CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5804|Reply: 37

Adakah Qasidah Bidaah?

[Copy link]
Post time 26-11-2014 08:37 AM | Show all posts |Read mode
Adakah boleh untuk kita bernasyid, berqasidah, berpuisi dan sebagainya?

Ada orang mengatakan perkara tersebut tiada di zaman Nabi.

Jadi, adakah ianya bidaah?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2014 01:43 PM | Show all posts
Waalaikummusalam tuan...

Masa Rasullulah Tiba Di kota madinah,
Apakah yang rakyat madinah lakukan?
Mereka berkasidah..
mereka memuji muji Rasullulah S.a.w

jangan terperangkap dengan pemikiran wahabi yang jumud terhadap Agama Islam..
sebaliknya saya sarankan tuan hadir ke Majlis Qasidah Dan Rasai Sendiri dan fahami apa yang dikatakan dalam qasidah itu sendiri..

Bidaah itu juga terbagi kepada dua...

satu bidaah yang terpuji
satu bidaah yang tercela..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 01:51 PM | Show all posts
Pedamba_ilmu posted on 26-11-2014 01:43 PM
Waalaikummusalam tuan...

Masa Rasullulah Tiba Di kota madinah,

ko dah tengok video habis tak sebelum bagi komen? ada dia cakap haram?
btw sila baca ulasan ni pasal bidaah, Rasulullah dah bagitau semua bidaah sesat, siapa kita nak memandai-mandai cakap ada bidaah bagus ada bidaah tak???

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 01:54 PM | Show all posts
Islam adalah agama wahyu dan bukan agama ciptaan manusia. Perbuatan menokok tambah (bid‘ah) dalam agama boleh menghilangkan ketule-nannya, sehingga menyebabkan orang ramai tidak akan dapat membezakan antara ajaran asal yang bersumber daripada Allah dengan yang ditokok tambah oleh manusia. Terdapat banyak hujah daripada al-Quran, al-Sunnah dan para ulama yang memberi amaran agar tidak menokok tambah dalam agama. Berikut ini dikemukakan sebahagian daripada hujah-hujah tersebut:



  Amaran daripada al-Qur’an tentang bid‘ah:

Pertama:

          Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاء شَرَعُوا لَهُم مِّنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ اللَّهُ

Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari ugama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? [al-Syura 42:21]



Kedua:

          Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَن تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Nur 24:63]



Ketiga:


          Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالإِثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَن تُشْرِكُواْ بِاللّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَاناً وَأَن تَقُولُواْ عَلَى اللّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ

Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan-Nya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.” [al-A’raaf 7:33]



  Amaran daripada al-Sunnah tentang bid‘ah:


Hadith Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang memberi amaran kepada pembuat dan pengamal bid‘ah sangat banyak jumlahnya. Kebanyakan para penyusun kitab hadith tidak ketinggalan memasukkan satu bab khas mengenainya di dalam kitab-kitab mereka. Di sini disebutkan beberapa riwayat, antaranya:

Pertama:


Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

...فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ.

Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat.[1]

Maksud “…gigitlah ianya dengan geraham…” ialah peganglah ianya dengan bersungguh-sungguh serta bersabarlah dengannya.[2]


Kedua:

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ.

“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak.”[3]


Ketiga:

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

وَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلاَّ مِلَّةً وَاحِدَةً. قَالُوا: وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَال:َ مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي.

“……Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak”. Mereka (para sahabat) bertanya: “Apakah puak itu wahai Rasulullah?” Jawab baginda: “Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.”[4]



Keempat:

Abu Musa al-Asy‘ari radhiallahu 'anh berkata:

صَلَيْنَا المَغْرِبَ مَعَ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم ثُمَّ قُلْنَا: لَوْ جَلَسْنَا حَتَّى نُصَلِّى مَعَهُ اْلعَشَاءَ قَالَ: فَجَلَسْنَا فَخَرَجَ عَلَيْنَا فَقَالَ: "مَا زِلْتُمْ هَهُنَا؟" قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ صَلَيْنَا مَعَكَ الْمَغْرَبَ ثُمَّ قُلْنَا: نَجْلِسُ حَتَّى نُصَلَّى مَعَكَ اْلعِشَاءَ. قَال:"أحْسَنْتُمْ أَوْ أَصَبْتُمْ" قَالَ: فَرَفَعَ رَأسَهُ إلىَ السَّماِء وَكانَ كَثِيرْاً مِمَّا يَرْفَعُ رَأسَهُ إلىَ السَّماِء فَقَالَ: "النُّجُومُ أَمَنَـةٌ للسَّمَاِء فَإذا ذَهَبَتِ النُّجُومُ أَتى السَّمَاءَ مَا تُوْعَدُ، وَأناَ أَمَنَـةٌ لأَصْحَابِى فَإذا ذَهَبْتُ أَتى أَصْحَابِى مَا يُوْعَدُونَ وَأَصْحَابِى أَمَنَـةٌ لأمَّتِى فَإذَا ذَهَبَ أصْحَابِى أَتى أُمَّتِى مَا يُوْعَدُون".

