"Semoga ALLAH pelihara anak ini Ikhwal Hafiz bin Ismail. Permudahkan semua urusannya. Rahmatilah perjalanan hidupnya. Lindungilah dia dari hasad dengki dan fitnah. Jauhi dia dari perkara2 buruk. Kuatkan hatinya dengan sabar dlm menempuh segala ranjau dan ujian kehidupan ini. Kekalkan baik budi dan rendah hatinya. Jadikan dia anak yg menyenangkan mata dan hati orang tuanya. Semoga dia beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Aamiin Ya Rabbal Alamin..."
Assalammualaikum Ewal Ososians, ESF dan kesemua peminat Ewal!
Syukur Alhamdulillah, dah masuk yg ke 5 ni uolsss! Villa mewah yg dibina atas dasar kasih sayang yg tak berbelah bahagi utk buah hati pengarang jantung kesayangan kita semua. Tak lain dan tak bukan, satu-satunya...
EWAL
Jemput masuk uolssss... EWAL OSOSIS.. EWAL SUPERFRIENDS semuaaaa.. mari la sama2 memeriahkan villa Ewal ni uolssss...
Kali ni ada special doorgift utk semua tetamu kesayangan hakak..
tadaaaa!
Yamaha Silent Guitar uolsss.. khellas sgt kan.. ko hader noks?
Sorang satu dapat tauuu, hakak zara sponsor hokehh..
Harus lah meols hangkut bebi utk tutorial main gitar spesis unik lagi rare ni depan chuols semua khenn
"Ewal dapat gitar baru.. (Yamaha Silent Guitar) .. seminggu mencari, baru dapat.. setahun mengidam, baru dapat.. suka dia.. " - Mama Myn
Peringatan penting! Seriussss pentingggggg.. diminta Ewal Ososians, ESF dan semua fans Ewal amik perhatian
tolong ye.. tolong VOTE lagu Kembalikan Semula di carta 40 Era bersama Nabil
so far lagu bebi mmg dah beberapa kali pernah jejak top 10.. kemudian jatuh balik satu anak tangga, jd no 11.. ok skrg ni mmg susah giler babas punya nk masuk ranking top 10 since lagu2 lain / penyanyi lain kebanyakannya yg mmg popular dan selalu dimainkan kt semua stesen radio.. jd sebab tu lah kite kene double triple kan effort kite utk pastikan lagu ewal kekal di top 10, paling2 busuk pn jatuh satu dua anak tangga cukup lah.. jgn smpai bebi jatuh tergolek gedebuk uolsss ciyan montot bebi sakit
Jalankan tugas uolsss! Sepatttttt!! Klik je link kt bwh ni *mahap kena garang skek kali ni*
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^ Request lagu Kembalikan Semula byk2 supaya lebih kerap diputarkan di radio
Ni antara contoh hakak2 gojes Ewal yg super duper gigih tweet2 thorrrbaikkk khennn
Yg paling penting, type nama penyanyi EWAL , tajuk lagu KEMBALIKAN SEMULA , hashtag (#)segmen2 cthnya #HitEra #HitLiveEra #ZonKorner #KafeMuzik dan sebagainya.. n lagi satu yg penting kene mention lah tweet handle sekian2 @ERA_fm @hotfm976 @GalaksiMuzik dll
Siapa yg nak request lagu tapi malu2 ke atau takut2 nk tepon radio, korang tweet je.. lagi senang.. Kalau belum ada twitter, tak tahu mcm mana nak sign up.. boleh roger2 senior Ewal Ososis.. kompem masing2 boleh bantu
BERITA BAIK!
Lagu ewal dah mula dimainkan di im4ufm. ni radio urban2 gitu la. ada harapan besar ni nak kene spam ngn fans ewal pasni
Tgk.. tu diaaa, dah mai dahh saka2 ewal..cubaan menyepam im4ufm
so mcm ni lah yek cara2nya utk request lagu di im4ufm
Sebak dan sayu bila melihat kesungguhan bebi memerah otak, mencari ilham utk lagu barunya.. Betapa kuat semangat.. betapa keras usahanya dalam memajukan diri tanpa mengharapkan bantuan/belas ihsan dr org lain..
#tbt 9am warm up, sorry amik shot blakang. Masa ni baru bgn tido Dan muka x mandi. Dedicate this song to ESF. Dahsyat by Mojo. #dahsyat #mojo @ewalsuperfriends_official #ewal #ewalsuperfriends #ewalsuperfriendsjr #ewalsuperfriendsbrunei #ewalmania #awesomeboy #prettyboy #vampire #catlover #deetheseries #joker #vote #kembalikansemula #erafm #astrotalent #aouchaa! #peaceonelove
Okay, ini paling win! Seret jari kt keybord chuolssss.. ko mampoo! Sexayyyyyy lah bebi main seret2 keyboard
Dahsyat - lagu asal nyanyian Mojo...
