CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22870|Reply: 116

Kumpulan Diskusi Moasri

[Copy link]
Post time 12-1-2004 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Man Ana?

Salam,

Terlebih dahulu, nak bagitau kat pembaca di sini. Saya menerima bbrp PM yg bertanyakan siapakah saya ini, adakah saya dr Asri Zainal Abidin?

Saya bukanlah Dr Asri Zainal Abidin. Dr Asri Zainal Abidin yg saya kenali, jgnkan nak masuk forum...nak bukak email pun belum tentu.

secara kebetulan nick saya sama dgn nama beliau.

Saya hanyalah penyapu sampah di jalanan yang singgah sebentar sini.

Harap maklum.

[ Last edited by fleurzsa on 28-10-2004 at 10:42 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2003 03:11 PM | Show all posts

Kumpulan Diskusi Moasri

Persoalan THREAD SYIAH IMAMIYYAH

Salam

Saya ingin memberi sedikit persoalan kepada penulis thread di atas:
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=65959

soalan 1
5-al-Hakim mengeluarkan hadis ini dalam Mustadraknya dengan dua jalur. Dalam jalur pertama dari Zaid  ad-Dalisi dari Ikrimah dari Ibnu Abbas. Jalur ini tidak dapat diterima kerana terdapat ikrimah si pendusta. (ulamak al-jarh wa ta'dil - pengkaji mata rantai hadis- menolaknya)


Saya ingin bertanya Ulamak Al-Jarh Wa Ta'dil mana dan dlm kitab mana yang menyebut bahawa Ikrimah ini seorang pendusta?

soalan 2
manakala jalur kedua dari salih bin Musa  ath-Thalhi, dari Abdul Aziz bin rafi', dari ibnu Salih, dari Abu Hurairah. hadis ini juga tidak lepas dari kecaman kerana menurut Abu said al-Khudri, hadis ini diucapkan ketika Rasulullah saaw sedang terbaring hendak wafat, manakala Abu Hurairah waktu itu sedang berada di Bahrain kerana diutus bersama 'Ala al-hadhrami satu tahun setengah sebelum Rasulullah saaw wafat.


Tolong sebut dlm kitab mana yang menyebut bahawa Abu Hurairah dihantar ke Bahrain sebelum kewafatan baginda.

soalan 3
Mata rantai/sanad ini tidak mungkin diterima kerana terdapat di dalamnya Saif bin umar yg telah disepakati kebohongan dan dan kedustaannya oleh ulamak al-jarh wal ta'dil.


Tolong Sebut ulamak al-jarh wal ta'dil mana dan dalam kitab mana yang mengatakan bahawa Sayf bin Umar At-Tamimi itu seorang pembohong a.k.a pendusta.

P/s: sila kemukakan nama ulama sunni dan tajuk kitab yg menjadi sumber rujukan sunni dlm mentahqeeq hadith yang menjadi pegangan ASWJ.

Sekian, terima kasih.

[ Last edited by fleurzsa on 28-10-2004 at 10:45 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2003 09:04 AM | Show all posts
salam

masih belum terjawab. Semoga ada yg sudi menjawab (i.e: bill, irfani etc).
Saya masih menunggu jawapan anda kalian.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2003 10:33 AM | Show all posts
Assalamualaikum sdr moasri, :bg:

Kalau tak silap saya, bill ambil dari kitab "Kebenaran Yang Hilang" yang ditulis oleh seorang ulama' Syiah. Bill bukannya ambil dari sumber pertama tetapi melalui sumber kedua. Sumber tu pulak bukannya dari ASWJ tetapi Syiah. Sebab tu kalau kita tanya lebih-lebih ttg sumber ni dia tak berapa confirm juga. Saya rasa begitulah.

Pengalaman saya dgn bill ttg sumber ni... saya pernah rujuk Hadis al-Thaqalain dalam sahih Muslim yang bill sebut. Saya dapati bill tulis (sanad dan matan) bercampur aduk, tak sama dgn yang saya rujuk. Walaupun cetakan yang saya rujuk tak sama dgn cetakan yang dirujuk oleh pengarang kitab "Kebenaran Yang Hilang" yang dipetik oleh bill, tetapi sepengetahuan saya, mana-mana kitab hadispun walaupun cetakannya berlainan, sanad dan matan tetap sama. Bila saya tanya lebih sikit, bill tak boleh nak bagi penjelasan sebab dia merujuk kepada sumber kedua, bukan sumber pertama. Ini antara pengalaman yang saya dapat bila bincang bab sumber ni...

