CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5471|Reply: 48

[Tempatan] 2 tahun berturut, rakyat Malaysia tidak sambut kedatangan Tahun Baharu

[Copy link]
Post time 1-1-2015 04:46 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Buat kali kedua, rakyat Malaysia di seluruh negara tidak menyambut kedatangan Tahun Baharu 2015, selepas kali pertama tidak berbuat demikian pada 2005 akibat tragedi tsunami yang melanda Asia Tenggara pada akhir 2004.

Pembatalan sambutan Tahun Baharu 2015 itu berikutan pelbagai tragedi dan musibah yang melanda Malaysia sepanjang 2014, antaranya insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Tmur Ukraine dan terbaharu bencana banjir di beberapa negeri.

Sambutan tahun baharu pada malam 31 Disember seperti kelazimannya tidak lagi mewarnai tempat tumpuan orang ramai sekitar ibu negara seperti di Dataran Merdeka, Menara Berkembar Petronas, Jalan Bukit Bintang di samping lokasi lain di seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada di Kelantan, negeri paling teruk dilanda banjir tahun ini, bagi meninjau dan melawat mangsa yang terjejas teruk dengan bencana itu.

Beliau mengakhiri tahun 2014 dengan bersolat jemaah bersama-sama mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2.

Sambutan ambang tahun baharu yang direncanakan sebelum ini seperti kebiasaannya, dibatalkan sebagai tanda menghormati negara yang dilanda musibah banjir di samping beberapa tragedi yang di luar jangkaan.

Di PUTRAJAYA, program sambutan Ambang Tahun Baharu 2015 tajaan Kumpulan Ambank pada malam ini, dibatalkan sebagai tanda simpati terhadap mereka yang terjejas banjir, menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sebaliknya ia diraikan dengan program keagamaan yang dinamakan 'Karnival Raudah NASIONALfm' di Masjid Putra sempena Tahun Baharu 2015.

Program anjuran NASIONALfm dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Perbadanan Putrajaya bermula 2 petang dengan pelbagai aktiviti termasuk solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin dan solat hajat banjir.

Karnival Raudah itu juga menampilkan penceramah terkemuka Ustaz Mohamad Kazim Elias dan Ustaz Mohamad Najmuddin Elias membincangkan topik 'Cabaran Tahun Baharu Dalam Konteks Mempertahankan Keimanan Remaja, Keluarga dan Masyarakat' dan 'Azam Tahun Baharu - Mengikut Lunas-lunas Islam'.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh Ustaz Nabil Ahmad dan Kumpulan Far East serta persembahan alunan Burdah & Qasidah daripada Kumpulan Anak Warisan Kasih.
Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat.

Di KUALA LUMPUR, laungan takbir sebanyak tujuh kali diperdengarkan buat pertama kalinya menggantikan percikan bunga api sempena Sambutan Malam Tahun Baharu 2015 di Dataran Merdeka pada detik 12 malam ini.

Setiausaha program Malam Cinta Rasul 2015, Zainal Abidin Amir berkata laungan takbir itu sebagai simbolik kepada pelbagai musibah yang menimpa negara termasuk kejadian banjir di Pantai Timur dan kehilangan pesawat MH370.

Menurutnya pelbagai acara kerohanian disediakan bermula 8 malam, termasuk solat Isyak berjemaah, solat hajat, qasidah dan sesi bersama Habib Syech Abdul Kadir Asseggaf.

"Seramai 25 urusetia bakal mengedarkan tabung kemanusiaan kepada orang ramai khusus bagi didermakan kepada mangsa banjir di Pantai Timur. Sebelum ini sebanyak RM150,000 telah dikutip beberapa hari lepas yang disumbangkan oleh badan korporat.

"Kesemua kutipan akan diserahkan kepada tabung mangsa banjir NSTP-Media Prima pada malam ini," katanya.

Sementara itu, di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), pertunjukan pancutan air berwarna-warni dipertontonkan kepada pengunjung yang meraikan sambutan ambang tahun baharu 2015.
Tinjauan Bernama mendapati tiada konsert diadakan dan juruacara program turut meminta orang ramai menderma bagi mangsa banjir di negeri Pantai Timur.

