CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16373|Reply: 147

[Jenayah] LATEST DR POJ: PEMBUNUH ALTANTUYA SHARIBU DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI!

[Copy link]
Post time 13-1-2015 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by philipinoe2 at 13-1-2015 10:14 AM

kes baru diputuskan td oleh 5 panel hakim mahkamah persekutuan diketuai ketua hakim negara...



more news follows..

smalam punye berite...

Salah satu daripada kes pembunuhan berprofil tinggi Malaysia – kematian ngeri Altantuya Shaariibuu akan berakhir esok apabila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan sama ada untuk membenarkan rayuan pendakwa terhadap pembebasan dua bekas komando polis yang didakwa atas jenayah itu.

Panel 5 hakim, yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mendengar perbicaraan Jun lepas, akan menyampaikan keputusan esok sama ada 2 bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu bertanggungjawab ke atas kematian wanita Mongolia itu sembilan tahun lepas.

Pembunuhan Altantuya juga penting kerana dakwaan penglibatan mereka yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bukti di mahkamah mendedahkan dia kemungkinan dibunuh peledak C4 atau dibunuh dahulu sebelum diletupkan pada 18 Oktober 2006 di pinggiran Shah Alam, lebih kurang 29km dari Kuala Lumpur.

Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atas Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar selepas perbicaraan maraton selama 159 hari.

Sejak mereka didakwa pada 2006, Azilah dan Sirul tidak pernah berjaya dirakam kamera kerana pihak polis sentiasa membawa mereka ke mahkamah dengan muka yang tertutup dengan jaket.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang merupakan kekasih Altantuya, dibebaskan dari penglibatannya sebelum pembelaan dipanggil. Pihak pendakwa juga tidak membuat rayuan terhadap pembebasannya.

Semasa perbicaraan, terdedah Razak yang merupakan penasihat Najib, mendapatkan pertolongan Timbalan Superintenden Musa Safri kerana tidak tahan dengan gangguan daripada Altantuya.

Musa pada masa itu adalah aide-de-camp (ADC) kepada Najib, yang pada ketika itu merupakan timbalan perdana menteri Malaysia.

Pada 23 Ogos 2013, panel 3 hakim Mahkamah Rayuan membebaskan dua pegawai polis kerana itu kekurangan bukti. Malah Hakim Tengku Maimun Tengku Mat yang menyampaikan alasan bertulis itu berkata mereka sepatutnya dilepaskan tanpa perlu dibela.

Panel hakim bersetuju kegagalan untuk memanggil Musa merosakkan kes pendakwa kerana beliau dapat meleraikan naratif kes mereka.

Tengku Maimun berkata, perlu diingat yang seluruh episod ngeri itu bermula dengan permintaan Razak kepada Musa, sebelum Azilah dan Sirul terlibat sama.

Bagaimanapun, dalam rayuan pendakwa di Mahkamah Tertinggi mereka berkata, walaupun dengan kenyataan Musa, Mahkamah Rayuan sepatutnya mempertahankan sabitan kesalahan 2 komando polis itu.

Pihak pendakwa berkata tiada keperluan untuk meletakkan Musa ke kandang saksi kerana beliau hanya pemain kecil dalam kes itu dan afidavit Razak untuk mendapatkan ikat jamin mendedahkan yang peranan pegawai polis kanan itu terhad kepada memperkenalkan beliau (Razak) kepada ketua polis Brickfields.

"Selepas itu, Musa tidak memainkan peranan signifikan sebagai saksi. Lebih-lebih lagi, Azilah memberitahu mahkamah yang sebarang tindakan atau keputusan datang dari inisiatifnya sendiri," kata pendakwa dalam rayuannya.

Malah Sirul juga dalam kenyataan tidak bersumpah dari kandang mahkamah juga berkata Musa tidak terlibat, dan tidak memberi apa-apa arahan.

Dia juga merayu dengan hakim supaya tidak menjatuhkan hukuman mati ke atasnya, dengan mengatakan: "Saya kambing hitam yang perlu dikorbankan untuk melindungi mereka yang tidak dinamakan."

Di perbicaraan Mahkamah Persekutuan, peguam bagi bekas pegawai polis mempertahankan keputusan Mahkamah Rayuan.

Peguam M Manoharan yang mengikuti kes ini dengan teliti, memberitahu The Malaysian Insider Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa yang luas, termasuklah mengarahkan perbicaraan semula sekiranya terdapat kesalahan dalam penghakiman.

"Bagaimanapun saya tidak fikir itu akan berlaku. Sama ada sabit kesalahan atau pembebasan seperti yang diputuskan oleh mahkamah rayuan," tambahnya.

