View: 156650|Reply: 1775
|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Edited by elia201 at 20-10-2015 09:41 PM
Bab 1
Imbas semalam adakalanya membuatkan Jie patah semangat. Hinaan dan cacian seolah sebati dengan dirinya. Saat dirinya masih mentah mengenali erti kehidupan, insan yang sepatutnya menjadi tempat bergantung tega membiarkan dirinya terkapai kapai. Dia umpama layang layang yang terputus talinya. Terbang melayang tanpa arah tuju. Dia sendiri tidak tahu bila dan bagaimana hidup ini harus di kemudi.
Serentak itu, satu keluhan dilepaskannya. Kenangan tragis yang ingin dilupakan kembali bermain difikirannya. Bayangan seorang gadis berpakaian sekolah menengah terbayang ditubir mata.
Wajah gadis itu lesu dan lapar. Disekolah dia dipermainkan oleh musuh 'tradisi'nya. Dompetnya dicuri dan dia tiada hatta satu sen pun duit untuk makan di kantin.
Periuk nasi dibuka. Alhamdulillah ! Bisik hatinya. Pantas jari jemari runcingnya membuka tudung saji. Hampa hatinya melihat hanya sisa kuah sayur saja yang tinggal. Tiada satu lauk pun untuk santapannya. Namun Jie tetap jua bersyukur. Pinggan diambil lalu di isi nasi dan kuah sayur. Usai semua, tangan ditadah membaca doa. Belum sempat dia mengaminkan doanya suara sinis ibu kedengaran di cuping telinganya.
"Ha, makan apa yang ada tu. Lauk semua dah habis. Siapa suruh kau balik lambat." Jie cuma diam.
Ketukan kedengaran bertalu talu dipintu. Maznah berlalu meninggalkan Jie di meja makan.
"Anak mummy dah balik rupanya." Nada suara Maznah bertukar nada keriangan menyambut anak emasnya di muka pintu.
"Mummy, Vee laparla. Nak makan.." Viana merengek,manja.
Pantas Maznah mengorak langkah ke dapur. Nasi dibubuh dalam pinggan. Lauk ayam masak merah, udang butter dan sayur campur dikeluarkan dari dalam kabinet. Sememangnya tiap kali memasak, lauk untuk puteri kesayangannya diasingkan.
Jie hanya mampu melihat dari jauh. Terkilan hatinya melihat perilaku Maznah. Nasi yang ditelan terasa kesat seperti pasir. Dia terus ke sinki dan membasuh tangan. Air mata mengalir tanpa disedarinya.
Sampai hati Mommy! Sayu sekali hatinya dirasakan saat itu.
Last edited by elia201 on 24-12-2014 12:30 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Best.sambung.
Jie ni laki ke gurl? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-12-2014 11:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
"Hai!" Tepukan terasa dibahu. Lamunan Jie tersentak. Dia kembali ke alam nyata. Semua bayangan hilang. Wajah cantik Sheera ditenung.
"Esok ada annual dinner company kita. Confirm ada ramai 'mamat mamat handsome department lain. Kita pergi sesama nak?" Bersungguh benar Sheera mengajak.
" Aku tak biasalah dengan 'dinner dinner' ni. Semak." Pantas respon Jie menolak. Sheera tidak putus asa.
"Ala, sekali dalam setahun aje babe. Please..!" Sheera membuat muka kasihan. Jie berpaling menghadap komputer ribanya. Malas mahu melayan.
"Jie.." Satu suara asing kedengaran. Rasanya suara itu macam familiar ....
Menggelabah Jie melihat big boss AKA Mr. K berdiri dihadapannya.
" See you in my office now!"
Itu adalah satu arahan. Jie terpaksa akur.
Last edited by elia201 on 22-12-2014 07:00 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
elia201 posted on 19-12-2014 03:31 PM
"Hai!" Tepukan terasa dibahu. Lamunan Jie tersentak. Dia kembali ke alam nyata. Semua bayan ...
Ooh..jie is a girl..hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-12-2014 12:14 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria posted on 19-12-2014 11:52 PM
Ooh..jie is a girl..hihi
Yes.. u r rite.. tetibe terase nak menulis.. x reti pun.. tunjuk ajar ku sifu..
|
|
|
|
|
|
|
|
elia201 posted on 19-12-2014 04:14 PM
Yes.. u r rite.. tetibe terase nak menulis.. x reti pun.. tunjuk ajar ku sifu..
Ehem .ni cerpen pe? i mean love ke pe. Perfect pe ayat awak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-12-2014 03:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Bab 2
Edited by elia201 at 5-1-2015 07:26 PM
Amaran keras Khalid Hardy AKA Mr K masih terngiang ngiang dipendengarannya.
" I got no issue with your job. Your performance superb. But why you like.. anti social? Senior staffs keep on complaining about your attitude. You never take part in any of company's event. Last team building your excuse mak you sakit. This annual dinner apa alasan you? Nenek sakit?!"
