabilan pembahagian berat keseluruhan disamping tangki hidrogen yang dikonfigurasi secara formasi-T.

arenakereta

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.060767 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list