CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10918|Reply: 91

apa yang patut aku buat?

[Copy link]
Post time 1-12-2014 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum kawan2 forumer semua. Ni 1st time aku bukak thread kt sini. Dah banyak malam aku tak lena tidur pikirkan dilema yg sdg aku hadapi skrg ni. Aku harap korang smua bleh sumbangkan sedikit pndpt utk aku tempuh masalah yg tgh kusutkan kepala aku skrg ni.

Masalah aku mcm ni, husband aku ada knl sorg pompuan ni. Boleh kata hri2 mesej dan call pompuan tu. Dia start knl dgn pompuan tu sbb kwn krja dia yg knlkn and dia xpnh nafikan pun yg dia ada mesej2 pompuan lain bila aku tanya. Ada la dlm sbulan tempoh masa dia knl bdk tu. Klu aku tnya apa2 psl dorg msti dia ckp tp sejauh mna benar crita tu aku tak pasti. Budak tu org sabah and husband aku pun kerap ke sana. Jd mstila dorg jumpa kan. Dlm masa terdekat ni pun husband aku nk ke sana lg. Hanya Allah yg thu perasaan aku bila fikir yg dorg nak keluar sama2 lg.

Dah bnyk kali aku discuss bnda ni dgn dia. Aku cakap yg aku tak suka dia mesej2 dgn pompuan lain. Lps tu dia ckp klu aku tak suka dia takkan mesej lg bdk tu tp aku tahu dia xkan berenti mcm tu je. Dia akn ttp jgk msj and kol bdk tu. Dia ckp yg dia nak kwn je. Tak nak lebih dr tu dan yakin takkan ada apa2 dgn bdk tu. Dia mengaku yg dia msj bdk tu hri2 tp selalu jer delete inbox n call register so dr situlah aku thu yg dia msj n call bdk tu hri2. Aku tnya dia knpa dia delete msj2 tu klu btul2 dia kwn je ngn bdk tu then dia cakap sbb dia nk jaga hti aku. Mcm mna dia jga hti aku pun aku tak tahulah. Klu dh mmg duk msj pompuan lain, celah mnanya dia jga hti aku. Bila dia tgok aku sedih dia ckp la yg dia thu apa yg dia buat tu slh tp dia buat jgk. Tu yg aku tak phm tu.

Buat pengetahuan korg juga, dia hnya msj bdk tu time aku takde je. Mknanya klu dia ada kt rumah n hri cuti dia fokus kt dri aku je. Dr segi tggungjwb pun alhamdulillah dia ok. Takde masalah sgt. Tp yg jd isu kt sini husband aku ni lbih kerap takde kt rumah dr ada. Mmg asyik msj dgn bdk tu jela klu takde kt rmh.dia pun tak sorok apa2 lg stkt ni. Fb pun aku thu password dia. Tp aku kerap mkn ati dgn dia sbb slalu jer nk layan pompuan. Ex gf dia yg konon2 dia bnci sgt2 tu pun kemain mnis je ayt dia bila dia komen2 fb pompuan tu. Kdg2 aku sdri tak phm apa dia nak.

Bila jd mcm ni aku jd rendah diri. Aku rsa dri aku tak cukup baik pdhl smua bnda dlm rmh ni aku tak bg dia bt satu apa pun. Smua aku urus sdri. Membebel pun tak pernah. Marah pun tak pernah apatah lg nak meninggi suara. Merajuk pun aku tak pernah. Cuma klu aku rasa jauh hti aku lbih suka asingkan dri dan menangis puas2. Aku pendam sja sorg2. Bila aku rsa aku perlu bincang, aku cuba sedaya upaya senyum dan tak tunjuk perasaan sedih aku. Skrg bila aku thu yg dia ada mesej2 dgn org lain, aku lebih cenderung buat smua bnda tnpa pertolongan dia sbb aku rasa jauh hti sgt2. Dia perasan yg aku sedih dan asyik menyendiri tp msih lg tak ubah2 bnda yg aku tak suka. Mungkin aku ni boring kot. Sbb tu dia cri org lain.