“Kami telah menunaikan solat Maghrib bersama dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Kemudian kami berkata: “Kalaulah kita tunggu sehingga kita dapat bersolat Isyak bersama baginda.” Maka kami tunggu sehingga baginda keluar kepada kami lalu bersabda, “Kamu semua masih di sini?” Jawab kami: “Wahai Rasulullah! Kami telah menunaikan solat Maghrib bersama engkau kemudian kami berkata, mari kita duduk sehingga kita dapat bersolat Isyak bersamamu.” Sabda baginda: “Kamu semua telah melakukan sesuatu yang baik lagi betul.”

Kemudian baginda mengangkat kepalanya (melihat) ke langit dan ramailah yang mengangkat kepala (melihat) ke langit lalu baginda bersabda: “Bintang-bintang tersebut adalah penyelamat langit. Apabila perginya bintang-bintang tersebut maka akan didatangilah langit apa yang telah dijanjikan untuknya. Aku adalah penyelamat sahabat-sahabatku. Apabila aku telah pergi maka akan didatangilah sahabat-sahabatku apa yang telah dijanjikan untuk mereka. Sahabat-sahabatku pula adalah penyelamat umatku. Apabila perginya sahabat-sahabatku maka akan didatangilah umatku apa yang dijanjikan untuk mereka.”[5]

Berkata al-Imam al-Nawawi rahimahullah:[6]

Maksud ungkapan “sahabat-sahabatku adalah penyelamat umatku” ialah mereka menyelamatkan umat dari zahirnya bid‘ah, mengada-adakan perkara baru dalam agama, fitnah terhadap agama, zahirnya syaitan, Rum dan selainnya ke atas mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 01:55 PM | Show all posts

  Amaran daripada para ulama’ tentang bid‘ah:

Para ulama’, terdiri daripada para sahabat dan para tokoh dulu dan kini, turut memberi amaran tentang bid ‘ah. Di sini disebutkan tiga contoh, satu daripada seorang sahabat, satu daripada seorang tokoh terdahulu dan satu daripada seorang tokoh terkini:

Pertama: Amaran ‘Abd Allah bin Mas‘ud.

‘Abd Allah bin Mas‘ud radhiallahu 'anh adalah sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang begitu terkenal dengan keilmuan dan kefahamannya dalam agama. al-Imam al-Darimi rahimahullah (255H) meriwayatkan amaran serta bantahan beliau terhadap bid‘ah berzikir secara kumpulan yang muncul pada zamannya:

عَنْ عمرو بن سلمة قَالَ: كُنَّا نَجْلِسُ عَلَى بَابِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَبْلَ صَلاَةِ الْغَدَاةِ فَإِذَا خَرَجَ مَشَيْنَا مَعَهُ إِلَى الْمَسْجِدِ فَجَاءَنَا أَبُو مُوسَى الأَشْعَرِيُّ فَقَالَ أَخَرَجَ إِلَيْكُمْ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ بَعْد؟ُ قُلْنَا: لاَ! فَجَلَسَ مَعَنَا حَتَّى خَرَجَ فَلَمَّا خَرَجَ قُمْنَا إِلَيْهِ جَمِيعًا.

فَقَالَ لَهُ أَبُو مُوسَى يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ إِنِّي رَأَيْتُ فِي الْمَسْجِدِ آنِفًا أَمْرًا أَنْكَرْتُهُ وَلَمْ أَرَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ إِلاَّ خَيْرًا. قَالَ: فَمَا هُوَ؟ فَقَالَ: إِنْ عِشْتَ, فَسَتَرَاهُ. قَالَ: رَأَيْتُ فِي الْمَسْجِدِ قَوْمًا حِلَقًا جُلُوسًا يَنْتَظِرُونَ الصَّلاَةَ, فِي كُلِّ حَلْقَةٍ رَجُلٌ وَفِي أَيْدِيهِمْ حَصًى, فَيَقُولُ: كَبِّرُوا مِائَةً, فَيُكَبِّرُونَ مِائَةً. فَيَقُولُ: هَلِّلُوا مِائَةً. فَيُهَلِّلُونَ مِائَةً. وَيَقُولُ: سَبِّحُوا مِائَةً. فَيُسَبِّحُونَ مِائَةً. قَالَ: فَمَاذَا قُلْتَ لَهُمْ؟ قَالَ: مَا قُلْتُ لَهُمْ شَيْئًا انْتِظَارَ رَأْيِكَ وَانْتِظَارَ أَمْرِكَ.