Peguam M Visvanathan berkata, pegawai polis tidak sepatutnya prejudis terhadap kegagalan pendakwa memanggil saksi untuk memberikan bukti.

"Yang tertuduh berhak kepada pembebasan sebaik kesangsian muncul dalam kes pendakwa," katanya dan menambah memanjangkan lagi kes ini akan memakan masa penghakiman serta kos untuk menjalankan perbicaraan baru.

Lebih-lebih lagi, beliau berkata saksi utama pendakwa, penyiasat persendirian P Balasubramaniam sudah meninggal dunia dan ada lagi beberapa yang lain datang dari luar negara untuk memberi keterangan.

Balasubramaniam yang diupah Razak untuk mengawasi Altantuya, mati akibat serangan jantung pada 2013 selepas 5 tahun hidup di luar negara. – 12 Januari, 2015 - See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.Jac8asar.dpuf


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2015 10:12 AM | Show all posts
knp azilah dan sirul nak bunuh altantuya? ape kepentingan mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg kena hukum bunuh tu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 10:12 AM | Show all posts
Kes bunuh Altantuya : Sirul tidak hadir dengar keputusan
NORLIZAH ABAS DAN NORAZLITA MOHD. SIES  |  13 Januari 2015 9:56 AM





PUTRAJAYA 13 Jan. - Keputusan rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, daripada pertuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu kira-kira sembilan tahun lalu, hanya didengar oleh Cif Inspektor Azilah Hadri di Mahkamah Persekutuan hari ini.


Sementara Koperal Sirul Azhar Umar tidak hadir di mahkamah dan notis rayuan tidak dapat diserahkan kepadanya.


Mahkamah sedang membacakan keputusannya berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.


Azilah, 39, dan Sirul Azhar, 44, dituduh membunuh wanita kelahiran Ulan Bator berusia 28 tahun itu di antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang, Selangor.

Kedua-duanya yang merupakan anggota UTK, Bukit Aman ketika kejadian itu berlaku menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, 51, yang pada mulanya didakwa bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.- UTUSAN ONLINE



- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.HIwwr8GW.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 10:13 AM | Show all posts
wow pino tgh buat rayuan ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 10:13 AM | Show all posts
kambing hitam jugak jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-1-2015 10:16 AM | Show all posts
awan_kelabu replied at 13-1-2015 10:13 AM
wow pino tgh buat rayuan ke

saye adelah sedare saribu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 10:17 AM | Show all posts
harap2 sirul dan azilah dedahkan siapa yg menyuruh mereka...mereka berdua akan mampuih juga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2015 10:19 AM | Show all posts

Published: Tuesday January 13, 2015 MYT 10:14:00 AM
Updated: Tuesday January 13, 2015 MYT 10:16:07 AM

Federal Court finds former UTK men guilty of Altantuya murder

BY QISHIN TARIQ








PUTRAJAYA: The Federal Court has convicted the two officers, Kpl Sirul and C/Insp Azilah, who were accused of murdering Mongolian model Altantuya Shaariibuu.



Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 10:21 AM | Show all posts
dah confirm ke? dalam berita tu xde bagitau lagi pun.

dah seat ke pagi2 ni?

nak baca judgment lagi. panjang berjela kot.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 10:21 AM | Show all posts
philipinoe2 replied at 13-1-2015 10:16 AM
saye adelah sedare saribu...

Таны алдагдал Pino төлөө харамсах
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 10:22 AM | Show all posts
nape setengah orang boleh tutup muka, setengah orang tu kena tunjuk muka, kena pakai lebai lagi???
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 10:22 AM | Show all posts
lakonan dunia utk mengelapkan mata rakyat yg x berapa menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 10:23 AM | Show all posts
okay ipan dah tempek
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 10:24 AM | Show all posts
Makcu replied at 13-1-2015 10:22 AM
nape setengah orang boleh tutup muka, setengah orang tu kena tunjuk muka, kena pakai lebai lagi???

ada jugak yang pakai spender kat kepala


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 10:25 AM | Show all posts
awan_kelabu replied at 13-1-2015 10:21 AM
Таны алдагдал Pino төлөө харамсах



motep ngompat iolsss dlm bahsa mongolia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2015 10:25 AM | Show all posts
wayang.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 10:25 AM | Show all posts
Syd replied at 13-1-2015 10:24 AM
ada jugak yang pakai spender kat kepala

hahhahaa, macam tade yang lain nak tutup
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 10:26 AM | Show all posts
mampuslah....dah bunuh org kan.

x payahlah reka2 cerita kene kambinghitam bagai semata nak raih simpati...siap meyimpan barang kemas mangsa watpe kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 10:27 AM | Show all posts
ini contoh jelas anak2 polis yg tak menjadi...padan muka...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.059738 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list