Klu ikutkan hti aku nak je aku call pompuan tu. Tnya dia apa duduk situasi perkara sbnr tp aku thu msti husband aku mrh klu aku bt mcm tu. Dia ni klu mrh ssh sikit sbb dia ssh nk tunjuk.  Klu dia mrh nti dia lyn aku mcm tunggul kayu. Mcm aku tak wujud dlm hdup dia. Entah lah. Aku tak thu nak berhadapan mcm mna lg dgn dia. Aku malu klu kwn aku dpt thu yg husband aku kwn dgn pompuan lain.

Sbnrnya aku tak pndai sgt nak luah mcm mna sbb aku jnis yg suka pndam perasaan. Tp kes kali ni aku rsa mcm tak bleh nak handle. Aku rsa lemah sgt2. Aku dh cuba yg terbaik utk rmhtgga kami. Bnyk lagi dugaan hebat yg lain yg sdg  aku lalui skskrg ni yg menyebabkan aku rasa rendah dri sgt2. Bila tgok pic pompuan tu pun lg aku rasa down sbb dia cantik. Aku tak cantik mcm dia. Husband aku pun ada rupa. Aku slalu rasa rendah dri. Kdg2 dia ckp kt aku yg dia kesian kt aku. Dah bnyk berkorban utk dia tp syg aku dpt suami yg xmenghargai mcm dia.

So soalan aku, perlu ke aku call pompuan tu tnya dia knpa dia lyn msj2 suami aku and sruh dia xyah lyn even husband aku msj dia? Atau apa yg sewajarnya aku buat utk atasi mslh ni. Aku sgt perlukan sokongan dan guideline sbb aku rasa aku dh tak boleh nk fikir apa2 lg stkt ni.Aku moral down ssgt2 sbb husband aku ni dia ckp lain tp buat lain. Nti klu korg xjelas dgn citer aku ni korg tnya la. InsyaAllah aku cuba terbaik utk citer sbb aku tak pndai sgt nak luah2 ni. Hrp2 ada yg sudi membantu dan beri sokongan. Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 02:39 AM | Show all posts
Tt, i rasa tak perlu kot nak call pompuan tu.  Kalau call pun, husband tr akan cari pompuan tu juga. Takde maknanya nak kekawan ni. Akan timbul jugak perasaan nanti. Kalau kata takde perasaan, takkanlah tiap hari nak sms and call. Bincang pasal apa? Bisnes? Or what? Or just casual talk? Pelik. Kenapa tak buat casual talk ngan lelaki lain?

I know it is diffciult for tt. But do you trust ur husband? Kalau dalam situasi ni, asik nak beralasan kenapa perlu contact ngan pompuan tu, then i think not worth it. Kalau tak dengan pomouan ni dengan pompuan lain. Kalau tak dengan pompuan lain, dengan pompuan yang lain lain you know what i mean. Pokok pangkalnya, kalau suami tt tak boleh control diri sendiri, nak buat cam mana. Takkan tt nak call 20 pompuan lain sepanjang hidup tt. Or kalau tt tahan, biar jelah.

Tt ada anak tak? Kalau takde anak, rasanya angkat jelah kaki dari duk mengadap lelaki miang gitu. Kalau ada anak, bawak bincang sama ada dia nak berubah ke tak. Kalau tak nak berubah, sama ada tt bertahan dengan perangai dia atau angkat kaki saja.

Tt tak leh nampak ke? Tt kata kalau tt buat jugak, yakni call pompuan tu, dia akan akan treat tt cam tak wujud jadikan tt ni tunggul kayu. Ni dah menunjukkan pompuan tu bukan pompuan biasa. Pompuan tu sangat bermakna bagi dia. Kalau pompuan tu tak bermakna buat dia, dia takkan nak kisah punya. Macam seolah pompuan tu isteri dia, dan tt ni pulak kawan ni.