قَالَ: أَفَلاَ أَمَرْتَهُمْ أَنْ يَعُدُّوا سَيِّئَاتِهِمْ, وَضَمِنْتَ لَهُمْ أَنْ لاَ يَضِيعَ مِنْ حَسَنَاتِهِمْ. ثُمَّ مَضَى وَمَضَيْنَا مَعَهُ حَتَّى أَتَى حَلْقَةً مِنْ تِلْكَ الْحِلَقِ فَوَقَفَ عَلَيْهِمْ, فَقَالَ: مَا هَذَا الَّذِي أَرَاكُمْ تَصْنَعُونَ؟ قَالُوا: يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَصًى نَعُدُّ بِهِ التَّكْبِيرَ وَالتَّهْلِيلَ وَالتَّسْبِيحَ. قَالَ: فَعُدُّوا سَيِّئَاتِكُمْ, فَأَنَا ضَامِنٌ أَنْ لاَ يَضِيعَ مِنْ حَسَنَاتِكُمْ شَيْءٌ, وَيْحَكُمْ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ مَا أَسْرَعَ هَلَكَتَكُمْ! هَؤُلاَءِ صَحَابَةُ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَافِرُونَ, وَهَذِهِ ثِيَابُهُ لَمْ تَبْلَ, وَآنِيَتُهُ لَمْ تُكْسَرْ, وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّكُمْ لَعَلَى مِلَّةٍ هِيَ أَهْدَى مِنْ مِلَّةِ مُحَمَّدٍ, أَوْ مُفْتَتِحُو بَابِ ضَلاَلَةٍ؟!

قَالُوا: وَاللَّهِ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ مَا أَرَدْنَا إِلاَّ الْخَيْرَ. قَالَ: وَكَمْ مِنْ مُرِيدٍ لِلْخَيْرِ لَنْ يُصِيبَهُ. إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَنَا أَنَّ قَوْمًا يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ وَايْمُ اللَّهِ مَا أَدْرِي لَعَلَّ أَكْثَرَهُمْ مِنْكُمْ ثُمَّ تَوَلَّى عَنْهُمْ.

فَقَالَ عَمْرُو بْنُ سَلَمَةَ: رَأَيْنَا عَامَّةَ أُولَئِكَ الْحِلَقِ يُطَاعِنُونَا يَوْمَ النَّهْرَوَانِ مَعَ الْخَوَارِجِ.

Daripada ‘Amr bin Salamah[7] katanya: “Satu ketika kami duduk di pintu ‘Abd Allah bin Mas‘ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd al-Rahman[8] telah keluar kepada kamu?” Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abd Allah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya.

Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat – alhamdulilah – melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah ia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah)  menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali.” Tanya ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu”.

Berkata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?” Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah.[9] Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya[10] , apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan?”

Jawab mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik.” Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya.” Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka.[11] Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu.” Kemudian beliau pergi.

Berkata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan.”[12]

Lihatlah bagaimana ‘Abd Allah bin Mas‘ud radhiallahu 'anh membantah perbuatan ibadah kumpulan ini walaupun mereka pada asalnya memiliki niat dan pandangan yang baik. Pada zahirnya tiada yang buruk pada perbuatan mereka. Namun oleh kerana ia merupakan ibadah yang tidak ada contoh daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam maka ia ditolak. Bahkan ‘Abd Allah bin Mas‘ud memberi amaran betapa perbuatan bid‘ah yang kecil akan mengheret seseorang kepada bid‘ah yang lebih besar. ‘Abd Allah bin Mas‘ud menggambarkan mereka akan menyertai Khawarij yang sesat. Justeru itu ‘Abd Allah bin Mas‘ud juga pernah menyebut:[13]

اقتصاد في سنة خير من اجتهاد في بدعة.

Sederhana dalam sesuatu sunnah lebih baik daripada bersungguh sungguh dalam sesuatu bid‘ah .

إن البدعة الصغيرة بريد إلى البدعة الكبيرة.

