COMEL... Aaisyah Dhia Rana kini berusia lima bulan. - Foto BHOnline
KUALA LUMPUR: Anak selebriti popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lima bulan menjadi artis pertama menyertai syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment.
Malah bayi popular kegilaan ramai itu menjadi artis termuda menaungi syarikat pengurusan popular yang sudah lima tahun beroperasi.
Bahkan Zain turut membuat keputusan untuk bersama pengurusan LOL yang dimiliki Afeeq Abd Wahab dan penyanyi Dafi sejak awal tahun ini.
"Saya senang bersama pengurusan LOL dan sejak tiga tahun dengan syarikat ini, saya percaya kepada kredibiti LOL sebagai antara syarikat pengurusan popular tanah air.
AAISYAH Dhia Rana menjadi artis pertama menyertai syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment. - Foto BHOnline