Betapa dahsyatnya bebi ni smpai EDRY ABD HALIM sendiri mencemar duli komen kt ig bebi.. huaaaaa
petchmono org kuat KRU pn turut sama tgglkan komen utk bebi..
Mama: 'Wal.. Breakfast. Me: yes, I'm having a breakfast now. *this is my breakfast. 9am td Punya story.. @ewalsuperfriends_official #ewal #ewalsuperfriends #ewalsuperfriendsjr #ewalsuperfriendsbrunei #ewalmania #awesomeboy #prettyboy #vampire #catlover #deetheseries #joker #vote #kembalikansemula #erafm #astrotalent #aouchaa! #peaceonelove
Curlass sgt bebi bekpes piano.. ehh, bekpes bebi main piano.. main piano itu bekpes bebi.. bebi bekpes main piano.. main piano waktu bekpes.. haa gitu laa
Tak pasti lagu apa yg bebi mainkan ni.. lajunyaaa tangan dia dok picit2 piano tu.. kagum nengoknya.. almaklumlah, tgn tu klu dah seni.. jari jemari tu mmg dah seni, mangkuk bekas megi pn boleh dibuat jd instrument
Kami peminat Ewal, khususnya Ewal Ososis percaya yg bebi dah pun berada di landasan yg tepat sekarang ni. Klu dulu tak ramai yg kenal Iqwal, tapi after AF2014, raaaamai yg dah kenal Ewal. Ini bermakna, Ewal dah gunakan platform AF2014 dgn baik. Permulaan yg sgt baik utk kerjaya senimu sayang..apa yg perlu dilakukan, teruskan langkah ke hadapan utk memperoleh kejayaan yg lebih besar di masa akan datang. Takkan henti sokongan kami buatmu, Ewal tersayang....
Ramai dah sedia maklum, bebi mmg berbakat besar. Tak padan dgn saiznya yg kecil, tapi talentnya Ya Rabbi...
Bebi bakat ada, rupa ada... medium yg ada sila gunakan dengan sebaik2nya utk mempromosikan diri Ewal.. sebagai contoh plg senang, gunakan instagram.. haplod lebih byk lagi video2 utk tonjolkan segala skill dan kebolehan bebi.. klu 15 saat tu rasa tak cukup (mmg sah2 tak cukup), sila haplod kt youtube ye bebi (Tapi sebelum tu, maaf cakap.. mohon di-delete dulu video2 yg tak penting kt Iqwal MusicNetwork, contohnya seperti video Kehilangan, Separuh Aku.. tak sesuai video2 seperti tu ada lagi dlm channel bebi ) *menanah mata uolsss tgk anak maembong mcm kucen ajak mengawan* .. apape pun, kami mmg senantiasa je menantikan video2 dr bebi..
Klu nk hastag segala macam mak nenek hastag pn sukati lah bebi utk tmbhkan followers khenn.. abaikan je org2 yg senak perut tgk bebi hastag #prettyboy .. lantak pi, bukan dorg kasi bebi makan pun.. Apape pun perlu diingat, instagram tu haruslah digunakan sebaik2nya.. tak usah nk upload benda2 yg tak penting n sama sekali tak memberi impak pada kerjaya bebi.. grow up dear.. (terima kasih diucapkan pd ewal yg mendengar nasihat hakak2 sini yg minta pic muna muka tak siap tu di-delete dr ig)
Sebut tentang ruang dan peluang, bebi bertuah tau sebab dah ada company sendiri.. bebi ada management team sendiri.. bebi ada PA.. bebi ada mama sendiri sebagai manager.. ikutkan, bebi dah jauh bertiang2 ke hadapan.. oleh itu, alangkah baiknya sekiranya ewal dapat gunakan setiap kelebihan yg ada ni utk lebih maju ke hadapan.. aturkan strategi baru bersama team ewal, duduk berbincang dan kaji semula apa kesilapan yg menyebabkan Iqwal kurang dikenali dulu.. kurang promosi ke.. strategi marketing tak power ke.. imej tak bersesuaian ke..
Kami amat berharap agar official ESF dan seluruh management team ewal dapat mengambil perhatian serius mengenai perkara ni..
Sejujur-jujurnya, sebagai re-branding artis, Ewal memerlukan perubahan dan pembaharuan demi utk kelangsungan kariernya di masa hadapan..
kalau nk ikutkan kepala hakak2 gojes ni, banyak sebenarnya yg nak diubah kt dak ewal ni...
Boleh ke ni kami nak demand?
Okay, me rasa nak sediakan satu kolum posting yg khossss lah utk perbincangan ni..
