View: 8188|Reply: 72
|
"Atuk" Jackie Chan Dikurniakan Gelaran Datuk
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 31 Jan. – Pelakon kung fu Hong Kong terkenal, Jackie Chan akan dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan, esok.
Beliau antara 71 individu yang akan menerima darjah kebesaran PMW daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara di sini.
Yang turut menerima PMW adalah penceramah terkenal tanah air, Mohd. Kazim Elias; Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ainon Mohd. serta Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Che Wan Alias Che Wan Abdullah dan Pengarah Urusan Kumpulan Uda Holdings Berhad, Ahmad Abu Bakar.
Sementara itu Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique akan mengetuai senarai penerima darjah kebesaran apabila dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikshan dalam kenyataan di sini hari ini berkata, sebanyak 356 orang akan menerima darjah kebesaran tersebut yang akan berlangsung di Istana Negara.
“Pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat tersebut merupakan penghargaan kepada mereka yang banyak menabur jasa, memberi sumbangan serta khidmat cemerlang kepada Wilayah Persekutuan,” ujarnya.
Dalam pada itu, sebanyak 15 individu akan dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri antaranya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman; Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria; Yang Dipertua Koperasi Ukhwah, Datuk Rahim Baba; Timbalan Pengarah Editorial Kumpulan Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Berhad, Datuk Mohd. Ashraf Abdullah dan Abdul Aziz Shahar daripada DRB-Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.qiAjqyVO.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
JC balik HK kena pakai gelaran tu jg ka? Lel |
|
|
|
|
|
|
|
Dh x de org Malaysia yg layak terima ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
apa sumbangan n jasa dia kat masyarakat Malaysia..
atas kapasiti filem...filem dia bukan hantar katmalaysia je |
|
|
|
|
|
|
|
mana perkasa? |
|
|
|
|
|
|
|
kahkahkah.....nak lawan shah rokh khan ni |
|
|
|
|
|
|
|
cina komunis jugak yg dpt datuk |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa bagi datuk dekat orang luar
|
|
|
|
|
|
|
|
pangkat datuk cuma laku kat Malaysia jah..kat luar still Jackie chan...don't know apa jasa Jackie sampai dikurniakan pangkat datuk..anyway dah bersepah2 org dpt datok ni, budak usia 20 tahun niaga mlm pun dpt pakai dato.....no more value title ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa sumbangan dia kat mesia??
tak mo bagi kat Kim Kardashian jugak? byk jasa dia kat mesia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
seorang demi seorang artis yg penah dtg malaysia dpt datuk. tanak kasi datuk dkt psy ke? luna maya ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Sipa x ska gelaran Datuk di beri kpd org asing sila kuor dari Mesia. Biarkn hanya atuk2 sajalah yg tinggal
-Atuk Boya Tan Sili Gumbak |
|
|
|
|
|
|
|
nampak tajuk ngat kan ada rakyat mesia nama jackie chan, cam dulu ada tajuk ckp najib letak jawatan tapi bukan bijan kita, timo tengah punya najib, rupa2nye kali ni iols terlebih pikir |
|
|
|
|
|
|
|
mak_wa95 replied at 1-2-2015 07:15 AM
apa sumbangan n jasa dia kat masyarakat Malaysia..
atas kapasiti filem...filem dia bukan hantar k ...
Kalo kesnya sama macm Shah Rukh Khan mmglah dpt. Sbb dedolukan mak wa dia shooting police story kat kl lah. Dgn datuk michele yeoh. Dlm thn pertengahan 90an. |
|
|
|
|
|
|
|
ako nk tau idea sapa ni yg cerdik pandai sgt ni... apa justifikasi dia bg kat JC ni..
JC bkn heran sgt pun dgn gelaran2 mcm ni.. tak laku pun kat tmpt lain.. semamangnya dia dh dpt layanan first class.. tak perlu datuk2 ni. otak letak kat mana gamaknya... harktuihhh...
jgn lupa... bg kat Paris Hilton skali... sedih... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada 1 film baru ni me tgk pon sebut psl malaysia gak... Having sex with girls from malaysia... Yg tu xnk bg datuk ke? |
|
|
|
|
|
|
|
apakah sumbangan JC dalam pembangunan Malaysia khususnye Wilayah Persekutuan?
Dah takda orang di Malaysia yang layak ke dengan gelaran nih?
Kenapa perlu di beri penghargaan pada orang luar?
Ibarat kata pepatah "kera dihutan disusukan,anak di rumah dibiarkan kelaparan" |
|
|
|
|
|
|
|
ke bonggokkan apakah ini...... |
|
|
|
|
|
|
|
tahun dpn paris hilton lak....
lesas tu artis2 K-pop.....
|
|
|
|
|
|
|
|
jackie chan ade beberapa filem shooting kat malaysia macam hutan, pantai.... lepas dapat datuk nanti makin senang kot nak buat arrangement shooting kat tempat2 malaysia |
|
|
|
|
|
|
| |
|