Kalau tt ada wang dan rasa nak sedapkan hati, pi hire private investigator. Suruh mereka amik bukti video. Kalau dalam video tu seperi kawan, then mungkin lega sikit, tapi kalau sebaliknya, tt decide lah what to do.


Hari hari dengar perihal kisah suami yang tak boleh kontrol diri, sebab tu emo sikit. Last edited by munchkin on 1-12-2014 02:43 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2014 03:05 AM From the mobile phone | Show all posts
munchkin posted on 1-12-2014 02:39 AM
Tt, i rasa tak perlu kot nak call pompuan tu.  Kalau call pun, husband tr akan cari pompuan tu juga. ...

Thank you munchkin sbb sudi bg pendapat. Apa yg u ckp tu sama mcm yg I pk. Mmg I xkan kot call pompuan tu sbb I ckup2 masak dgn perangai husband I.

I xde anak lg even dh nak masuk 3 thun kawen. I ada pcos and sebabkan bnda ni jgklah I rsa terlalu rendah dri and my husband pun agak stress jgk sbb dia slalu je compare life dia dgn kwn2 dia. Kdg2 ok..kdg2 xok. I penat nak lyn mood dia yg berubah2 tu.

Hrini dan esok dia xde kt rmh..on duty 24hours. So nti dia blik lusa I tgok dlu dia mesej ke x lg dgn pompuan tu sbb our latest discussion tu dia jnji yg dia xnak contact lg dgn pompuan tu. So klu dia msih lg mcm tu I akan consider ur opinion.

Sebenarnya klu bab cerai ni dh bnyk kali dh kami hampir2 cerai sbb dia slalu nmpk slh I. Masa mula2 kawen dulu I dh terkena depression thp kronik sbb dia terlalu demand nak I ikut  cara dia and bila I menangis dia ckp I ni terlalu emotional ikutkan perasaan. Tp as time passed dia dh bnyk berubah sbb I ikut smua kemahuan dia.

Psl percaya ke x tu mmg I pun ada ckp kt dia I xpercaya kt dia sbb I terlalu knl dia. Sbb tu jgklah I xsuka ckp apa yg I rasa kt dia sbb discuss means pressure to him and dia sgt2 xleh handle pressure..I only have 2 choices bila berhadapan dgn dia..treat him like nothing happen or discuss tp xde hasil. Klu I pegi register nak cerai pun dia ok jer kot sbb dia kta dia trima smua yg I nak buat asalkan I happy. Entahlah..terlalu ssh nk explain mcmna rmhtgga ktorg sbnrnya
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 03:35 AM | Show all posts
sunshinesue posted on 1-12-2014 03:05 AM
Thank you munchkin sbb sudi bg pendapat. Apa yg u ckp tu sama mcm yg I pk. Mmg I xkan kot call pom ...

Tq sun sebab sudi baca pendapat munchkin.

first of all, munchkin ada cousin dan kawan yg tak boleh ada anak. Tapi husband masing maisng tak mcm hubby tt. Masing2 redha je.

kalau takde anak, means ada sebabnya. Ada hikmahnya.

Kenapa ye? Pelik juga. Tapi boleh detect. Kalau dia kata dia tak kisah and dia ikutkan aja (utk cerai) maksudnya lebih mudah kerja dia? Takkan takde perasaan langsung? Berhubung ngan pompuan lain tak stress pulak. Nak bincang ngan wife sendiri stress pulak. Hmmm. Pada munchkin, sudah terang lagi bersuluh.

Cam mana body tak pcos etc, kalau berhadapan ngan suami tak supportive. Kalau suami buat hal, kita stress hormon semua tak betul, then? Sepatutnya suami bagi support dan jangan stress kan isteri.

Kalau nak ikutkan my cousin tu dah berbelas tahun takde anak. Elok je suami dia syang dia. Supprt dia buat treatment sampai ratusan ribu. Tak give up walaupun keluarga hint kawin lain. Suami dia pilot lagi tu. Dikelilingi pramugari semua. Takde goyah cam suami sun pun.