Walau bagaimanapun, berkenaan dgn soalan di atas, mungkin dalam rujukan bill ada disebut sumber kenyataannya itu. Cuma bill tak sebut jer sebab dia nak ringkaskan. Apa pun kita tunggulah bila dia singgah nanti. :bg:

WA
Reply

Use magic Report

Terong Pipit This user has been deleted
Post time 24-12-2003 11:13 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 2003-12-22 02:33:
Assalamualaikum sdr moasri, :bg:

Kalau tak silap saya, bill ambil dari kitab "Kebenaran Yang Hilang" yang ditulis oleh seorang ulama' Syiah. Bill bukannya ambil dari sumber pertama tet ...


Salam nahzaluz,

Nampak gaya susah sikit ler si-bill nak singgah... sebab terlalu banyak 'hutang' yang nak dijelaskan.. munkin dia buat tak tau aje..

..yang TP dapat agak penyelewengan akidah dari Islam sejati akan terus kalah kepada KEBENARAN!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2003 10:55 AM | Show all posts
masih belum terjawaab  nampaknya. sudah hampir dua minggu. hmmm....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2004 06:06 PM | Show all posts
salam
maaf lambat reply. tak dapat berkunjung ke forum macam biasa dengan halangan2 yg tak mampu dielakkan.

pertama nahzalus tak sepatutnya membangkitkan masalah itu kerana beliau sendiri terkhilaf dengan menuduh selepas membaca rujukan yg ternyata berlainan. berat tuduhan beliau itu, dengan kegemarannya memanggil org ramai menarik perhatian mereka utk melihat 'kesalahan' yg bill lakukan. ternyata kemudiannya beliau terkeliru lalu mengambil keputusan utk tidak membicarakan mengenai masalah tersebut lagi.

kedua terong pipit yg berakhlak rendah ini memang sentiasa menduga2. baginya, bagi setiap kelewatan jawapan oleh org2 Syiah akan dianggap sebagai tanda kekalahan, kesalahan. tetapi tidak pernah menganggap yg sama bagi setiap kelewatan org2 semazhab dengannya menjawab soalan2 org2 syiah. perlukan kita ambil pusing dengan org seperti ini?

ketiga, MOASRI, nick sama dengan email saudara Mohd Asri Zainal Abidin, seorang lawan tegar mazhab Ahlul Bait. sekiranya salah maafkan saya.
kerana kesuntukan waktu saya hanya akan menajwab secara ringkas dan akan kembali lagi bila ada kesempatan. benar seperti kata Nahzalus. Kalau dia memang pandai merujuk kitab2 Arab, saya memang serba kekurangan dalam hal tersebut. tetapi akal tidak harus terbatas pada penggunaan kitab2 Arab semata2, walaupun saya tidak nafikan terma2 yg kadang2 tidak tepat apabila dialih bahasakan. sumber kedua tidak menjadi kesalahan utk dirujuk, dan sekiranya salah pihak lawan perlu membawa argumentasi utk it
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2004 06:09 PM | Show all posts
mengenai Sayf ini memang telah disentuh oleh ulamak2 Syiah dalam tulisan mereka. Yg paling komprehensif antaranya ialah
1-"Abdullah Ibn Saba and Other Myths," (English) by al-Askari, S. M  dan
2-"The Shiites Under Attack," (English) by Chirri, M. J

The following leading Sunni scholars confirm that Sayf Ibn Umar was a well-known liar and untrustworthy:

al-Hakim (d. 405 AH) wrote: "Sayf is accused of being a heretic. His narrations are abandoned."

al-Nisa'i (d. 303 AH) wrote: "Sayf's narrations are weak and they should be disregarded because he was unreliable and untrustworthy."

Yahya Ibn Mueen (d. 233 AH) wrote: "Sayf's narrations are weak and useless."

Abu Hatam (d. 277 AH) wrote: "Sayf's Hadith is rejected."

