CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4548|Reply: 21

[Jenayah] Wanita DiTemui Mati Terjerut

[Copy link]
Post time 26-8-2015 07:08 AM | Show all posts |Read mode
Kluang: Seorang wanita berusia 31 tahun dijumpai mati dengan kesan jerutan di leher selain kepala tersembam dalam baldi kira-kira 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Muhamad Laham ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan masih giat dijalankan.

Menurut Mohamad, kejadian dipercayai berlaku antara 12 tengah hari hingga 3 petang ketika mangsa berehat di rumahnya di Taman Desa, di sini.


"Hasil siasatan awal, dua suspek terbabit dalam kejadian ini namun kedua-duanya masih bebas.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu untuk mengenal pasti suspek," katanya.

Mohamad berkata, pihaknya percaya, motif kejadian adalah dendam dan cemburu.


      Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 10:02 PM   
http://www.hmetro.com.my/node/72960







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2015 09:14 AM | Show all posts
hari2 berita bunuh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 09:19 AM | Show all posts
polis busy jage oppositions. Tak Cukup kaki tangan. Rakyat mesia ramai gengster.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 10:33 AM | Show all posts
erm selalu sgt dengar kes bunuh2 ni syukurlah malaysia masih aman
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 10:44 AM | Show all posts
mana mungkin polis leh jage sampai dalam rumah. skop terlalu luas.

tapi kalau report dorang mesti datang
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 10:46 AM | Show all posts
bodohnya bunuh sbb cemburu
ramai  btol sakit mental skrg ni
klu pasangan wat hal move on je la
watpe sampai nak berbunuhan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2015 05:15 PM | Show all posts
adoiiiiii giler apa nk bunuh org... macam tak boleh nk move on je hidup si pembunuh tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 05:20 PM | Show all posts
apa nak jadi sekarang ni???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2015 05:46 PM | Show all posts
sembamkan dlm baldi dgn harapan orng sangka mati lemas..bodo piang
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 05:55 PM | Show all posts
mudahnya bunuh2 org skrg ni... manusia semakin kejam..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 05:59 PM | Show all posts
musangcomel replied at 26-8-2015 10:46 AM
bodohnya bunuh sbb cemburu
ramai  btol sakit mental skrg ni
klu pasangan wat hal move on je la

baru aku perasan cara ko tulis macam forumer d'zek la, 4-5 perkataan ko dah 'enter' macam org tulis lirik lagu/sajak/syair plak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape ramai sangat org sakit mental?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 06:05 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 26-8-2015 05:59 PM
baru aku perasan cara ko tulis macam forumer d'zek la, 4-5 perkataan ko dah 'enter' macam org tuli ...

choyy okeh
jgn la samakan aku ngan djek tuh
mmg style aku camnih
malas nak taip ayat berjela2 panjang
susah org nak baca nnt

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 06:36 PM | Show all posts
jika yang dibunuh itu muslimah sejati ... aku simpati ...

jika pompuan jalang betina garit ... padan muka ko ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 01:03 AM | Show all posts
garang la org mesiaraya ni.. sket sket bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 07:53 AM | Show all posts
ini semua salah...
1. 1MDB
2. PM
3. Mulayu
4. Islam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2015 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejam betoi     
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2015 08:12 AM | Show all posts
Suspek bunuh bekas teman wanita ditahan


[size=100%]JOHOR BAHRU, 26 Ogos:
Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang kerani wanita syarikat kurier di Taman Desa dekat Kluang, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham berkata, lelaki warga tempatan itu ditahan di Johor Baharu kira-kira 8 malam – selang lima jam selepas kejadian tersebut.
Mohamad berkata, mayat S.Chintra,31, sebelum itu ditemui bapa dan sepupunya dalam keadaan tertiarap di dalam tab mandi di rumah sewanya selain terdapat kesan jerutan di leher.
Menurut Mohamad, polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan itu bermotifkan dendam dan cemburu kerana suspek merupakan bekas teman lelaki mangsa.
“Bapa mangsa memberitahu pernah membuat beberapa laporan polis di Johor Baharu sejak 2011 kerana suspek sering menganggu mangsa ketika berada di sana.
“Tidak tahan dengan sikap lelaki itu, bapa mangsa meminta mangsa bekerja di Kluang dan mangsa kemudian mendapat teman lelaki baharu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Suspek kini ditahan reman sehingga 1 Sept untuk membantu siasatan



Read more: http://bm.therakyatpost.com/news-in-brief/suspek-bunuh-bekas-teman-wanita-ditahan/#ixzz3jy8hwLgu

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 09:19 AM | Show all posts
musangcomel replied at 26-8-2015 06:05 PM
choyy okeh
jgn la samakan aku ngan djek tuh
mmg style aku camnih

ko sedara mara dia ke???? ke dia tu husband ko??? haaaa kantoi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 09:36 AM | Show all posts
lkick2113 replied at 28-8-2015 09:19 AM
ko sedara mara dia ke???? ke dia tu husband ko??? haaaa kantoi..

haha lawak
husband aku tak reti nak berporum ni
tak tau la pulak klu aku sedara ngan dia, real life aku tak kenal pon dijek tu
stakat nampak di porum je, gitew
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.493402 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list