Sesungguhnya bid‘ah  yang kecil adalah pembawa kepada bid‘ah  yang besar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 01:55 PM | Show all posts

Kedua: Amaran al-Imam Malik Bin Anas

Seorang lelaki telah datang kepada al-Imam Malik rahimahullah (179H)[14] dan berkata:[15]

“Wahai Abu ‘Abd Allah (gelaran al-Imam Malik) daripada mana aku patut berihram?” Jawab al-Imam Malik: “Daripada Zu Hulaifah (ذو حليفة) di mana tempat yang Rasulullah berihram.” Kata lelaki itu: “Aku ingin berihram daripada Masjid Nabi.” Jawab al-Imam Malik: “Jangan buat (demikian).” Kata lelaki itu lagi: “Aku ingin berihram daripada kubur Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.” Jawab al-Imam Malik: “Jangan buat (demikian), aku bimbang menimpa ke atas dirimu fitnah.” Tanya lelaki itu: “Apa fitnahnya? Ia hanya jarak yang aku tambah.”

Jawab al-Imam Malik:

وأي فتنة أعظم من أن ترى أنك سبقت إلى فضيلة قصّر عنها رسول الله صلى الله عليه وسلم، وإني سمعت الله يقول: فَلْيَحْذَرْ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ.

Apakah lagi fitnah yang lebih besar daripada engkau melihat bahawa engkau telah mendahului satu kelebihan yang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menguranginya. Sesungguhnya aku telah mendengar Allah berfirman: (maksudnya) “Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Nur 24:63]

Perhatikan bahawa sekalipun lelaki tersebut ingin berihram daripada tempat yang begitu baik iaitu Masjid Nabi atau kubur baginda shallallahu 'alaihi wasallam, al-Imam Malik rahimahullah membantahnya disebabkan ia adalah ibadah yang tidak dilakukan oleh Nabi. Beliau menyatakan ini adalah fitnah kerana seakan-akan lelaki itu menganggap dia dapat melakukan ibadah yang lebih baik daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.


Ketiga: Amaran al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi:

Ditanya kepada al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi, semoga Allah memeliharanya, mengenai amalan Nisfu Sya’ban. Beliau menjawab:[16]

Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membaca do‘a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka‘at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do‘a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ianya satu do‘a yang panjang yang menyanggahi nusus (nas-nas al-Quran dan al-Sunnah), juga bercanggahan dan bertentang maknanya...

Perhimpunan (malam Nisfu Sya’ban) seperti yang kita lihat dan dengar berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid‘ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid‘ah golongan selepas mereka dan setiap yang diadakan-adakan itu bid‘ah dan setiap yang bid‘ah itu sesat dan setiap yang sesat itu berada dalam neraka.

Demikian tegasnya tokoh yang masyhur ini terhadap amalan bid‘ah yang menjadi pegangan atau amalan dalam kebanyakan negeri umat Islam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2014 03:36 PM | Show all posts
obelisk posted on 26-11-2014 01:51 PM
ko dah tengok video habis tak sebelum bagi komen? ada dia cakap haram?
btw sila baca ulasan ni p ...

Salam...

Nak mencelah sikit, walaupun soalan tu bukan ditujukan pada saya...hehehe...

Saya dah lihat video tu, Dr MAZA tak kata bida'ah, tak kata haram pun. Tak salah ber-qasidah (asalkan jangan nisbatkan pada ibadah, jangan luar batas syarak)

Maka......

btw sila baca ulasan ni pasal bidaah, Rasulullah dah bagitau semua bidaah sesat, siapa kita nak memandai-mandai cakap ada bidaah bagus ada bidaah tak???

Saya setuju, benar, Rasulullah SAW kata (mafhumnya) semua bida'ah itu sesat

Dan saya nak tanya, adakah Khalifah Umar RA, yang juga salah seorang yang dijamin Syurga, pada zaman pemerintahannya, memandai-pandai kata Solat Tarawih berjama'ah di belakang seorang imam, merupakan bida'ah? Dan berkata 'itu adalah sebaik-baik bida'ah'. Apa ulasan tuan?

Keterangan:
Untuk merungkai persoalan ini, apa yang dimaksudkan 'semua' bida'ah itu sesat, merupakan bida'ah yang di luar batas syarak, yang juga disebut bida'ah dhalalah. Macam qasidah, kalau ia luar batas syarak, melibatkan ibadah atau ada unsur khurafat, jadi sesat. Apabila ia sekadar nashid puji-pujian yang dibenarkan syarak, maka tak sesat.