Harap kejesama dari hakak2 Ewal Ososis.. boleh beri pesanan penaja, kata-kata nasihat, atau yg nak sediakan list dos and dont's ke.. tgglkan kt ruangan komen memasing.. nti me akan quote n copy paste ke ruangan khosss tu.. bersama-samalah kita bermusyawarah demi kebaikan bintang kesayangan kita ni..
Tetiba rasa nk buat wishlist lak kt bebi sorang ni..
Tapi takpe, wishlist kita bersifat realistik.. mmg bebi inshaallah boleh n mampu buat punya kan kan kannnn...
Tambahan pula skrg ni bebi kita tgh dlm radar Edry kru, mmg seksaited lah hakak2 ni nk minta bebi buat itu ini.. mohon bertabah ye bebi
*nak ewal cover lebih banyak lagi lagu kt ig.. tak kisah lagu tempatan atau lagu antarabangsa
*tonjolkan skill main piano, ukulele, gitar dan sebagainya.. kot2 bebi leh main drum ke violin ke.. bedallll
*dancing skill kena tunjuk tau bebi, wajibbbbbb (sebutan mesti kene ala che ta)
Dalam diam2.. tak sangka bebi kita sedang giat dan gigih menyiapkan tugasan utk Anugerah Remaja Perdana Tahap Emas..
Menurut mama ewal, bebi mempersiapkan diri lebih kurg 2 tahun utk Anugerah ni..
Bebi dah pun meraih Anugerah pada tahap Gangsa dan Perak kekdahnya..
Jadi tahun ni utk dapat Emas plak..
Mmg hakak kagum lah ngn dak kecit ni..da la sibuk ngn show sana sini, photoshoot, gi shooting dan sebagainya.. dalam masa yg sama strugle utk siapkan tugasannya..
Sama-sama kita doakan kejayaan bebi ya..
Laporan pn dah hantar ke KBS tu.. semoga segalanya berjalan lancar dan kejayaan akan sentiasa menjadi milik ewal.. amin..
Bebi daebak lah!
Kt sini serba ringkas mengenai Anugerah Remaja Perdana ni (copy paste google jahh):
Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda merupakan sebuah program pengiktirafan oleh Kerajaan di atas penglibatan remaja secara aktif dalam bidang-bidang yang menyumbang ke arahproses kematangan meraka ..
Anugerah ini diadaptasi daripada Program The Duke of Edinburgh’s Award atau kini lebih dikenali sebagai The International Award for Young People yang mula diperkenalkan di United Kindom pada tahun 1956.Program Anugerah Antarabangsa ini kini diiktiraf d 126 buah negara di seluruh dunia .
Program Anugerah ini fleksibel , bukan bersifat pertandingan , memberi peluang di samping menekankan kepada pencapaian serta kemampuan individu .
PERYERTAAN
APR terbuka kepada semua remaja yang berumur di antara 14-25 tahun tanpa mengira perbezaan jantina ,, agama ,, budaya mahupun kemampuan fizikal dan mental.
TAHAP ANUGERAH
Terdapat tiga ( 3 ) tahap Anugerah yang boleh disertai iaitu :: Gangsa ,, Perak dan Emas
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Tajuk: Dee The Series Siaran: Astro Ceria & Maya HD Mula Tayangan : 18 Januari 2015 Masa: Setiap Ahad, 11 pagi [Ulangan - Ahad, 6 ptg di Astro ceria] Jumlah Episode : 13
Yeahhhh akhirnyaaa, siri yg ditunggu2 dah pun ditayangkan.. Dee The Series.. mantap uols! hakak suka!
Sebelum ni byk juga promosi yg dah dibuat utk Dee The Series ni.. mmg meletop lah..
Tak pernah umur melekat depan tibi semata nk tgk cite budak2 kt astro ceria kan.. alkekdahnya, demi Dee The Series (Read: demi Ewal) sangguppp deknon hakak2 ni postpon masak, ada yg postpon sidai baju, postpon siapkan anak2.. bab Ewal je tak mampu nk postpon.. sentiasa je on time..
Ewal dan daiyan trisha telah dijemput ke konti era, sesi interview bersama Radin dlm segmen carta top 40 era..
PC Dee The Series bersama barisan pelakon utama
Ternyata percaturan MA sgt tepat. Trio yang ditampilkan sgt cute dan serasi. Mohon MA gandingkan lagi budak comel 3 ketui ni in future
Ewal sebagai Joker sgttttt lah comel dan naughty. Menjadi sgt wataknya tu. Dialog pun lucu jahhh. Rasa nk cubit2 je pipi si Joker sorang ni.
Disebabkan Joker ni jugaklah ramai bbnu, kbnu, mbnu dan sebagainya yg turut sama gigih tweet2 utk mentrendingkan #DeeTheSeries [ini fakta okeh ]
Credit to ESF juga yg sama2 mentrendingkan #DeeThe Series
Mahap klu me terlebih bias, tapi sungguh.. lagu Salam Semua ni masa aron ajis n sleeq nyanyi tak de lah best nau dgrnya..tp bila trio ni nyanyi, jadi mesra telinga sgt.. asik nk humming je lagu ni..