Ibn Abi Hatam (d. 327 AH) wrote: "Scholars have abandoned Sayf's narrations."

Abu Dawud (d. 316 AH) wrote: "Sayf is nothing. He was a liar. Some of his Hadiths were conveyed and the majority of them are denied."

Ibn Habban (d. 354 AH) wrote: "Sayf attributed fabricated traditions to the good reporters. He was accused of being a heretic and a liar."

Ibn Abd al-Barr (d. 462 AH) mentined in his writing abut al-Qa'qa: "Sayf reported that al-Qa'qa Said: I attended the death of the Prophet Muhammad."  Ibn Adb al-Barr continued: "Ibn Abu Hatam said: Sayf is weak. Thus, what was conveyed of the presence of al-Qa'qa at the death of the Prophet is rejected. We mentioned the Sayf's traditions for knowledge only."

al-Darqutini (d. 385 AH) wrote: "Sayf is weak".

Firoozabadi (d. 817 AH) in "Towalif" mentioned Sayf and some others by saying: "They are weak."

Ibn al-Sakan (d. 353 AH) wrote: "Sayf is weak."

Safi al-Din (d. 923 AH) wrote: "Sayf is considered weak."

Ibn Udei (d. 365 AH) wrote about Sayf: "He is weak. Some of his narrations are famous yet the majority of his narrations are disgraceful and not followed."

al-Suyuti (d. 900 AH) wrote: "Sayf's Hadith is weak."

Ibn Hajar al-Asqalani (d. 852 AH) wrote after mentioning a tradition: "Many reporters of this tradition are weak, and the weakest among them is Sayf."

It is interesting to see that although al-Dhahabi (d. 748 AH) has quoted from the book of Sayf in his History, he has mentioned in his other book that Sayf as a weak narrator.  In "al-Mughni fi al-Dhu'afa'" al-Dhahabi wrote:

"Sayf has two books which have been unanimously abandoned by the scholars." (al-Mughni fi al-Dhu'afa', by al-Dhahabi, p292)


sumber : http://www.islamic-paths.org/Hom ... apter_10_Part01.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2004 06:15 PM | Show all posts
MOASRI: Tolong sebut dlm kitab mana yang menyebut bahawa Abu Hurairah dihantar ke Bahrain sebelum kewafatan baginda


maaf tak sempat nak buat rujukan lebih, tapi kalau tak silap sejawaran Islam seperti Ibnu Saad misalnya ada menyebut tentang pemergian Abu hurairah ke Bahrain.

tetapi sekiranya anda ingin membuktikan kesahihan hadis ini, ianya masih tidak menjadi masalah bagi org2 Syiah kerana Abu hurairah juga dilaporkan meriwayatkan versi hadis 'Kitabulah dan Ahlul Bait'

dan perlu diingat juga, dalam kitab al-Hakim yg meriwayatkan hadis 'Kitabullah dan sunnah' ini juga meriwayatkan hadis 'Kitabullah dan AHlul Bait'.

mengenai Ikrimah itu akan dibawakan kemudian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2004 09:13 AM | Show all posts
Salam,

saya nampak petikan buku saudara itu banyak menokok tambah perkataan dari imam2 hadith. Secara generalnya, semua imam hadith sepakat mengatakan bahawa Sayf bin Umar At-Tamimi adalah seorang Dha'if tetapi saudara membuat kesimpulan dia adalah PENDUSTA!

Tabaqat Ibn Sa'ad sememangnya menyebut Abu Hurairah pergi ke Bahrain tetapi masalahnya BILA?

Spt kata Nahzalus, saudara petik dari sumber sekunder bukan sumber primer. Jadi, jgn mudah terpedaya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2004 04:16 PM | Show all posts
Bill,

pertama nahzalus tak sepatutnya membangkitkan masalah itu kerana beliau sendiri terkhilaf dengan menuduh selepas membaca rujukan yg ternyata berlainan. berat tuduhan beliau itu, dengan kegemarannya memanggil org ramai menarik perhatian mereka utk melihat 'kesalahan' yg bill lakukan. ternyata kemudiannya beliau terkeliru lalu mengambil keputusan utk tidak membicarakan mengenai masalah tersebut lagi.