Jadi itu nama unconditional love. Apa yang terjadi tetap sayang. For better for worse , for rich for poorer and in sickness and in health bak kata omputih.

kalau dah dia tak kisah pasal bercerai, then dont you think dia dah dont give a damn anymore?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 03:50 AM | Show all posts
kalau your husband guna smartphone, download aje
apa apa program sesuai tuk block phone number minah tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2014 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
munchkin posted on 1-12-2014 03:35 AM
Tq sun sebab sudi baca pendapat munchkin.

first of all, munchkin ada cousin dan kawan yg tak bo ...

Entah lah. Mungkin dh lma kot dia xsyg kt I tp dia xmmpu bt kptsn utk lpskan I. Ktanya tggu hidayah dr Allah. Rmhtgga kami bertahan ats dsr tggjwab sja. Slbihnya,  mungkin x ada apa2 mkna bg dia.

Bila I bincang nk separate msti dia diam sribu bhsa then start crying like a baby. Dia kta bt masa skrg dia xmmpu nk jtuhkan talak sbb dia rsa berslh bt I mcm2 tp I ttp sbr dgn kerenah dia and mungkin xkan jmpa org yg phm dia lg mcm I phm dia. Bab perasaan ni mybe dh jls kot yg I sorg jer syg dia. Dia lyn I hnya sbb tggungjwb dia sbg suami I. Bab jga hti tu skrg ada improvement sikit klu nk banding dgn dlu. Dulu ikut suka dia je nk bt I mcmna.

Ssh sbnrnya mslh I dgn dia nk setel sbb ktorg dua2 jnis pndam prsaan and dia nak elak dr bincang sbb dia xnak gaduh sbb dia kta klu ktorg gaduh nti lg bnyk dia ungkit kisah dlu2 and dia xnak sakitkn hti I dgn kisah dlu2 lg. Mcm tu lah lbih kurg

And u are right about pcos. I pnh ckp psl hormones ni smua tp mcm biasa la dia. I ckp hrini esok dia dh lupa. Kdg2 sbbkn pcos ni I ssh nk handle stress tp dia xphm and mcm xnak ambik thu pun psl smua tu tp bila bab kwn2 krja dia dh nk dpt ank dia stress plk then blik rmh mula la tnjuk muka frust. I jgk yg kna lyn mood swing dia. At the end of the day its always my fault for not being able to give him a child and dia sgt la perfectionist yg bt I rsa tkut klu one day I ada slh lain lg mybe mcm2 lg yg jd. I dh pnt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-12-2014 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 posted on 1-12-2014 03:50 AM
kalau your husband guna smartphone, download aje
apa apa program sesuai tuk block phone number mina ...

Yg dia msg ngn girl tu guna hp cap ayam jer sbb tu sng nk detect sbb dia delete all the conversation and call register. Yg smartphone dia xberani lg nk bt msg girl tu sbb dia share dgn I and I know all the password and dia xpndai  sgt pun it ni. I yg bnyk ajr dia psl it ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2014 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
munchkin posted on 1-12-2014 03:35 AM
Tq sun sebab sudi baca pendapat munchkin.

first of all, munchkin ada cousin dan kawan yg tak bo ...

Dia ada ckp kt I yg kdg2 dia bleh trima apa yg jd. Kdg2 plk dia xleh trima sbb tu dia msg girl tu mcm escapism la utk dri dia utk elakkan dr pk smua mslh dia.

Time dia ok pndai dia ckp mybe Allah xbg dia ank sbb dia xckup baik. Lyn isteri pun bnyk lg xbetul tp time dia xok mula la lyn I mcm tggul kayu especially bila dgr brita org tu nk dpt ank. Org ni mcm tu mcm ni.  Smuanya dia ckp tnpa fikirkan apa yg I rsa.