Jie hanya diam. Memang salahnya dia selalu mengelak dari terlibat dengan segala 'event' anjuran Kencana Murni. Leceh! Bisik hatinya.
" This is an order. I wanna see you tomorrow. No more excuses!"Keras sekali nada suara itu.
Jie mengeluh diluar sedarnya.
Gara gara Mr K yang 'meroyan' inginkan dia pergi ke majlis makan malam syarikat esok terpaksa pula dia 'mengangkut' Sheera menemani membeli baju untuk dipakai esok.
Mata Sheera meliar meneliti satu persatu baju di dalam butik. Satu dress chiffon menarik perhatiannya. Pantas, dress itu dicapai dan dihulurkan kepada Jie. Jie cuma akur lantas berlalu ke fitting room untuk mencuba baju ke tubuhnya.
Usai menanti Jie mencuba baju, Sheera melihat lihat pakaian lain sekadar mencuci mata. Saat dia berpaling ke arah belakang...
Wow ! Sheera terpukau melihat sahabatnya dengan dress chiffon pink lembut tersarung ditubuh. Kau memang cantik Jie! Tanpa sedar dia memuji didalam hati.
Jie yang pelik dengan respon Sheera hanya membiarkan. Malas fikir!
Last edited by elia201 on 20-12-2014 06:46 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
elia201 posted on 20-12-2014 07:18 AM
Amaran keras Khalid Hardy AKA Mr K masih terngiang ngiang dipendengarannya.
" I got n ...
ehem. adakah kawan jie ialah..hihi
Is this plu short story? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-12-2014 04:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Bab 3
Edited by elia201 at 5-1-2015 07:26 PM
Tengku Safiah merenung ke luar jendela. Tepat jam 9 malam tetapi anak bujang kesayangannya masih belum pulang. Penat jari jemarinya mendail nombor telefon bimbit anak bertuah itu tetapi hampa.
The number you had dialled is currently not reachable.. Nampaknya percubaan kali ini juga hampa. Malu bukan kepalang dirasakan. Apa jawapan yang patut diberitahu kepada tetamunya? Dia buntu.
"Apa kata kita makan dulu? Abang rasa laparla." Suaminya memecah kesunyian.
Tengku Safiah mengangguk, setuju. Lantas tangan Zeeta ditarik menuju ke meja makan. Hatinya sebal dengan perlakuan anak sulungnya.
Zeeta seolah mengerti isi hati Tengku Safiah. Bahu wanita anggun itu diusap lembut, untuk menenangkan. Namun, jauh di sudut hati, dia sendiri terluka dengan tingkah tunangnya.
How could you Rayyan ! Kekaca yang mula terbit dimata cuba ditahan. Zeeta senyum meredakan galau dihati.
She's like an angel ! Rayyan mengukir senyum. Wajah cantik itu bermain ditubir matanya.Adakah ini cinta? Tiada jawapan untuk itu.
Apa yang pasti hatinya bagai ditarik tarik untuk mengenali gerangan gadis itu. Pantas seperti tokoh penyiasat terhandal dia mengekori langkah gadis tersebut dengan harapan untuk mendapatkan nombor telefon. Rasa macam budak sekolah pun ada dengan perlakuan gilanya.
Sayangnya, gadis itu hilang dari pandangan mata secara tiba tiba. Puas dia menjejaki sehingga sanggup dibiarkan semua panggilan telefon Mama tidak berjawab.
Namun pencariannya hanya sia sia. Gadis itu hilang ghaib entah ke mana.
Deringan telefon menyentak lamunan Rayyan. Nama Zeeta tertera di skrin. Ah perempuan ni lagi ! Malas mau menjawab telefon bimbit dimatikan.
Wajah gadis tadi menari nari diruang matanya. How I wish to see you again pretty girl !
Itulah doa dan harapannya saat ini.
Last edited by elia201 on 20-12-2014 06:56 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-12-2014 04:10 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria posted on 20-12-2014 03:22 PM
ehem. adakah kawan jie ialah..hihi
Is this plu short story?
Haha.. surprise
|
|
|
|
|
|
|
|
elia201 posted on 20-12-2014 08:10 AM
Haha.. surprise
takpe. sya tunggu and bca. Nk ckp, klo nak tukar scene tu. Sebutle nma dia..jgn dia terus..keliru!
Last edited by Esmiria on 20-12-2014 08:39 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-12-2014 04:39 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria posted on 20-12-2014 04:18 PM
Yes or no?
Rase rase? Mungkinkah ia...... |
|
|
|
|
|
|
|
elia201 posted on 20-12-2014 08:39 AM
Rase rase? Mungkinkah ia......
saya dah edit jwpn. tu..hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-12-2014 05:20 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Bab 4
Edited by elia201 at 5-1-2015 07:27 PM
Tepukan gemuruh bergema saat pengacara majlis mengumumkan ketibaan para 'board of director' dan CEO Kencana Murni Holding.