Saya ambil keputusan untuk tidak bincang lagi masalah itu bukan sebab saya terkeliru tetapi memikirkan yang kalau saya suruh anda pergi rujuk cetakan yang dirujuk oleh pengarang kitab Kebenaran Yang Hilang tu anda tak akan berjumpa. Kalau saya desak juga, anda akan berkata: Terpikul di atas bahu anda untuk membuktikan kesalahannya. Jadi, baik berhenti setakat tu sajalah, dgn harapan mereka yang membacanya akan nampak bagaimana Syiah lakukan kepada rujukan-rujukan ASWJ!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2004 04:44 PM | Show all posts
MOASRI, nick sama dengan email saudara Mohd Asri Zainal Abidin, seorang lawan tegar mazhab Ahlul Bait. sekiranya salah maafkan saya.

kerana kesuntukan waktu saya hanya akan menajwab secara ringkas dan akan kembali lagi bila ada kesempatan. benar seperti kata Nahzalus. Kalau dia memang pandai merujuk kitab2 Arab, saya memang serba kekurangan dalam hal tersebut. tetapi akal tidak harus terbatas pada penggunaan kitab2 Arab semata2, walaupun saya tidak nafikan terma2 yg kadang2 tidak tepat apabila dialih bahasakan. sumber kedua tidak menjadi kesalahan utk dirujuk, dan sekiranya salah pihak lawan perlu membawa argumentasi utk it


Anda (dan juga lax) selalu menuduh Ust Asri Yusuf, Dr Asri Zainal Abidin dan netters ASWJ di forum ini seperti saya, MK dan TP sebagai pembenci tegar kepada mazhab Ahlul Bait. Kami tidak membenci, tidak memusuhi AB. Kami tidak melawan mazhab AB. Yang kami tak setuju ialah Syiah. Fahaman Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah yang anda ikut tu lah yang kami tentang. Sebabnya mazhab AB lain fahaman Syiah lain. Contohnya, Syiah percaya AB maksum macam Nabi. AB pulak mereka kata mereka macam orang biasa, tak dak maksum-maksum...dll yang anda dah sedia maklum.

Keduanya, saya bersetuju dgn anda bahawa akal tidak harus terbatas pada penggunaan kitab Arab sahaja. Saya juga bersetuju bahawa sumber kedua tidak menjadi kesalahan untuk dirujuk. Tetapi yang saya tak bersetuju ialah kalau anda mengambil sesuatu fahaman untuk dipegang hanya berdasarkan sumber yang kedua. Kemudian anda menuduh fahaman yang berlawanan dgnnya juga dgn bersandarkan sumber yang kedua. Dgn hanya merujuk kepada sumber kedua anda mengelirukan orang lain dgn mengatakan mereka salah dan telah menolak kebenaran.

Dalam bab Sunni Syiah ini rujukan utamanya ialah dalam B. Arab. Ulama'-ulama' muktabar dari kedua-dua belah pihak menulis buku masing-masing dalam B. Arab. Buku asalnya dalam bahasa Arab. Jadi kalau kita khilaf ttg riwayat, sanad, matan dsbnya maka kita pergi rujuk kitab asal yang ditulis dalam bahasa Arab. Kalau ada yang telah ditahqiq lagi baik untuk perbincangan ilmiyyah. Contohnya, kalau orang kata Ibnu Kathir kata begini-begini, maka kita gi rujuk Ibnu Kathir dulu, kita tengok betul ke Ibnu Kathir kata begitu, barulah kita tak menghukum orang dgn kejahilan. Sama juga kalau orang kata dalam kitab Biharul Anwar kata begini begini, maka kita pi lah rujuk kat kitab itu.

Masalah yang sama juga boleh berlaku dalam kes Saif ni. Bila orang kata dia pendusta. Kita pun terima. Bila orang kata Ibnu Saba' ni hanya Saif sorang-sorang jer atas muka bumi ni yang riwayat, kita pun telan bulat bulat. Sedangkan kalau kita pergi rujuk, ada lagi orang lain yang sebut kes beliau. Tak sama dgn riwayat Thabari. Kitab Syiah sendiri pun ada sebut.  

WA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2004 10:34 AM | Show all posts

Siapa Ahlus Sunnah Wall Jamaah?

