CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6860|Reply: 65

[Tempatan] 603,985 peminjam PTPTN 'gagal' dikesan

[Copy link]
Post time 23-8-2015 11:39 PM | Show all posts |Read mode
Lenggong: Seramai 603,985 daripada 2.32 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak membayar semula pinjaman PTPTN sehingga 31 Julai lalu dan kebanyakannya gagal dikesan berikutan bertukar alamat.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, jumlah pinjaman PTPTN tertunggak (NPL) melebihi RM4.8 bilion menyebabkan perbadanan itu terpaksa melaksanakan pelbagai langkah alternatif bagi memastikan dana berkenaan diperoleh semula.

Menurutnya, langkah itu wajar bagi membolehkan dana pinjaman PTPTN disalurkan semula kepada penuntut lain.

“Kami ada rekod sebahagian peminjam ini boleh dihubungi, namun ada antara mereka tidak dapat dihubungi selain bertukar alamat hingga menyukarkan kami mengesan mereka,” katanya pada majlis penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN di Dewan Merdeka Lenggong di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 271 pelajar dari Parlimen Lenggong, Gerik, Padang Rengas dan Kuala Kangsar menerima WPP membabitkan RM406,500.

Pemberian WPP itu bagi membantu mereka melanjutkan pengajian ke pelbagai universiti tempatan.

Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, pihaknya berterima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana membantu PTPTN dengan mewajibkan kakitangan awam membuat potongan gaji bagi membayar balik pinjaman mereka, sekaligus membantu meningkatkan kutipan balik pinjaman PTPTN.

“Selain penjawat awam, kami kini berusaha untuk membolehkan pekerja swasta yang berhutang dengan PTPTN membuat potongan gaji melalui majikan mereka,” katanya.

Menurutnya, jika PTPTN tidak bertindak bijak maka perbadanan itu dikhuatiri tidak boleh berperanan sebagai pembiaya utama pendidikan negara kerana setiap tahun PTPTN perlu menyediakan dana untuk 200,000 penuntut baru dan kira-kira 400,000 pelajar sedia ada di institusi pendidikan tinggi seluruh negara.

Katanya, tanggapan segelintir masyarakat PTPTN mendapat dana geran daripada kerajaan setiap tahun adalah tidak benar.

“Geran RM5.3 bilion daripada kerajaan hanya diberikan pada peringkat awal penubuhannya manakala selepas 2007, PTPTN membuat pinjaman daripada institusi kewangan.

“Saya sarankan peminjam PTPTN termasuk yang baru menamatkan pengajian segera berjumpa dan berunding dengan kami bagi memudahkan PTPTN membuat penjadualan pembayaran tanpa dikenakan sebarang tindakan,” katanya.

Shamsul Anuar berkata, pada masa sama pihaknya mahu penuntut belajar bersungguh-sungguh untuk memperolehi ijazah kelas pertama kerana kejayaan itu melayakkan peminjam PTPTN tersenarai dalam Skim Pengecualian Bayaran seperti dinikmati lebih 24,000 pelajar kini.

Beliau berkata, seramai 785,212 pelajar menerima WPP berjumlah RM1.16 bilion sehingga 31 Julai lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2015 02:54 AM | Show all posts
you guys dont talk to each other between agencies???? tak tanya kwsp???? mereka tentu ada alamat terkini trace daripada majikan
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 05:17 AM | Show all posts
munchkin replied at 24-8-2015 02:54 AM
you guys dont talk to each other between agencies???? tak tanya kwsp???? mereka tentu ada alamat ter ...

betul,

kan zaman IT,

maklumat peribadi on line, senang mau cari..

facebookka, tweeter ka,

Jab Pendaftaran pun boleh cari,

apa yg susah..

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 05:22 AM | Show all posts
kalu cakap susah ,

ada kelemahan tang pengkalan data kerajaan,

KPI mana?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2015 08:48 AM | Show all posts
data dari Imigresen, LHDN, KWSP, JPN
so mana mau lari?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 09:03 AM | Show all posts
Apasal peminjam-peminjam PPTN ni teruk sangat perangai.apakah orang2  ni bergitu teruk perangai ..dah pinjam tu bayar lah..sebab duit tu selepas kamu orang  lain pula nak guna..kalau kamu tak bayar mana nak cekau duit nak bagi pinjam kepada adik akak dan jiran2 kamu yang memerlukan pinjaman PPTN juga.....so bayar lah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2015 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Siyes gagal dikesan,  ada ilmu ilang kan diri ke?  Bayor je la esok kat mahsyar susah nak menjawab
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 09:15 AM | Show all posts
aku gigih bayar pun x habes2
target nk abeskan dalam masa 1 tahun
belum mimpi la nak beli honda city selagi x abeskan ptptn dgn jayanya

ada budak kt opis aku ni rilek je x penah byr lgsg
waimma dah keje 5 tahun
pastu bangga naik honda civic tahun 2005



