View: 4054|Reply: 32
|
[Dunia]
Pemindahan Organ Khinzir Ke Manusia Bakal Direalisasikan?
[Copy link]
|
|
Pemindahan Organ Khinzir Ke Manusia Bakal Direalisasikan?
Oct 12, 2015
KHINZIR sememangnya seekor haiwan yang mempunyai reputasi buruk oleh kerana sifatnya yang gemar bergelumang di dalam lumpur dan boleh memakan hampir apa sahaja yang ada di depan matanya. Namun, siapa sangka haiwan pengotor ini sebenarnya sedang menjadi tumpuan para saintis atas sebab potensinya dalam bidang perubatan?
Menurut kajian terkini, pemindahan organ khinzir ke tubuh manusia mungkin bakal direalisasikan dalam masa terdekat ini setelah sekian lama menjadi ujikaji penyelidik.
Ramai yang tidak tahu sebenarnya khinzir dan manusia mempunya persamaan yang amat ketara dari sudut biologikal. Atas sebab ini, haiwan ini sering digunakan dalam kajian pembedahan dan cara paling efektif untuk mengesan mayat. Dalam satu kajian yang dibentangkan minggu lalu di dalam sebuah mesyuarat anjuran Akademi Sains Kebangsaan di Washington D.C., hubungkait kita dengan khinzir bakal menjadi lebih ‘intim’.
Bagaimanapun, walaupun terdapat banyak persamaan fizikal antara khinzir dan manusia, para doktor harus mengambil kira beberapa cabaran yang perlu diatasi sebelum memutuskan untuk membenarkan penggunaan organ khinzir ke dalam tubuh manusia.
Salah satunya tentulah kemungkinan pemindahan virus sedia ada di dalam tubuh haiwan tersebut ke badan manusia. Namun, minggu lalu, sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr. George Church, seorang pakar genetik daripada Fakulti Perubatan Universiti Harvard di Boston, telah mengumumkan kejayaan mereka menyahaktifkan 62 daripada virus-virus yang terkandung dalam embrio khinzir.
Kejayaan yang mengagumkan ini telah dicapai menggunakan teknologi penyuntingan gen CRISPR/Cas9, dan telah menghapuskan ketakutan jika virus-virus ini boleh mendatangkan mudarat kepada penerima transplan organ, menurut laporan majalah Nature.
Kekangan seterusnya adalah penolakan organ, yang menjadi masalah paling ketara dalam pemindahan organ khinzir-ke-manusia. Dalam sebuah kajian, Church dan kumpulannya telah berjaya mengatasi masalah ini menggunakan teknologi CRISPR tersebut dengan menyunting lebih daripada 20 gen yang terkandung dalam embrio khinzir; yang dikenali sebagi pencetus tindakbalas imun manusia atau mengakibatkan pembekuan darah.
Dengan terciptanya tabung organ yang mampan atau berterusan, penemuan ini bakal mencatatkan kejayaan baru dalam dunia perubatan dan tak mustahil satu hari nanti virus di dalam tubuh khinzir akan dapat disingkirkan secara total melalui teknologi penyuntingan gen ini.
“Ini adalah sesuatu yang saya nanti-nantikan selama hampir sedekad lamanya,” kata Church, menurut laporan Science. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Church G, et al. US National Academy of Sciences (NAS) in Washington DC. 5 October 2015.
|
|
|
|
|
|
|
|
babi digunakan syarikat peluru utk test kuasa peluru. hasil ditembak kt babi sama hasil dgn tembak kt manusia |
|
|
|
|
|
|
|
payah la nak samak badan hari2 camni |
|
|
|
|
|
|
|
...tahniah babi.. |
|
|
|
|
|
|
|
yang haram itu jugak byk kegunaannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm bnyk2 binatang..
babi jugak yg diorang bekenan,..haishh!! |
|
|
|
|
|
|
|
babi bukan bnyk cacing pita yang tak boleh mati ke ? nape mesti babi |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak guna kertas turas je nak filter virus dr babi neh... |
|
|
|
|
|
|
|
btw laba multnick dah la implant hati babi dlm bdn die.... sbb tu panjang umur.... kelahiran semula yg non stop....
mujur la die nembiak kat porum.... klau real membiak merosakkan alam seluruhnya |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi aku kalau marah aku selumber nye sound " kau memang babi"! So jangan marah yea memang betul kan sifat sama....... |
|
|
|
|
|
|
|
mulut maki hamun babi *&&^%$$#@@%^^!@%&
tp dalam organ babi punya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Comel jugak anak babi gambar atas tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Hujung2 babi jugak yg berbakti pada manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Org utan xsama ke ngn manusia
Aku pnh tgk.org utan
Penjaga situ ckp org utan sama.cm.mnusia
Cuma xberakal je
Esp betina..period sume sama |
|
|
|
|
|
|
|
sejujurnya ahkak lebih rela mampos dari dicemari DNA2 babi sis |
|
|
|
|
|
|
| |
|