Yg psl girl tu I mmg dh xbleh nk thn lg. Mda seronok2 elok dia duk msg pompuan lain tp bila gersang kita pula yg lyn dia. I hnya nk berkhidmat dgn ikhlas utk dia tp bila dia bt mcmni I rsa berdosa sbb kdg2 I rasa sakit hti sgt dia bt mcmni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 08:17 AM | Show all posts
Assalamualaikum TT
dari cerita TT ni sy rs sy boleh conclude yg TT ni jenis yg x tunjukkan perasaan. Mungkin suami TT lebih sukakan perempuan yang hype his day. mungkin juga perempuan tu lebih senang show of apa yg dia rasa. Tp sejujurnya if i were u, mmg dah lama i angkat kaki. drpd makan hati. sebenarnya perkahwinan itu adalah rumah kebahagiaan. kalau tak bahagia, better cari rumah lain yg boleh membahagiakan TT. Dlm hidup kita ni, matlamat sebenar kita adalah mencari kebahagiaan. semoga TT akan beroleh hidup yg lebih bahagia. amin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:48 AM | Show all posts
Eeee i tak suka la suami u buat mcm n kat u. Yg u ni baik hati sangat kenapa? Ni le masalah pompuan. Asik pasrah redha terima bla3. Heeeee...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:58 AM | Show all posts
kalau ko nak call perempuan tu cal la tapi tolong jgn rendahkan mertabah gi serang maki bagai. pasal ko tak tau apa plak suami ko bercerita ttg ko kat permepuan tu..

macam kawan aku, dia call perempuan tu, tapi dia cakap elok2.. cuma dia call kata la, dia perasan no ni byk kat phone suami dia jadi dia call, pasal suami dia ramai org minta tlg *part ni kawan aku tipu hahha* so kadang2 kawan aku akan tlg gak kalau suami dia x sempat. so dia tanya la kalau dia boleh tlg apa2 berkenaan kerja ke, peribadi ke.. hahahah... siap ajak jumpa lagi, tapi kawan aku cakap elok2.. nasib baik gak perempuan tu pun sedar diri n cakap elok2.. tapi lepas dari itu dah takde contact dgn suami kawan aku. malu sendiri kot..

btw, ko tak perlu nak merasa rendah diri. ko jgn jatuh dalam golongan asal berlaki pls..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2014 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
tipuware posted on 1-12-2014 08:58 AM
kalau ko nak call perempuan tu cal la tapi tolong jgn rendahkan mertabah gi serang maki bagai. pasal ...


Tq atas cdngn ko..td dia tengking aku ckp dia xde apa2 ngn pompuan tu n xnak aku call girl tu..aku rsa down giler sbb dia mcm nk defend pompuan 2 n kta skrg pompuan 2 bru lps eksiden xkan dia nk bt xthu. .hti aku sedih lgsung dia bt xthu..serius aku xthu apa yg dia nak..insyaAllah aku xkn jd mnusia yg ada sindrom asal berlaki cuma aku perlukan msa utk pkr straight forward skrg ni
Last edited by sunshinesue on 1-12-2014 10:15 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2014 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
rosevelvet posted on 1-12-2014 08:17 AM
Assalamualaikum TT
dari cerita TT ni sy rs sy boleh conclude yg TT ni jenis yg x tunjukkan perasaan ...

Klu aku tunjuk perasaan aku msti dia lyn aku mcm tggul kayu xpun dia tengking aku ckp aku sama jer mcm pmpuan ln. Kdg2 dia bt aku konfius betul ke x tndakan aku bt mcm ni. Dia mcm pndang ringan psl bnda ni n slalu ckp jgn rsau. Dia xnak kt pompuan tu. Entahlah..boleh ke pompuan ngn laki remain friends forever?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2014 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Munnalicious posted on 1-12-2014 08:48 AM
Eeee i tak suka la suami u buat mcm n kat u. Yg u ni baik hati sangat kenapa? Ni le masalah pompuan. ...