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2015 09:30 AM | Show all posts
munchkin replied at 24-8-2015 02:54 AM
you guys dont talk to each other between agencies???? tak tanya kwsp???? mereka tentu ada alamat ter ...

tu la pasal ... supposely they should have centralized punya database tak pun sync between their database .....sangat2 la membazir masa dan tenaga untuk buat double work ...
where each agencies ada multiple database .... supposely diorang kena ada source of truth .... contohnya JPN and Imegresen database

where the logic is ....
1) everyone need IC/Sijil Kelahiran in order untuk diorang tinggal kat Malaysia so JPN
2) but they also need passport untuk travel ke luar

contohnya: JPN punya database sebagai source of truth then bila ada yang nak buat passport fiorang kena check info dr JPN database kalau diorang bg information lain. kena confirmkan sama ada that;s their latest information. tapi kena measure urity information level. apa yang simply boleh ditukar and apa yang tak. and kena ada IT audit department untuk check which ID buat which changes. Setiap pertukaran information kena ada valid reason. sort of.

kalau tengok channel CI kat Astro boleh nampak yang diorang punya database LYNC antara satu sama lain, ini termasuklah information tentang perubatan and DNA.

tp kes kat Malaysia ni ... ko punya agency ... aku punya agency ... kadang berbalah ... which agency kena settle the issue ... and terlalu banyak redundancy dalam penguatkuasaan ..

lagi satu sangatlah dikesalkan bila bab2 penguatkuasaan

sorry la kalau ada point yang salah ./... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 09:35 AM | Show all posts
macam x masuk akal ja x dpt kesan...bkn skarang ni semua serba boleh ke.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 09:40 AM | Show all posts
monyet_2015 replied at 24-8-2015 09:03 AM
Apasal peminjam-peminjam PPTN ni teruk sangat perangai.apakah orang2  ni bergitu teruk perangai ..da ...

tu la .... padahal sebelum diberi pinjaman .... mereka bersetuju dengan terma dan syarat yang diberikan .... mutual aggreement
lepas grad semua ... pulak bising ....


Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 09:49 AM | Show all posts
hutang tetap hutang..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 09:54 AM | Show all posts
selamat mzz dpt first class..dpt convert ke scholarship
tapi still kena bayar utk diploma..bayar tetiap bulan pun tak surut2 juga hutang ptptn
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:03 AM | Show all posts
aku suggest kalau tak lalu bayar bulan2, kumpul sendiri. next time diorang buat 20% discount on bayar habis, pergi bayar. jimat banyak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:11 AM | Show all posts
Sory la aku tak pinjam stok ptptpu nih

aku pinjam ypj je dulu..dpt pun ciput jer then now dah abis byr da pun 2 tahun lps

payslip aku bersih tanpa sebrg hutang

hutang keta pun da nak abis byr lg setahun jer

bersih da payslip aku rm4400k

insurans dah ade 3..ingat pasni nak masuk tabung haji & loan asb

lapang kepale hidup tanpa hutang
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:16 AM | Show all posts
Alehhh BUKAN SUKAR MANA pun.
Bagi jah nama 603,985 peminjam ni kat BANK NEGARA.
Istihar INSOLEVAN  - abis cerita.
Bila masing-masing nak beli motor, rumah or keta, tak boleh buat pinjaman.
Masa tu, barulah memunculkan diri.....................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2015 10:31 AM | Show all posts
ptptn pun.... aku minta copy agreement nak byr abih guna kwsp,bleh officer dia cakap - saya rasa dah hilang la.. ... dah kwsp xbg kuarkan duit, kena la merangkak bayar bulan2 yang ntah bila nak abih
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:32 AM | Show all posts
tagas replied at 24-8-2015 10:11 AM
Sory la aku tak pinjam stok ptptpu nih

aku pinjam ypj je dulu..dpt pun ciput jer then now dah abi ...



dik, ko dah boleh kawan dgn najib.
k = 000

4400k bermakna RM4,400,000

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:39 AM | Show all posts
R2D2 replied at 24-8-2015 08:48 AM
data dari Imigresen, LHDN, KWSP, JPN
so mana mau lari?

yup betul setuju, skang ni semua dihujung jari jer


Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:40 AM | Show all posts
dah pinjam taknak bayar... mostly melayu la ni.. Alhamdulillah la keluarga aku tak penah pinjam ptptn..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.058246 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list