View: 8086|Reply: 44
|
[Politik]
Bahasa Melayu semakin mekar di celahan bahasa Inggeris
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
"Bahasa Melayu semakin mekar di celah-celah Bahasa Inggeris, tidak seperti sesetengah bahasa lain yang telah hilang,"ujar seorang rakyat Britain.
Joshua Parfitt, seorang rakyat Britain menarik perhatian hadirin ketika majlis resepsi peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM), memetik laporan Bernama. Siapa sangka suara yang menuturkan bahasa Melayu adalah seorang orang asing yang sangat menyanjungi bahasa rasmi negara ini.
Bahasa Melayu umumnya pernah menjadi bahasa pengantara dunia (lingua franca) suatu masa dahulu.
1. Kini ia dituturkan 300 juta orang dan menjadi bahasa keempat terbesar di dunia selepas Mandarin, bahasa Inggeris dan Hindi.
(Sumber foto: ajiraksa)
2. Paling menarik, kini terdapat 140 buah universiti dan institut pengajian tinggi di seluruh dunia yang mengajar subjek bahasa Melayu.
3. Malah, pendedahan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, kecenderungan untuk mempelajari bahasa Melayu di Eropah telah berjaya melahirkan sebilangan tokoh bahasa dan budaya Melayu di sana (Eropah) seperti Prof Krat dan Dr Men Murtagh.
4. Prof Kratz ini merupakan pakar dalam bidang filologi tradisional Melayu, tulisan Jawi dan sejarah Melayu.
5. Manakala, Dr Ben Murtagh merupakan pakar penyelidik dalam
kesusasteraan Melayu tradisional.
(Sumber foto: youtube)
Betapa perkembangan ini merupakan satu berita yang sangat baik bagi dunia Melayu itu sendiri.
Namun, persoalannya, bagaimanakah penerimaan dan penerapan bahasa Melayu itu sendiri di kalangan penduduk dan masyarakat Malaysia?
Adakah anda berbangga dengan bahasa Melayu seperti bangsa Korea dan Jepun yang berbangga dengan bahasa ibunda mereka?
Tepuk dada, tanya selera. Semoga bahasa Melayu semakin bercambah ke seluruh dunia seiring dengan sifat dinamik bahasa itu sendiri. - CARI Infonet
(Sumber: Bernama, Sinar Harian, Dewan Bahasa dan Pustaka)
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
idup melayu! jgn lupa cium keris |
|
|
|
|
|
|
|
Bahasa Melayu bukan Bahasa Malaysia..... |
|
|
|
|
|
|
|
Most Widely Spoken Languages in the World Chinese tops the list of most popular world languages, with over one billion speakers. English trails in third place, with 335 million speakers. This data represents first-language speakers. Language1 | Approx. number
of speakers | 1. Chinese2 | 1,197,000,000 | 2. Spanish | 414,000,000 | 3. English | 335,000,000 | 4. Hindi | 260,000,000 | 5. Arabic3 | 237,000,000 | 6. Portuguese | 203,000,000 | 7. Bengali | 193,000,000 | 8. Russian | 167,000,000 | 9. Japanese | 122,000,000 | 10. Javanese | 84,300,000 |
1. May encompass multiple dialects.
2. The macrolanguage Chinese [zho] includes 13 individual languages with at least 1 million speakers.
3. The macrolanguage Arabic [ara] includes 18 individual languages with at least 1 million speakers.
source: http://www.infoplease.com/ipa/A0775272.html
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana Bahasa Melayu? Aku cari2 dlm list ni tp xda.
Ke yg no 10 tu considered as B.Melayu? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by finesse at 5-8-2015 04:14 PM
Ada artikel yang ambil kira bilangan rakyat indonesia, Malaysia dan Brunei utk bahasa Melayu. Ada yang hanya ambil bilangan rakyat Malaysia shj. Walaupun asal bahasanya sama tapi perkembangan bahasa tetap berbeza sebab dipengaruhi oleh penyerapan dialek tempatan, bahasa penjajah dan bahasa Inggeris.Mungkin ini yang menjadi sebabnya kenapa ada artikel(senarai) yang memasukkan bahasa Melayu dalam senarai bahasa dengan penutur natif yang terbanyak dan ada yang tidak. Kebanyakan istilah-istilah antara bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia berbeza. Brunei biasanya ikut apa-apa istilah yang digunakan Malaysia bagi istilah2 teknikal dan sains.
|
|
|
|
|
|
|
|
Owww Brunei ikut Malaysia eh? Boleh tahan jugak la malaysia tanah tumpah darahku ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
gi tanya jawa indon, mereka ngaku x mereka ni melayu dan ckap melayu? |
|
|
|
|
|
|
|
bahasa indonesia dikira bahasa melayu sebab ia berasalnya dari sumatera |
|
|
|
|
|
|
|
Kini ia dituturkan 300 juta orang dan menjadi bahasa keempat terbesar di dunia selepas Mandarin, bahasa Inggeris dan Hindi.
dari 300 juta tersebut, majoriti penutur "bhs melayu" adalah org jawa yg berjumlah lebih kurang 100.000.000 orang ... |
|
|
|
|
|
|
|
bang, bising malawi nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
finesse posted on 5-8-2015 09:32 AM
bang, bising malawi nanti.
malawi "penuntut lelaki" tu |
|
|
|
|
|
|
|
bahasa paling penting masih lagi bahasa Inggeris dan ayng mula naik is bahasa Mandarin; ramai org eropah sudah mula belajar bahasa mandarin kerana depa tahu ini bahas business sekarang. bahasa for international communication is still English. |
|
|
|
|
|
|
|
ada apa dengan bahasa?
orang indon kata org malaysia pakai bahasa indon..
orang english kata orang amerika tak mengeja dengan betul,
orang spanish kata org america latin pakai istilah yg salah..
org taiwan mengata org china guna tulisan baharu
tapi banyak2 bangsa yg bergaduh pasal bahasa, meleis-indon paling teruk.. org murika ngaku pakai bahasa english, org colombia ngaku pakai bahasa spanish, org taiwan ngaku pakai bahasa cina. tapi meleis-indon, dua2 tak ngaku diorang pakai bahasa yg sama . |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai Cina di dunia ini tak reti Mandarin.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambar sapa dpn tu tt , x silap akak bini forumer, saman nanti tahu la. |
|
|
|
|
|
|
|
Tun M kata kita kena berlajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. |
|
|
|
|
|
|
| |
|