CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2955|Reply: 1

Sayuran Angkasa

[Copy link]
Post time 14-8-2015 05:53 PM | Show all posts |Read mode
"One small bite for a man, one giant leaf for mankind." - ungkapan ini digubal oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) daripada ungkapan emas angkasawan Neil Armstrong ketika beliau memijak di permukaan bulan iaitu "one small step for man, one giant leap for mankind", susulan kejayaan angkasawan menuai sayuran angkasa di Stesen Angkasa Antarabangsa.  


Isnin lalu, tiga angkasawan pertama kali menikmati 'sayuran angkasa' yang segar hasil tanaman mereka sendiri, mereka semua memuji rasa sayuran tersebut sungguh enak, kejayaan kali ini melakar sejarah baru berhubung pencapaian angkasawan yang berkeupayaan menghasilkan makanan untuk diri sendiri.


Para ahli sains menganggap pencapaian menghasilkan bahan makanan di angkasa lepas adalah satu faktor penting dalam misi membawa manusia ke Mars.


Selasa lalu, waktu Malaysia kira-kira 12.40 pagi  tiga angkasawan yang berada dalam Stesen Angkasa Antarabangsa, setelah mengutip sayuran The Red Romaine yang ditanam dalam sebuah kotak kecil di rumah hijau, mereka pertama kali makan sayur mentah angkasa itu atas landasan khatulistiwa.


Angkasawan NASA, Lingren, rasa terharu selepas mengunyah Sayuran Angkasa dan beritahu,"  ianya sungguh menabjukan"


Seorang lagi, angkasawan dari Amerika Syarikat, Kelly yang akan singgah di Stesen Angkasa Antarabangsa selama setahun turut mengatakan: "Rasanya sungguh hebat"


Menurut Kelly, rasanya seakan-akan sayur Arugula. Kemudian dia letakkan minyak zaitun dan cuka di atas daun sayuran tersebut untuk menambah perisanya, tindakan ini seperti kebanyakan orang yang akan letakkan sos tomato dan mustard di atas sosej.


Berhubung ujian kali ini, bagi NASA ianya membuktikan manusia berupaya menanam makanan di angkasa lepas, mendapatkan kaedah buat manusia menghasilkan bahan makanan yang mencukupi untuk keperluan diri ketika berada di Mars dan planet lain.


Tambah Kelly lagi, oleh kerana tidak dapat membekalkan tambahan makanan kepada kapal angkasa yang menuju ke Mars dalam tempoh yang ditetapkan,  demi terus boleh hidup dalam perjalanan ke Mars, angkasawan harus mencari kaedah dengan menghasilkan makanan melalui penanaman di angkasa lepas.


"Kejayaan menanam sayur yang boleh dimakan di angkasa lepas, Ini merupakan satu pencapaian besar buat manusia yang sedang berusaha menuju ke Mars,"  tegas Kelly.


Isnin lalu, Lingren memakai sarung tangan berwarna biru, pada mulanya menuai sayur salad daripada kotak kecil dengan menggunakan pengepit,  lalu meletakkan daun sayur itu atas sebuah pinggan.


Kemudian menggunakan tisu yang berasid sitrik yang boleh dimakan untuk bersihkan sayur salad itu dan masukkan sayuran yang telah dibersihkan itu ke dalam bag plastik yang ditutup ketat, kemudian serahkan kepada Kelly dan seorang lagi angkasawan berbangsa Jepun yang sedang berada di stesen angkasa untuk merasa sayur salad itu.


Mereka juga tinggalkan dua helai daun sayuran itu untuk dua orang angkasawan Rusia yang sedang bersiar-siar di luar stesen angkasa.


NASA menulis dalam laman rasminya :  "Para angkasawan akan makan sebahagian sayur salad itu, dan sebahagian lagi akan disejukkan, untuk dibawa balik ke bumi buat ahli sains menjalankan ujian.''


Sebenarnya Stesen Angkasa Antarabangsa sudah berjaya menghasilkan sayuran angkasa pada tahun lepas, cuma ketika itu tiada orang berani makan.


Kejayaan NASA menanam sayuran untuk keperluan makanan angkasawan ketika di angkasa lepas harus diberi penghargaan, ini kerana uasa ini menambahkan lagi keyakinan manusia untuk menerokai dan mencari planet-planet lain yang mungkin boleh dihuni oleh manusia pada masa akan datang. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2015 09:40 PM | Show all posts
M'sia patut hantar angkasawan skali lagi,
Untuk tanam kangkung kat ISS.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ahli politik Singapura  memuji muji PMX,RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.Anda teruja?
YgBenarAhli politik Singapura memuji muji PMX,
Views : 943 Replies : 4
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63511 Replies : 73
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 28350 Replies : 248
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 41965 Replies : 224
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 47462 Replies : 131
all the best travel
kukukud4dall the best travel
Views : 1212 Replies : 0
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 31517 Replies : 598
travel chicago
kukukud4dtravel chicago
Views : 2413 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 2424 Replies : 0
kukku
kukukud4dkukku
Views : 2727 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.355660 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list