CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8657|Reply: 65

[Dunia] Wanita Bersalin Dalam Pesawat Didakwa Mahu Anak Lahir Di AS

[Copy link]
Post time 22-10-2015 03:36 PM | Show all posts |Read mode
SEORANG wanita warga Taiwan melahirkan anak pada ketinggian 30,000 kaki semasa dalam penerbangan dari Taipei ke Los Angeles.
Portal Mirror melaporkan wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Jian didakwa "menyembunyikan" kehamilannya bagi membolehkan dia melahirkan bayi di Amerika Syarikat (AS).


Jian bagaimanapun melahirkan bayi dalam pesawat China Airlines semasa dalam penerbangan ke Los Angeles.
Keadaan itu mencetuskan panik di kalangan anak kapal namun wanita bernasib baik apabila terdapat seorang penumpang yang merupakan doktor tampil membantu untuk proses bersalin.


Penerbangan itu bagaimanapun terpaksa dilencongkan ke Anchorage, Alaska bagi membolehkan Jian dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan perubatan.
Timbul dakwaan mengenai Jian, warga Taiwan itu mahu anaknya dilahirkan di AS supaya mereka layak mendapat taraf kewarganegaraan secara automatik.



Memetik laporan China.com.cn, wanita itu didakwa enggan untuk baring bagi memudahkan proses bersalin dan sering kali bertanya sama ada pesawat itu berada di AS.


Portal berita itu mendakwa Jian diasingkan daripada anaknya pada Sabtu lalu selepas bayi yang baharu lahir itu mendapatkan kewarganegaraan AS.
Wanita itu dihantar pulang ke Taiwan tetapi bayi perempuannya masih berada di AS bersama keluarga rakannya kerana anaknya belum lagi sesuai untuk menaiki penerbangan.


Jian turut berhadapan dengan denda sebanyak £21,000 (RM139,244.56) sebagai ganti rugi kerana gagal memberitahu syarikat penerbangan bahawa dia hamil selama 36 minggu.

-mstar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2015 03:38 PM | Show all posts
pasnie kena BAN seumur hidup dari naik China Airlines
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejuk lah berpantang di anchorage
Fiuuu fiuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada org ckp baby yg lahir atas flight gtu dapat tiket free seumur hidup untuk fly..betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
huhuhuhu padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 03:43 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 22-10-2015 03:41 PM
Ada org ckp baby yg lahir atas flight gtu dapat tiket free seumur hidup untuk fly..betul ke?

mzz nak try boleh mommy?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2015 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mzzenma replied at 22-10-2015 03:43 PM
mzz nak try boleh mommy?

Trylah u... ok per byr denda tu tapi anak dpt tiket free seumur hidup...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 replied at 22-10-2015 03:41 PM
Ada org ckp baby yg lahir atas flight gtu dapat tiket free seumur hidup untuk fly..betul ke?

Waaaahhhhhh....i pon penah dgr juga ttg ni...xsalah kt mesia ni dah ada kot...xsilap air asia...

Huntong anak tu fly foc kekdahnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2015 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 replied at 22-10-2015 03:41 PM
Ada org ckp baby yg lahir atas flight gtu dapat tiket free seumur hidup untuk fly..betul ke?

Waaaahhhhhh....i pon penah dgr juga ttg ni...xsalah kt mesia ni dah ada kot...xsilap air asia...

Huntong anak tu fly foc kekdahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 03:54 PM | Show all posts
kita tak boleh mengandung....sedeyh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 03:56 PM | Show all posts
Terdesak gila nak jadi warga amareka sampai sanggup pertaruhkan nyawa anak sendiri. BODO
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 04:00 PM | Show all posts
alamakkkk kene byr ganti rugi la pulakk.. banyakkkkk lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_kitty replied at 22-10-2015 03:53 PM
Waaaahhhhhh....i pon penah dgr juga ttg ni...xsalah kt mesia ni dah ada kot...xsilap air asia...
...

Kan..kalu betul huntunglahhhh...
Dahla jadi warga us....


Baguslah ibu dia cuba jugak2 nak ubah nasib anak dia... walaupon bahaya sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 04:09 PM | Show all posts
Tak tercapai juga lah impiannyaa....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 04:10 PM | Show all posts
ummah taiwan dgn PRC perangai tiada beza..nasib baik ummah cina malaysia masih senonoh lagi perangai
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 04:18 PM | Show all posts
dh agak dah...

kesian baby terpisah..

tp nape baby dh dpt pstu mak dia kna halau balik china?
pstu plan dia cm xjadi la kan?

x faham i..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2015 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols penah terbaca yg skang ni kalo nk fly masuk US, Sapo2 preknen mmg tak dibernakn masuk US dlm brapa mggu kehamilan tah
Sbb dh byk kes mcm ni..memasing sangap nk US citizenship esp ummah PRC la
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 04:23 PM | Show all posts
cik_kitty replied at 22-10-2015 03:53 PM
Waaaahhhhhh....i pon penah dgr juga ttg ni...xsalah kt mesia ni dah ada kot...xsilap air asia...
...

MAS dgn AA sama2 pernah tawarkan penerbangan percuma kepada anak2 yang lahir dalam pesawat...
tapi, baru2 nie iols naik AA, kena maklumkan kepada anak2 kapal dan kena sign Declaration Statutory yang kata kita takkan minta apa2 pampasan dari AA dan akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada apa yang berlaku pada kita dan tanggung semua kerugian yang might be affected.

so, iols rasa dah takder la nak naik free, unless AA nie murah hati kut...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 04:27 PM | Show all posts
mmg keji la apa yang dia buat ni..sbb risk kan nyawa dia n anak dia..
but i guess.she just terdesak nak better life utk diri sendiri n anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 04:40 PM | Show all posts
last-last kena hantar balik juga ye??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.058618 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list