CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2661|Reply: 2

Naza Italia lancar model terbaharu Ferrari 488 GTB

[Copy link]
Post time 17-6-2015 12:47 AM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA - Selepas pelancarannya di peringkat antarabangsa di Geneva beberapa bulan lepas, model terbaharu Ferrari 488 GTB kini berada di Malaysia.

Malah, Malaysia menjadi negara pertama di rantau ASEAN menerima model itu yang dibawa masuk Naza Italia Sdn. Bhd. selaku pengimport rasmi Ferrari di Malaysia.

Naib Presiden Kanan II Unit Roda 4 Naza World, David Hector Ratnaike berkata, kumpulan itu menyasarkan penjualan 40 unit Ferrari, tahun ini.




"Kami berharap Ferrari 488 GTB akan mewakili 30 peratus daripada jumlah yang diterima pihak Naza Italia.

"Malah, kami yakin Ferrari 488 GTB akan mendapat sambutan hebat peminat Ferrari di Malaysia. Cuma, kami perlu bekerja keras untuk mendapatkan peruntukan lebih besar daripada pihak Ferrari," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran kereta itu di bilik pameran Naza Italia, di sini, hari ini.













Ratnaike turut menyuarakan rasa optimisnya terhadap jualan Ferrari 488 GTB di Malaysia sepertimana kejayaan model terdahulu iaitu Ferrari 360, 430 dan 458.

"Pihak kami berbanggan kerana menjadi yang pertama menerima model ini di rantau ASEAN. Ia satu pengiktirafan terhadap komitmen kami di Malaysia," katanya.

Sementara itu, SM Faisal berkata, Ferrari 488 GTB dilengkapi 661 kuasa kuda (bhp) iaitu output kuasa tertinggi bagi kereta Ferrari, namun jimat tenaga.

Beliau turut menjangkakan model itu menjadi kereta terbaharu diminati rakyat Malaysia.

Harga asas bagi sebuah Ferrari 488 GTB baharu itu yang tidak termasuk duti adalah RM1.07 juta. - Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2015 01:06 AM | Show all posts


MODEL terbaharu Ferrari 488 GTB kini berada di Malaysia. - Foto Hafiz Sohaimi PETALING JAYA: Beberapa bulan selepas pelancarannya di peringkat antarabangsa di Geneva, model terbaharu Ferrari 488 GTB kini berada di Malaysia. Malah, Malaysia menjadi negara pertama di rantau ASEAN menerima model itu yang dibawa masuk Naza Italia Sdn Bhd selaku pengimport rasmi Ferrari di Malaysia. Naib Presiden Kanan II Unit Roda 4 Naza World, David Hector Ratnaike, berkata kumpulan itu menyasar jualan 40 unit Ferrari, tahun ini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 10:05 AM | Show all posts
mampu tengok ajer lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.221137 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list