CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5443|Reply: 29

Laman Sosial Jadi Platform "Dosa Kering"

 Close [Copy link]
Post time 17-8-2015 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ


Gambar hiasan. Sumber foto : mediapermata.com.bn


Dunia kini sudah jauh berubah semenjak penggunaan internet secara meluas diseluruh dunia apabila munculnya dunia baru yang dipanggil ''dunia maya'' . Dunia maya atau juga dipanggil alam siber menyebabkan penduduk dunia mula tertumpu pada penggunaan jaringan laman sosial seperti Facebook, Twitter,  Instagram, Blog dan macam-macam lagi. Dengan wujudnya pelbagai aplikasi dalam versi mobil, ini memudahkan lagi pengguna sosial melayari laman sosial walau dimana berada.

Pastinya kita tahu bagaimana penggunaan media sosial secara meluas memberi impak yang besar kepada masyarakat. Cuba lihat siapa sahaja disekeliling anda ketika ini, apakah yang mereka sedang lakukan? Pastinya ada di antara mereka yang sedang menghabiskan masa terluang dengan bermain telefon bimbit atau tablet.


Gambar hiasan. Sumber foto : bonafidepanda.com


Namun, apa yang membimbangkan apabila masyarakat tidak memanfaatkan kebaikan media sosial dengan melakukan perkara yang berfaedah. Ramai lebih gemar membuang masa di laman sosial dengan menjana dosa kering (dosa yg dilakukan tanpa sedar). Ada juga yang menjadikan laman sosial sebagai tempat untuk mencari rakan maya dan seterusnya menaik taraf hingga menjadi ''kekasih gelap'', ini akan mendedahkan masyarakat pada gejala sosial yang lebih teruk jika tidak dibendung dari akar umbi.

Tanpa kita sedari, kita mungkin telah membuat ''dosa kering'' seperti menyebar berita fitnah, komen yang berbau hasutan, mengumpat, memaki hamun, muat naik gambar dedah aurat dan kongsi luahan perasaan yang tidak sepatutnya. Malahan, bukan lagi sesuatu yang asing meluahkan perasaan berkenaan masalah rumah tangga di laman sosial. Persoalannya, perlukah canang sekeliling alam masalah rumah tangga anda?

Pada pendapat penulis, anak-anak yang masih bersekolah tidak perlulah didedahkan pada penggunaan laman sosial kerana terdapat pelbagai keburukan dan informasi yang mungkin kurang sesuai dengan umur mereka. Tetapi hari ini, kita dapat lihat kanak-kanak seawal umur 7 tahun sudah memiliki telefon bimbit sendiri dan mempunyai akaun Facebook, Twitter, WhatsApp, Wechat dan sebagainya.


Gambar hiasan. Sumber foto : dehewaraspak.blogspot.com

Jika dirujuk pada statistik, rakyat Malaysia mempunyai purata jumlah rakan facebook yang paling tinggi di dunia dan meluangkan masa paling banyak di laman sosial. Manakala beberapa kajian juga menunjukkan satu daripada lima hubungan cinta bermula dari perkenalan dan perbualan di media sosial.  Di Amerika Syarikat pula dilaporkan satu daripada lima kes perceraian berpunca daripada penggunaan media sosial.

Walau bagaimanapun, media sosial juga banyak kebaikan jika kita pandai memanfaatkannya. Antara kelebihan media sosial :

1- Sebagai alat perhubungan utama untuk menghubungkan orang ramai dengan sesiapa saja diseluruh alam maya. (meluaskan networking)
2- Memudahkan untuk berkongsi dan akses maklumat pada bila-bila masa.
3- Tempat untuk mempromosi produk perniagaan.
4- Membantu dalam menyebarkan ilmu atau berita yang penting untuk diketahui umum.


Fikir sebelum komen, selidik sebelum sebar, jaga nafsu menulis, anda mampu merubahnya. - CARI Infonet.




*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2015 03:30 PM | Show all posts
So true!

Dah delete FB sejak awal 2014 gitu..

Berforum ni pun dosa kering gak.. but at least takde org kenal kita... hiks!
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 03:41 PM | Show all posts
aku setuju
dosa kering basah semua ada
tp xde lama sosial susah plak nak tau member jemput kahwin
ermm entahla
kene pandai2 la sekat mana yg xpatut dan elakkan sebar fitnah
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 03:42 PM | Show all posts
tp nasib baik gak ada laman social ni... kalau xde maunye 260 biliion lesap
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 03:44 PM | Show all posts
dok sesoang lam gua pun bleh ada dosa kering..

kendian tetiba dinding gua tu basohhh aje..lekit2 lagik haaaaaa..cian semut nak jalan terperangkap ada avalanche

ntah pasai pa ntah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dikalangan kita tahu ke apa maksud dosa kering, dosa memfitnah, dosa menghasut tu?..

Terutama dari kalangan kafir dan melayu perasan urban tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2015 03:46 PM | Show all posts
laman sosial ini wa follow amoi

amoi china siam pilipino brazil..

seluruh dunia
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
agree. saya sampai buka satu thread di  bod perbincangan keluarga utk kes gaduh dgn sedara dlm whatsapp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2015 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Belanga mengatakan periuk itam..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 03:51 PM | Show all posts
jengkoil replied at 17-8-2015 03:48 PM
Belanga mengatakan periuk itam..

betul tu..dah taw jadi port dosa kering...

kasi tutup je la cari.com ni...

ni lagi mau ambik iklan banyak2 pulak...


Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 03:52 PM | Show all posts
applemy replied at 17-8-2015 03:30 PM
So true!

Dah delete FB sejak awal 2014 gitu..

tenang idup kiter biler dh delete fb nh. deleted in 2013. klu tak merapu dan buang masa.

dlu igt nk jmp kawan2x lamer. pas tuh xder aper sgt pon rupernyer
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 03:52 PM | Show all posts
teknologi laman sosial ada yang baik,
tapi lagi banyak yang buruk

dalam setiap sepuluh berita

sebelas adalah palsu
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 04:08 PM | Show all posts
fb utk baca2 ilmu internasional, tgk fb kawan2 setahun sekali jah utk seribu org, buang2 masa ja
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 04:08 PM | Show all posts
setuju bangettt
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 04:15 PM | Show all posts
sofiazara replied at 17-8-2015 07:47 AM
agree. saya sampai buka satu thread di  bod perbincangan keluarga utk kes gaduh dgn sedara dlm whats ...

whatsapp aku penuh dgn org share bende2 lapuk esp. makcik2 aku yg baru nak jinak2 dgn dunia internet ni...aku nak je jawab name je belaja agama tapi dok percaya segala karut marut kne anto msg tu kat 10 org kalau tak ditimpa bala la...idup lebeh murah la kalau anto kat 10org..kusut aku
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 04:58 PM | Show all posts
setuju dgn semua komen diatas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2015 05:01 PM | Show all posts
applemy replied at 17-8-2015 03:30 PM
So true!

Dah delete FB sejak awal 2014 gitu..

silap tu...allah tetap kenal anda...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 06:46 PM | Show all posts
Aku register sejak 2008 tp smpai skang tak pernah komen2 bagai

dlm fb..Just tgk fb2 member n gossip2 news terkini
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 11:24 PM | Show all posts
sendiri buat dosa..sendiri yg kena jawap.

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 11:28 PM | Show all posts
aku byk buat dosa dlm forum.bilalah aku nak berenti neh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.496906 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list