Ibn Jauzi mentakrifkan ahlus sunnah ialah ahl naql dan al-atsar yg mengikuti hadith-hadith rasulullah s.a.w dan atsar2 sahabatnya kerana mereka berada di atas jalan yg tidak berlaku bid抋h. Perkara-perkara bid抋h yang hanya berlaku selepas rasulullah s.a.w dan sahabat2nya. (Talbis Iblis m/s 21)

Al-Safirini pula berkata ahlus sunnah wal jamaah adalah ahl islam dan al-tauhid yg berpegang dgn sunnah yg tsabit dari rasulullah s.a.w di dlm aqaid, nihal, ibadah batin dan zahir yg tidak dikotori bid抋h ahl ahwa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2004 10:35 AM | Show all posts
Apakah yg dimaksudkan dgn mazhab? Mazhab itu membawa maksud jalan/pendapat/aliran. Apabila disebut mazhab abu hanifah, maka ia  membawa maksud pendapat2 fiqh dari abu hanifah terhadap sesuatu permasalahan.

Imam As-syafie pernah berkata, 揂l-Laith lebih faqih dari Malik tetapi para muridnya tidak menyebarkan pendapatnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2004 10:36 AM | Show all posts
Dari sini, disimpulkan bahawa ke semua mazhab dlm ASWJ adalah asasnya adalah al-quran dan as-sunnah(Al-Hadith). Mana2 mazhab yg tidak berpegang kpd dua sumber ini, ia tidak dinamakan ASWJ. Adakah semata2 berpegang kpd hadith itu dikira ASWJ? Belum lagi. ASWJ berpegang kpd hadith yg sahih di atas isnad yg sahih. Spt kata Abdullah bin Al-Mubarak:
ألاسناد من الدين ولولا الإسناد لقال من شاء ماشاء
揑snad itu adalah sebahagian dari agama dan kalaulah tanpa isnad maka sesiapa sahaja dapat mengatakan apa yg dikehendakinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2004 10:37 AM | Show all posts
Kenapa berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah?
Ini tsabit dari ayat al-quran dan al-hadith sendiri:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ
揥ahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2004 10:38 AM | Show all posts
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نَزَّلَ عَلَى رَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي أَنْزَلَ مِنْ قَبْلُ وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا
揥ahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2004 10:38 AM | Show all posts
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
揇emi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2004 10:38 AM | Show all posts
‏ ‏حدثنا ‏ ‏عبد الله بن عبد الرحمن ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏محمد بن عيينة ‏ ‏عن ‏ ‏مروان بن معاوية الفزاري ‏ ‏عن ‏ ‏كثير بن عبد الله هو ابن عمرو بن عوف المزني ‏ ‏عن ‏ ‏أبيه ‏ ‏عن ‏ ‏جده ‏
‏أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏‏ لبلال بن الحارث ‏‏ اعلم قال ما أعلم يا رسول الله قال اعلم يا ‏‏ بلال ‏ ‏قال ما أعلم يا رسول الله قال إنه ‏ ‏من أحيا سنة من سنتي قد أميتت بعدي فإن له من الأجر مثل من عمل بها من غير أن ينقص من أجورهم شيئا ومن ابتدع بدعة ضلالة لا ‏ ‏ترضي الله ورسوله كان عليه مثل آثام من عمل بها لا ينقص ذلك من أوزار الناس شيئا ‏
‏قال ‏ ‏أبو عيسى ‏ ‏هذا ‏ ‏حديث حسن ‏ ‏ومحمد بن عيينة ‏ ‏هو ‏ ‏مصيصي شامي ‏ ‏وكثير بن عبد الله ‏ ‏هو ‏ ‏ابن عمرو بن عوف المزني ‏
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abdur Rahman menceritakan dari Muhammad bin `Uyainah dari Marwan bin Muawiyyah Al-Fazari dari Katsir bin Abdullah melalui Ibn Amru bin Auf Al-Muzani dari Ayahnya dari Jadah bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W bersabda"Ketahuilah wahai Bilal siapa yang menghidupkan Sunnahku, setelah dikesampingkan sepeninggalku, maka baginya pahala sebesar pahala orang yang mengerjakan, tanpa mengurangi sedikitpun pahala dari pahala orang yang mengerjakan. Dan barang siapa yang mengada-ada dalam agama dengan kesesatan yang tidak diredhai Allah dan Rasul-Nya maka baginya dosa seperti dosa orang yang mengerjakannya, tanpa mengurangi sedikitpun dari dosa-dosa orang yang mengerjakannya itu". (Hadith riwayat Tirmidzi adalah hasan dan turut diriwayatkan Ibnu Majah).