I bkn baik hti. Jauh sgt pktaan baik tu nk describe psl dri I. Cuma I xnak terlalu emotional dan menekan utk handle bnda ni n kna ambik msa utk tenangkan fikiran utk bt kptsn. Tp I thu sgt sng klu nk divorce sbb dia ada ckp bt sjlah apa2 yg I suka aslkan I happy. Dia izinkan. Cumanya skrg sblm I proceed bnda 2 I kena bnyk2 istighfar dan bt apa yg umat islam  ptut bt bila ada dlm keadaan mcm ni. Doakan I kuat ya kawan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2014 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Mggu dpn dia dh nk pegi filipina 2 mggu then trus ke sbh smpai hujung bln 1 ni..ktorg klu kira xde msa sgt nk bsama alih2 jd mcm ni plk. Slalunya ktorg bbaik sbb I mntk mf dlu even slalunya dia yg slh. Ni pun I rsa nk pegi mntk mf ngn dia. I xthulah knpa I xbleh nk gduh dgn sape2. Hti cpt rasa bslh. Mybe sbb I mcm ni lah kot dia xmkn saman klu I luah prsaan kt dia. Mybe I ptut diam dlu kot. Klu dia kt sana pun I snyp jer. I nk brehat dr pkr psl dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 11:16 AM | Show all posts
sunshinesue posted on 1-12-2014 10:23 AM
I bkn baik hti. Jauh sgt pktaan baik tu nk describe psl dri I. Cuma I xnak terlalu emotional dan m ...

U deserve to get a better life. No point hidup dgn org yg x appreciate u. Laluan u dah terbuka luas di hadapan. Xperlu tgu dia berubah atau beri peluang kepadanya utk berubah. N jgn sesekali u sangka yg heolls suami u tu ada terkena guna2 atau apa2 jampi serapah hanya kerana heools sedang enak bercinta dgn wanta dr Sabah itu. I dont think so sbb pucuk pangkal tepuk dua belah kaki xkan bunyi. Kalau suami u xmulakan pompuan tu xkan layan dan begitula sebaiknya.

Tlg kasihani diri u. Sementara u belum ada anak lg xde masalah utk u buat keputusan. Isok ada anak lg byk kena pk. Jgn jd mcm setengah org. cite pung pang bagai tup2 hmmm xjad berpisah la, beri peluang kpd dia la, sbb? pikir anak-anak. Bosan la alasan gitu. Bkn apa, i bkn senang ckp sbb i xdok kt tmpt u tp ape i nak cakap simpanlah kebaikkan u itu dan berikan kepada yg benar2 menghargai.

Beri peluang utk diri u isok ni bila u dah ada kekuatan dan terbuka pintu hati utk menerima org lain @ insan baru. Kalau u xberi peluang kpd org lain mcm mana u nak jumpa yg baru dan kebahagiaan yg baru.

I doakan semoga u akan mendapat hidup yg baik dan sempurna kelak seiring dgn kebaikan u. Masa tu jgn toleh belakang lg.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 11:45 AM | Show all posts
Pada pendapat I.. lelaki dan perempuan tak boleh berkawan rapat sangat.

Kalau sama sama bujang oklaa.. kalau salah sorang dah kahwen, potensi untuk kita mengadu masalah rumahtangga kat kawan baik berlainan jantina adalah tinggi. Nanti die banyak bagi pendapat..die suruh sabar laa apa laa.. terus kita rasa wah, baiknya die ni.. kenapa tak kawen jek dengan die ni?

Biasalaa tu..sebab jumpa skali skala.. cakap kat telefon jek tak tau perangai sebenar macam mana memang rasa org lain lebih baik.. yang duduk tunggu kat rumah tu membosankan Nak tambah perisa plak syaitan memang kerja die nak runtuhkan benda baik.

U ni memang orangnya agaknya lembut tak suka bergaduh. Tak suka orang masam muka dengan U.