Jie tidak mengendahkan langsung suasana bingit tersebut. Hatta untuk melihat wajah tetamu terhormat pun dia tidak teruja. Pandangannya meliar mencari kelibat sahabat AKA bffnya. Siapa lagi kalau bukan Sheera.
Sheera kelihatan sangat menawan menyarung dress hitam ke tubuh tinggi lampainya. Disisinya, seorang jejaka tampan. Mereka sedang berborak mesra.
Hasrat untuk mendekati Sheera dibatalkan. Dia tidak mahu 'kacau daun'. Lantas kakinya menuju ke satu meja kosong di sudut yang agak tersorok.
Pelayan meja menyambut Jie dengan senyuman.
Makanan yang dihidang membangkitkan selera Jie. Sedang akalnya memikir apa yang harus di makan satu suara menyapa..
" Can I sit next to you?" Riak wajah itu mengharap jawapan 'yes'dari Jie. Jie hanya angguk. Entah kenapa selera untuk menikmati makanan di majlis makan malam hilang. Perutnya terasa kenyang.
Jejaka disebelah Jie senyum menampakkan lesung pipit di kedua belah pipi.
Cute! Terdetik pujian dihati. Entah kenapa Jie terasa satu perasaan pelik menerpa.
" I tak sangka, akhirnya I dapat jumpa you out of office hour. By the way you look stunning tonight." Khalid memuji ikhlas. Tiada respon dari Jie. Mungkin gadis itu marah kerana dipaksa hadir. Tebaknya.
Suasana sepi mula merajai. Kedengaran pengumumam suara penyampai majlis memanggil nama Khalid dan dia untuk naik ke pentas. Jie terpana.
Kalau nama Khalid dipanggil untuk ke pentas sangatlah logik, tapi kenapa nama dia disebut sekali? Ini tak boleh jadi ! Jie berkira kira untuk melarikan diri.
Sebelum kena 'prank'elok dia lari. Pantas dia menyusup pergi. Laungan Khalid tidak diendahkan.
Langkah yang diatur kelam kabut. Matilah kalau Papa dan Mama membebel disebabkan kelewatannya. Sesekali jam tangannya dijeling. Boleh bernanah telinga Rayyan mendengar bebelan mereka.
Dari arah bertentangan seorang gadis tergesa gesa berlari lintang pukang tanpa mengendahkan keadaan sekeliling.
Mereka bertembung dan..
"Hey you, buta ke?" Kesakitan terasa dibahunya akibat dilanggar.
"Sorry. Sorry. I tak sengaja." Jejaka itu ditenung minta simpati.
My angle ! Jantung Rayyan berdegup pantas sebaik terlihat wajah itu.
"Jie, why you left... "Bicara Khalid terhenti.
"Ray?!" Pelik bin hairan melihat abangnya bersama staff Kencana Murni. Takkan Ray dan Jie..? Tak mungkinlah..
"Erm, Encik Khalid saya balik dulu." Rasanya ini peluang baik untuk Jie melarikan diri.
"Nope. I dah calonkan our names untuk contest malam ini. So, you decide nak ikut secara suka rela atau I dukung you macam 'baby' naik atas pentas." Matanya dikenyitkan ke arah Jie.
Jie menarik nafas dalam. Geram dengan tindakan Khalid.
"It's too much Encik Khalid! I hate to be controlled !"
Emosi mula menguasai Jie. Dia berpaling untuk pergi.
Khalid tidak mahu kalah. " One more step and you are fired!" Lelaki itu mula menggunakan kuasa 'veto'nya.
"What?!"
Bukan saja Jie malah Rayyan pun terkejut dengan kata kata yang terluah dari bibir Khalid.
Ketiga tiga mereka tidak menyedari ada mata yang melihat 'drama swasta' mereka.
Last edited by elia201 on 20-12-2014 07:09 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
elia201 posted on 20-12-2014 09:20 AM
Tepukan gemuruh bergema saat pengacara majlis mengumumkan ketibaan para 'board of director' dan CEO ...
best2 . nak lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-12-2014 06:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria posted on 20-12-2014 04:18 PM
takpe. sya tunggu and bca. Nk ckp, klo nak tukar scene tu. Sebutle nma dia..jgn dia terus..kelir ...
Ok. Thanks bgtau. Akan cuba tukar |
|
|
|
|
|
|
|
Ni dah ala2 citer zahira tv3 lakonan adi putra ni.. Hehehe Last edited by poyohabis on 20-12-2014 07:17 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
elia201 posted on 20-12-2014 09:20 AM
Tepukan gemuruh bergema saat pengacara majlis mengumumkan ketibaan para 'board of director' dan CEO ...
ada unsur misteri.Yes. mesti ada plot twist ni kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|