شر الأمور محدثاتها، وكل محدثة بدعة، وكل بدعة ضلالة
"Seburuk-buruk perkara adalah mengada-ada dan tiap perkara yang diada-adakan adalah bid'ah dan tiap-tiap bid'ah adalah sesat". (Hadith Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Nasa'i, Ahmad).

ما آحدث قوم بدعة إلا رفع من السنة مثلها
مسند آحمد ج 4 ص 105 للدارمي 1 ص 45

‏أخبرنا ‏ ‏أبو المغيرة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏الأوزاعي ‏ ‏عن ‏ ‏حسان ‏ ‏قال ‏
‏ما ابتدع قوم بدعة في دينهم إلا نزع الله من سنتهم مثلها ثم لا يعيدها إليهم إلى يوم القيامة
"Bila sesuatu kaum mengerjakan bid'ah maka akan dihilangkan Sunnah daripadanya sebanyak yang sama". (Hadith Riwayat Ahmad, Ad-Darimi).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2004 10:40 AM | Show all posts
Sesungguhnya setiap amal perbuatan yang bersifat keagamaan yang tidak bersumber dari ajaran Allah dan RasulNya pasti ditolak dan itu merupakan inti bid'ah yang dihukum sebagai kesesatan. Tidak ada satu kebenaran, sesudah kesempurnaan melainkan kesesatan. Allah SWT telah berfirman tentang kesempurnaan Islam :

اليوم آكملت لكم دينكم و آتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا
"Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku cukupkan kepadamu ni'mat Ku dan telah Ku ridhoi Islam itu jadi agamamu". (Surah Al-Maidah: ayat 3)

Dan oleh kerana pernyataan kesempurnaan Islam itu maka setiap amal perbuatan hendaknya disandarkan pada kedua sandaran Islam - Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.

Imam Malik r.h. berkata:
كل آحد يؤخذ من كلامه ويرد عليه إلا صاحب هذا القبر، ويشير إلى قبر النبي صلى الله عليه وسلم
"Siapapun dapat diterima atau ditolak pendapatnya kecuali yang ada di makam ini (sambil menunjuk ke makam Rasulullah SAW)".

Imam Abu Hanifah r.h. berkata:
إذا صح الحديث فهو مذهبي
"Jika hadithnya sahih, itulah mazhabku".

Imam Syafi'i r.h. berkata:
كل مسئآلة فيها الخبر عن رسول الله صلى الله عليه وسلم عند آهل النقل بخلاف ما قلت فآنا راجع إليها في حياتي وبعد مماتي
"Terhadap setiap permasalahan yang aku utarakan, kemudian ditemukan hadith yang sah, hasil penelitian ahli hadith dan bertentangan dengan pendapatku itu, maka aku kembali dan berpegang kepada hadith tersebut, baik selama hidupku mahupun setelah matiku".

Imam Ahmad r.a. berkata:
إنما أنا بشر أخطئ وأصيب فانظروا في رأي، فكل ما وافق الكتاب والسنة فخذوه، وكل مالم يوافق الكتاب والسنة فاتركوه
"Sesungguhnya aku ini manusia biasa yang boleh salah boleh benar. Kerana itu, semaklah pendapatku, jika sama dengan Al-Qur'an dan Sunnah Rasul, peganglah. Sebaliknya jika menyalahi Al-Qur'an dan Sunnah, tinggalkanlah".

تركت فيكم آمرين لن تضلوا ما تماسكتم بهما كتاب وسنة نبيه
موطا مالك 2/899
"Aku tinggalkan kepadamu dua hal, tak akan sesat kamu, selama berpegang teguh kepada keduanya : Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya". (Muwatto' Malik II/899).

من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد
"Barangsiapa yang mengada-ada dalam urusan kami yang bukan dari Islam, maka perbuatannya itu ditolak". (Hadith Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Abu Dawud, dan Ahmad).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.065838 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list