CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5503|Reply: 48

[Jenayah] Pembayaran BR1M bermula hari ini

[Copy link]
Post time 28-5-2015 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Pembayaran BR1M bermula hari ini
THOMAS CHONG  |  28 Mei 2015 1:21 AM


46 3 Google +0


PUTRAJAYA 27 Mei - Pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kedua melibatkan 4.65 juta orang yang layak akan dilaksanakan bermula esok.


Ahmad Husni Hanadzlah

Pembayaran peringkat ke-dua ter-sebut turut membabitkan 141,670 kes rayuan yang telah diluluskan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke dalam akaun pene-rima.

“Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan dipos terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank dan Public Bank berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semasa pembentangan Bajet 2015, kerajaan mengumumkan BR1M akan diagih melalui tiga pe-ringkat dengan pemberian peringkat pertama telah dilakukan pada 15 Januari lalu.

Dalam pada itu, Ahmad Husni berkata, lebih 16,000 tuntutan Skim Khairat Kematian dengan bantuan berjumlah RM1,000 setiap seorang telah diluluskan bagi membantu waris kepada penerima BR1M yang meninggal dunia.

“Oleh itu waris penerima BR1M yang dinamakan dalam borang permohonan BR1M boleh membuat tuntutan Skim Khairat Kematian di mana-mana cawangan BSN dengan mengemukakan kad pengenalan diri sendiri dan sijil kematian pe-nerima BR1M,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai BR1M boleh menghubung talian bebas tol 1800-88-2716 atau menghantar e-mel kepada [email protected] untuk keterangan lanjut.



- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.6yyf8aSF.dpuf


P/s;- Harap macai2 TUN jgn amik lah Brim ni...kasi pulangkan balik...minta kail supaya korang boleh pancing ikan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2015 09:31 AM | Show all posts
kawan2 ofis aku ari ni ramai yg ckp da dpt..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 09:42 AM | Show all posts
yeaaa..terima kasih kerajaan BN
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 09:44 AM | Show all posts
Lawak teringat iklan brim jibon... Dgn bangganya announce 4 juta penerima brim... Bangga ko ada 4.65 juta org miskin under pemerintahan ko...setupid
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramainyer org miskin.. Mcm Mana nk capai negara bpendapatan tinggi..


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 09:48 AM | Show all posts
yeaaa..terima kasih kerajaan BN
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2015 09:49 AM | Show all posts
Horeyyyyyyy ... sokong BN semula ... lupakan GST, lupakan 1MDB ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 09:50 AM | Show all posts
tak penah dpt BR1M
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2015 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Untunggg laa...dapat la beli barang dapur utk setahun lagiii
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 10:01 AM | Show all posts
huntonglah saper yg dapat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 10:02 AM | Show all posts
BRIM.... bribe me
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 10:08 AM | Show all posts
4.5 juta dapat br1m ni..aku kira2..katalah rakyat msia ni 30% org dewasa..tu je dah dalam 9 juta..so kalau 4.5 juta, maknanya 50% org kat msia ni miskin laa.....macam setarap negara afrika jer...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade yg dh dpt semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 10:14 AM | Show all posts


takkanlah anak nogori pun dapat brIM kot ...

kepada yang dapat Br1M .... usaha lebih ... supaya nanti anda bebas dari Br1M .....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 10:34 AM | Show all posts
orang yg dapat brim tuu..

jangan lupa belanja bella mamam piza.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Pastu dikaut semula melalui gst.. Rakyat bodoh je berterima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2015 11:45 AM | Show all posts
yeaaa..terima kasih kerajaan BN
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 12:08 PM | Show all posts
TERIMA KASIH Kerajaan!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 12:09 PM | Show all posts
hem..dpt brim x seberapa..tolak gn gst -ve lg hada...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 12:31 PM | Show all posts
yenil95 replied at 28-5-2015 10:08 AM
4.5 juta dapat br1m ni..aku kira2..katalah rakyat msia ni 30% org dewasa..tu je dah dalam 9 juta..so ...

pergh.emot babi.haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.068655 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list