Tapi kalau dah hari2 cal.. hari2 msg.. I tak rasa laa tu kawan baik.

U sepatutnya ada hak call perempuan tu (bukan marah marah. Tanya baik2 sahaja) apa hubungan dengan suami sebab suami asyik contact die jek. I tak rasa tu salah.. Kalau lah die tu kawan baik husband u.. husband u pon takde masalah nk kenalkan dengan u dan bagi u cakap kat phone buat tambah kawan. Kenapa perlu naik angina dan tengking U ugut jangan call perempuan tu..

Memang mencurigakan. Lepas tu nak jumpa pulak tu..

I memang sangsi kalau suami org nk berjumpa perempuan berdua-duaan sahaja. Sebab masa bujang dulu I pernah dinasihatkan oleh seorang suami orang.. katanya berhati2 berkawan dengan suami org.. sebab die dah biasa/tahu mana kelemahan wanita.. dia akan guna betul betul kelemahan sampai U jatuh tersungkur di pembaringan dia. Dia tahu nak usik kat mana yang buat perempuan terbuai buai.

Kawan kawan I masa zaman study yang berkawan dengan suami orang pon kebanyakkannya cakap terlanjur akhirnya sebab diorang pandai pujuk... walaupon muka pecah rumah jek I tengok. macam mana ntah diorang selera I pon hairan..

I harap u berhati hati.. berdoa lah banyak banyak supaya suami U berubah dan tinggalkan perempuan tu..

Sebab doa itu penting.. Allah lah yang berkuasa bolak balikkan hati kita.. Semoga hati suami u terpaut semula pada U



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 06:48 PM | Show all posts
sunshinesue posted on 1-12-2014 10:14 AM
Tq atas cdngn ko..td dia tengking aku ckp dia xde apa2 ngn pompuan tu n xnak aku call girl tu..a ...

Jangan lembuypt sgt u. Tanya dia apa yg dia nak. Suka suki tengking wife just because pompuan tu. Eh hello??? Apa pompuan tu takde keluarga ke? Your husband dah jadi suami pompuan tu ke yang kena ambik tahu? Geram pulak. Your husband ni sweet talker lah. I think you better angkat kaki. Jelas dia bertahan dalam rumahtangga ni supaya orang tak label dia a jerk! Ramai je kekawan and cousin yg tak boleh beranak, tapi tak husband sibuk contact pompuan lain. Mmg dasar playboy. Esok lusa dah ada anak, dia bagi alasan lain pulak. Cam my friend sorang, bini dia out of shape, dia kata terpaksa kawin lain sebab badan bini dah gemuk. Now dah cerai, ex bini dah kemain lawa and hot sebab masuk fitness club. Padan muka. Geram betul dgn perangai jantan cenggini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 06:54 PM | Show all posts
Sayangi diri setiap hari. Get out of this marriage. Clearly he does not appreciate you. Dia lagi sayang and appreciate pompuan tu.

Nak kuatkan lagi, sila hire private investigator. Tapi bagi i buang duit je. Takkan nak tunggu sampai terlambat baru bertindak.

Tt, i harap you tak jadi cam sesetengah pembuka thread. Minta pendapat apa nak buat. Tapi bila dah ramai bagi pendapat, you still nak stay ngan husband yg tak appreciate and hargai pompuan lain. Sekadar nak ngadu bukan tak boleh. Tapi apa gunanya. Tak selesai pun masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Semuanya bermula beginilah tt.
U dpt tau awal n patut buat keputusan awal2.
boleh poligami?
if x mampu u better put a stop drpd terlewat nnt.
bg kata dua je kat laki u. Pilih salah satu n bg time frame. If x boleh...u decide.

Ini yg bel patut buat dulu...skang dah terlambat. Derang dh nk kawin dgn izin i sendiri tp i x redhadi madukn. X redha setiap pertolongan i nk mudahkn dia....dia pi bercinta dgn betina tu. Akummg x redha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.044851 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list