Special MV solo dari bebi.. sedap gilssss bebi bawa lagu Ganjil.. walauponnnnn MV konsep kusam lesu kt bengkel jahh uolsss
Panda Cinta.. bebi encemnya main gitar sambil kemam mulut..
Lagu asal nyanyian Mark Adam.. comel betul mv dia..
Bebi comel sgt..awat suara si cik daiyan ni mcm tak kena lak ngn bebi..
Pd 27 Februari yg lalu, Ewal telah diberi penghargaan besar yg mana beliau telah diundang utk membuat persembahan di majlis makan malam Flourishes 2015. Bagi yg tak jelas tentang event Flourishes ni.. dinner show pd malam tu sbenarnya bertujuan utk kutip dana sebanyak 1 juta ringgit bg menampung kos keseluruhan SP Wind ni utk bertanding ke peringkat antarabangsa.. Pertandingan orkestra tu pd tahun ni juga, bakal berlangsung kt New York.. Jd, hasil penjualan table pd malam tu lah yg digunakan utk menyumbang dana utk sekolah ni..
Boleh tahan hebat2 yg diundang utk ke majlis ni antaranya Dato Khatijah Ibrahim, Haleeda.. lain2 tu ada Fazli Zainal.. Jaafar Onn.. retis kilauan emas.. pastu Ewal, Aman..
Nak dgr ewal nyanyi lagu apa pd malam tu? nahhhh me bagi video masa rehearsal petang tu.. Me dgr smpai skrg, masih meremang tak sudah..
15 Februari - telah pn berlangsung satu event iaitu AME2015 Mini Fest yg bertempat di Pacific Place Ara Damansara.
Ewal juga dijemput utk menghiburkan peminat serta pengunjung di Mini Fest.. biarpun tak tercalon, sokey sayang.. hakikatnya bebi tehtap mantop lg meletop!
Antara lagu yg ewal persembahkan ialah Kembalikan Semula dan Malaikat (Hazama)
Alhamdulillah.. rezeki ewal bila beliau dijemput utk membuat persembahan di Konsert Mini 30 Thn MH yg berlangsung di Karangkraf, Shah Alam pd 1 Feb lalu..
Meriah sakan uols..
Bebi pn dah menyeru ajak dtg beramai2 ke konsert MH tu..
video bebi ni background muzik lagu Rania gittew.. pefeeling lettew
time ni hakak zara ada kt kl, tp tak berkesempatan pun nk tgk bebi.. takdop rezeki lagi
Apa yg penting, dapat jugak jamu mata bila tgk byk juga video yg diupload kt instagram2 peminat ewal..
mujur SinarTV pn ada upload video masa konsert MH tu..
meh layan..
Okay ini paling best eh.. paling best..
tolong lah dgr apa Edry ckp masa bebi nyanyi korus Roman Cinta tu..
"Ooo POWER AH!"
Sengaja kan memasing kata nk dgr suara artis2.. kata je aaa mmg Edry dah aim nk dgr suara bebi
acah2 plak dia
bebi kan mcm jukebox kan.. nk main lagu apa je, sume dia kasi bedal abis
smpai dah hujung2 pn Edry tehtap memuji bebi..
katanya sebelum ewal masuk AF patut dia audition dulu
*kembang semangkuk lobang hidung hakak ni tauuu*
ni habang2 kumpulan Hashtag pn puji2 je bebi.. kata ada aura dan sebagainya..
dejavu sgt tauuu.. hakak2 gojes sini dah la memasing gila hashtag.. memacam hastag dibuat kt banglo.. tak sangka wujud grup guna nama Hashtag nih..
hahaha kelako rasa
agak2nya brader2 kump hastag ni gila hastag mcm @bellamya tak
Bebi turut sama turunkan tandatangan utk #KITAKANISLAM
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Check-in saya anak umi beri salam sayang kepada akak2, abang2 dan makcik2 yang tersayang
Kami sudah lama tak singgah rumah lama dan baru check in sebab sibuk hal2 kami masing
Mama tengah masak lauk mlm kat dapur dan mama pesan tolong kirim salam kepada semua ahli2 ewal
Kami tetap undi vote lagu ewal tiap2 hari dan minggu lepas saya sudah sambut majlis happy birthday unuk saya yang ke 17 tahun 28/2/2014 dgn 20 rakan2 kelas saya sekolah, jiran3 dan saudara mara di rumah kamitapi sebenar tarikh lahir 24/2
Nak beri hadiah Rumah Ewal baru dan jemput makan jangan malu
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register