Bernama difahamkan tiada pertunjukkan bunga api diadakan bagi menghormati pelbagai tragedi yang menimpa negara ini termasuk kejadian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas 28 Disember lepas.

Di PULAU PINANG, Sambutan Ambang Tahun Baharu 2015 yang dijadualkan di Padang Esplanade, turut ditukar kepada kempen mengutip dana untuk membantu mangsa banjir.

Di MELAKA, Program Sambutan Ambang Tahun Baharu 2015 peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung di Dataran Sungai Melaka diadakan secara sederhana.

Di SEREMBAN, program Sambutan Tahun Baharu 2015 di Port Dickson Waterfront seperti yang dijadualkan turut dibatalkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2015 04:55 PM | Show all posts
kecik punya hal...tak gugat keselamatan negaro
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 04:55 PM | Show all posts
oooooooooooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 04:57 PM | Show all posts
Kat publika semalam penuh je orang sambut tahun baru
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyanyi xde show di tahun baru..ouchh!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 05:02 PM | Show all posts
nk masuk 2014 aritu ade sambutan ke..
iols igt kite ade berkabung jugak..sbb anugerah juara lagu biasanya wat january kn..postpon ke tgh tahun..

klu salah maapkn iols..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2015 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
samalah tak sambut pun
tahun lepas tetiba g mkn sedap2 kat restoran mewah
esoknya 1hb dpt tau nenek meninggal
elok je masuk tahun baru terus dah berlaku hal yg tak best
dan itulah permulaan seterusnya peristiwa menyedihkn berlaku di sepanjang 2014 kpd iols termasuk mak iols pun meninggal juga pd tahun yg sama..
so tahun nih rasa trauma lah juga kan.. cuma mampu berharap yg baik2  jelah berlaku.cukuplah 2014 dah cukup memeritkan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 10:17 PM | Show all posts
ada smbut ke takde smbut ke takde makna apa pon pada perkembangan ekonomi dan sosial negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2015 04:05 AM From the mobile phone | Show all posts
X sambut Tahun Baru hidup leh jd harubiru la
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 06:32 AM | Show all posts
kt changkat tetap meriah. penuh wehhh. aiolss melawat kawasan hkehh
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 07:44 AM | Show all posts
sambut ke tak sambut, thn baru tetap datang....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 07:58 AM | Show all posts
Utk tahun2 mendatang pn xpayah smbut pn xpe...jd kn kebiasaan
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 09:07 AM | Show all posts
Kitorg kat Bintulu nie ada jah sambut. Siap ada pesta bunga api dan konsert2 bagai. Ini bukan private function, tapi dianjur oleh agensi2 kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 09:09 AM | Show all posts
x sambut pun takpa la,
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 09:09 AM | Show all posts
Muntz replied at 2-1-2015 09:07 AM
Kitorg kat Bintulu nie ada jah sambut. Siap ada pesta bunga api dan konsert2 bagai. Ini bukan privat ...

katne? esplanade ka?
aku dok uimah jeh, kol 11 mlm dah ngantuk
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 09:11 AM | Show all posts
sekali 2005, sekali lagi 2015, tu bukan berturut... err tahun lepas ada sambutan ke? tak igt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2015 09:13 AM | Show all posts
x pernah sambut pun..
& x pernah kisah sekali pun ada sambutan kat mana2..
cukup masa nya tahun baru akn datang jugak..

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 09:15 AM | Show all posts
i don't mind at all
btw sambutan tahun baru tu sbnrnya cmne?
mesti kena ada konsert ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 09:24 AM | Show all posts
oklah kuranglah ckit bayi2 lahir tanpa bapa bln 9 nnt..
tp as usual bila negara dah ok n stabil dr bencana2 nnt adelah program2 yg lagho muncul balik..xpnh nak insap
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik takyah ada lngsung.. Save sikit duit rakyat semua. Tgk byk ummah urban sambut new year kat oversea dan tak lupa letak hashtag prayforpantaitimur dan prayforqz8501.. Bergembira dalam berduka kekdahnya.. Kowaserrr!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.074221 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list