CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3142|Reply: 2

Renault Fluence baharu lebih berketerampilan

[Copy link]
Post time 24-4-2015 08:48 AM | Show all posts |Read mode


Hampir setahun yang lalu,Renault telah memperkenalkan model sedan bagi menambahkan lagi pilihan untuk segmen-C ini iaitu Fluence versi unit pemasangan tempatan (CKD).

Pagi ini, bertempat di pusat membeli-belah Mid Valley Megamall, TC Euro Cars Sdn Bhd (TCEC) telah melancarkan model facelift bagi Renault Fluence. Hadir dengan teknologi yang lebih terkini bersama gaya yang lebih menarik.

Menawarkan dua varian iaitu spesifikasi pertengahan, Expression yang ditawarkan pada harga RM112,178.81 dan bagi spesifikasi tertinggi, Dynamique pula berhargaRM123,481.97. Harga berkenaan adalah berserta GST dan insurans.

“Perubahan yang ditampilkan pada Fluence baharu ini boleh dikatakan lebih lengkap seperti mana yang diingini oleh pelanggan kami yang inginkan sesuatu yang lebih bergaya dengan pakej yang kompetitif,” ujar Kuan Kim Luen, CEO TCEC.

Dengan identiti baharu, Fluence facelift ini lebih bergaya dengan sedikit sentuhan terkini pada bahagian luarannya termasuklah logo di tengah-tengah gril bersama jaluran berwarna hitam bersama kekemasan krom memberikan penampilan yang lebih dinamik.








Lampu nyalaan siang LED dan kekemasan krom/hitam berkilat pada bahagian dalaman turut menyumbangkan lagi gaya baharu Fluence ini.

Bahagian kabin juga memiliki lebihan ruang serta telah diberi penambah baikan dengan upholstery baharu bagi segmen yang tinggi.

Bukan itu sahaja, Fluence baharu ini juga dilengkapi dengan teknologi terkini termasuk menampilkan elemen baharu seperti radio dengan sambungan Bluetooth dan USB serta soket.

Fluence baharu ini juga ditampilkan dengan inovasi daripada sistem multimedia Renault R-Link yang sesuai dengan pengguna kenderaan masa kini. Ia dilengkapi dengan paparan skrin sesentuh dan pengesan suara. Malah Renault R-Link ini turut dihubungkan dengan sistem navigasi, fungsi telefon dan juga pemain muzik.

Selain itu, antara elemen lain yang turut diberi penambah baikan termasuklah kad akses tanpa kunci, dua zon penghawa dingin automatik dengan corong udara untuk tempat duduk belakang, kamera undur, kawalan kelajuan dengan pengehad kelajuan dan lampu utama automatik.

Namun bagi varian Dynamique, elemen tambahan yang turut ditampilkan termasuklah tempat duduk balutan kulit sepenuhnya (fabrik untuk Expression), lampu nyalaan siang, lampu belakang LED, rim aloi Akihiro bersaiz 17-inci dan pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun.

Kedua-dua varian dijanakan oleh enjin 2.0 liter empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 143 hp pada tahap 6,000 rpm dan tork puncak 195 Nm pada 3,700 rpm.

Bagi memantapkan lagi prestasinya, ia juga dipadankan dengan transmisi X-Tronic CVT. Fluence mampu dipecut secara maksimum pada kelajuan 195 km/j. Malah juga mampu dipecut daripada 0-100 km/j dalam hanya 10 saat.

Bagi aspek keselamatannya, ia dilengkapi ABS, EBD, ESP, enam beg udara dan Isofix.


kredit:www.infokereta.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2015 09:50 PM | Show all posts
design keta2 renault utk kategori passangger car ni kurang menarik la.

cuma utk Fluence ni .. katanye guna enjin & platform yg sama dgn nissan sylphy .. so adakah spare part juga sama?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 08:49 AM | Show all posts
bila la aku nak pki kereta ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hobi & Koleksi


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ahli politik Singapura  memuji muji PMX,RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.Anda teruja?
YgBenarAhli politik Singapura memuji muji PMX,
Views : 943 Replies : 4
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63511 Replies : 73
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 28350 Replies : 248
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 41965 Replies : 224
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 47462 Replies : 131
all the best travel
kukukud4dall the best travel
Views : 1212 Replies : 0
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 31517 Replies : 598
travel chicago
kukukud4dtravel chicago
Views : 2413 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 2424 Replies : 0
kukku
kukukud4dkukku
Views : 2727 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.840843 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list