CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6813|Reply: 27

terharu sangat.. kasih ayah kasih sejati..

[Copy link]
Post time 11-12-2014 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Seorang Bapa Sanggup Menjadi "Human Punching Bag" Untuk Menyelamatkan Nyawa Anaknya..


Dalam usaha untuk mengumpul wang untuk rawatan anaknya yang menghidapi penyakit leukemia, seorang lelaki di China sanggup menjadi "Human Punching Bag", dengan menawarkan pejalan kaki di Beijing untuk memukulnya dengan bayaran 10 yuan ($1.6).


Bapa muda ini mula kelihatan dikawasan laluan pejalan kaki di Beijing pada 27 November lalu dengan memakai t-shirt yang bertulis "Human Punching Bag, 10 yuan per punch". Di hadapannya terdapat sebuah kotak derma ditutup dengan sijil diagnosis hospital yang membuktikan anaknya menghidap leukemia, supaya orang ramai faham bahawa apa yang dilakukan adalah untuk mengumpul duit bagi rawatan anaknya dan bukan gurauan bodoh.





Kaedah pelik lelaki ini untuk mendapatkan dana menarik perhatian media di China, yang kemudiannya mendedahkan nama lelaki itu adalah Xia Jun dan dia sememangnya terdesak untuk membantu anak lelakinya yang berusia dua tahun, Guo Guo. Budak lelaki itu telah disahkan menghidap leukemia mieloid pada bulan Julai, dan selepas menerima rawatan di tiga hospital, dia akhirnya dijadualkan untuk pemindahan sum-sum tulang di Beijing. Walau bagaimanapun, prosedur rawatan itu menelan kos sebanyak 700,000 yuan dan dia tidak mempunyai wang untuk menanggung kos tersebut.


Pada mulanya, Xia Jun memikirkan mengemis, tetapi khuatir orang akan berfikir dia menipun dan mengabaikan rayuannya. Akhirnya, dia memutuskan cara yang lebih radikal untuk mendapatkan wang, sesuatu yang akan membuat orang lain memahami betapa terdesak dia menyelamatkan nyawa anaknya. Maka dia menjadi "Human Punching Bag".




Selepas kisah Bapa yang sanggup menjadi "Human Punching Bag" ini disiarkan di Media, ramai orang yang simpati terhadap nasib anaknya mula melawat anaknya di Hospital. Disamping itu derma daripada mereka yang simpati juga masuk mencurah-curah. Xia Jun juga berjaya mengumpul sebanyak 800,000 Yuan hasil derma daripada orang amai yang simpati terhadap nasib anaknya. Xia Jun juga berjanji untuk mencari pekerjaan yang lebih baik selepas anaknya pulih.

sumber: ejeninfo.blogspot.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2014 11:27 AM | Show all posts
Sedih dan terharu
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 11:56 AM | Show all posts


tak boleh nak komen  
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 12:12 PM | Show all posts
touchingnyer...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 12:24 PM | Show all posts
sedihnya
semoga anak dia sihat seperti sediakala
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 01:38 PM | Show all posts
wowww..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2014 01:55 PM | Show all posts
terharunya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 03:36 PM | Show all posts
sedihhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2014 03:49 PM | Show all posts
Sedihnya kisah bapak-anak ni. Xsanggup plak jd kan dia punching bag, xpepasal kna dakwa nnt. Tp idea dia menarik. Moga pmbedahan nya bjalan lancar.

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 09:37 PM | Show all posts
Kat china banyak je yang mintak derma untuk perubatan anak jadi cam ni.  Ada yang siap hangkut katil anak yg sedang sakit kat traffic light utk depatkan derma.  Ada yang bangun sujud tak berhenti untuk dapatkan derma.  Kebanyakan dia orang ni datang dari kawasan kampong dan miskin.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 09:41 PM | Show all posts
so sad......
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 11:25 PM | Show all posts
kasih seorg ayah..alangkah gembirnya aku jika aku ada ayah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 11:41 PM | Show all posts
Di China segalanya ada..
ade bapak yg sanggup ditumbuk demi menyelamatkan anaknya..
ade mak bapak yg snggup minta doktor cabut nyawa anak mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa posted on 11-12-2014 09:37 PM
Kat china banyak je yang mintak derma untuk perubatan anak jadi cam ni.  Ada yang siap hangkut katil ...

mungkinkah dasar satu ank tu buatkn dorang sanggup buat apa saja tuk selamatkan ank?
katalah ank dorang mati, dorang dibenarkan tidak buat ank lg yea?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 09:59 PM | Show all posts
Suchi posted on 12-12-2014 09:54 PM
mungkinkah dasar satu ank tu buatkn dorang sanggup buat apa saja tuk selamatkan ank?
katalah ank  ...

Betul tu sebab itulah mereka sangguh lakukan apa saja demi kesihatan anak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 09:22 AM | Show all posts
mata masuk habuk pulakk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2014 03:37 PM | Show all posts
tu satu kaedah menarik perhatian dan sokongan yang efektif.
jika tidak, tentu tak ramai yang membantu.
semoga anaknya selamat
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya... mmg terdesak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 11:19 PM | Show all posts
gila terharu beb.. bila tgk pic tu xterkata aku.. syukur anak2 aku sihat sejahtera..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 07:43 AM | Show all posts
adoii baru baca je dah meleleh2...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.077190 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list