Ieda Moin sah bercerai talak satu
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Ieda Moin, 35, sah bercerai talak satu dengan suaminya, Mohamad Naquib Idris, 35, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, sebentar tadi. Lafaz cerai dilakukan Mohamad Naquib di hadapan Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed Nor.
Pelakon drama, Fadilah Mansor sah bercerai
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah di sini, sebentar tadi mengesahkan perceraian antara pelakon drama, Fadilah Mansor dengan bekas suaminya, Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London yang dilafazkan pada 28 September 2012.
Sari Yanti bercerai dengan ahli perniagaan
PETALING JAYA: Akhirnya terlerai juga ikatan perkahwinan pelakon Kisah Kaisara, Sari Yanti dengan ahli perniagaan, Mohd Edy Casmadi Che Hussain. Mereka berkahwin pada 16 Januari 2009 dan semalam diputuskan sah bercerai secara tebus talak di Mahkamah Syariah Seremban. Dalam tempoh perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Barr al Aliy dan Basit al Haq. Tebus talak sebanyak RM10,000 dibayar oleh Sari Yanti, 30 kepada Mohd Edy Casmadi, 34.
Last edited by juliez on 18-12-2014 03:28 PM
|