Sebab tu ada Ulama beri penjelasan kategori ada bida'ah dhalalah, ada bida'ah hasanah. Lagi contoh bida'ah hasanah ialah pembukuan Al-Quran. Pada zaman Nabi, tiada perintah membukukan Al-Quran sebagai satu kitab lengkap, tiada juga Nabi berbuat demikian pada hayatnya. Juga membariskan Al-Quran dalam mushaf, tiada dilakukan oleh mana-mana sahabat pada zaman Nabi.

Persoalan bida'ah ni memang dah berjela-jela penjelasan ada, tapi memandangkan ada Ulama yang tak setuju dan berpegang pada semua bida'ah sesat berdasarkan kefahaman secara literal, maka timbul dua kelompok Ulama yang saling khilaf antara mereka. Orang awam pening bila Ulama khilaf pendapat, sebab orang awam tak berapa faham hujjah-hujjah kedua-dua belah pihak, sebaliknya orang awam biasanya terikut aliran Ulama yang mereka ikut. Jika ada mana-mana aliran Ulama yang suka menghentam aliran kefahaman yang dia tak setuju, sedang kedua-duanya ada hujjah yang benar, dan kemudian saling sesat-menyesatkan, maka tunggu masa umat Islam BERPECAH-BELAH sebab lidah-lidah yang suka menghukum sesat ni...


Last edited by mnm77 on 26-11-2014 03:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 04:16 PM | Show all posts
obelisk posted on 26-11-2014 01:55 PM
Amaran daripada para ulama’ tentang bid‘ah:

Para ulama’, terdiri daripada para sahabat dan ...

1. Dalam kelas2 pengajian yg saya pernah pi suatu masa dulu, pernahlah kami bincang hadith ni. Dalam perbincangan tersebut, maksud hadith ni bukan mengenai menghitung2 zikir atau zikir per se. Tapi isu yg membuat Abdullah b Masud tak setuju ialah zikir tu dilakukan dalam keadaan suara kuat sampai ganggu orang lain yg sedang melakukan aktiviti utama dalam masjid iaitu solat. Seperti mana ada hadith Rasulullah melarang baca Al Quran dengan suara kuat kerana ganggu orang solat. Padahal kalau faham hadith ni secara literal, nampak macam Rasulullah larang tak bagi baca Al Quran langsung dalam masjid.

2. Of all hadith yang menganjurkan sentiasa berzikrullah, agak tidak consistent larangan zikir banyak2 di masjid seperti riwayat hadith nan satu ni.

3. Of course, tak silap saya hadith ni ada isu taraf kesahihannya. Bab ni saya tak pasti tapi taula ada.....

Sebulan dua yang lepas, dalam kelas UZAR dia refined lagi maksud bidaah yang sesat. Iaitu, sesuatu bidaah yg sesat ialah apabila ia melibatkan ibadah khusus. Contohnya, solat subuh dua rakaat ditambah jadi 4 rakaat. Puasa wajib start ramadhan dikata start syaaban.

Kalau semua nak kata yg tak dibuat rasulullah dikatakan bidaah, maka bak kata ustaz sorang ni, cakap bahasa melayu pun bidaah. Saya paling suka kisah Saidina Umar dan solat terawih berjemaah. His phrase mengenai bidaah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2014 04:19 PM | Show all posts
mnm77 posted on 26-11-2014 03:36 PM
Salam...

Nak mencelah sikit, walaupun soalan tu bukan ditujukan pada saya...hehehe...

sila tgk youtube ni

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 05:13 PM | Show all posts
obelisk posted on 26-11-2014 04:19 PM
sila tgk youtube ni

Setakat yang saya tengok video ni:

1. Tak patutla cara penceritaan orang yg dipetik oleh ustaz youtube ni. Bab agama ni, tambah2 yang melibatkan Rasulullah dan sahabat2nya, kita kena la cerita dengan bahasa yang baik2, fakta tepat dan jangan perisakan dengan elemen humour. Otak manusia wavelength x sama, processsing capacity pun tak sama, lagi nak harap output sama.

2. Dalam konteks bidaah, dalam bab solat terawih ada pandangan yg berbeza. Iaitu, memang betul, Rasululullah tak pernah berterawih. Selama hidup baginda, solat pada malam Ramadhan adalah solat qiam 8 rakaat. Maka jika kita perhalusi betul2, nak ikut kaedah Rasulullah betul2 bab solat malam pada bulan Ramadhan, maka niat solat kita sepatutnya solat qiam dan justifiably cukup sekadar 8 rakaat.

3. Saya tak mau masuk bab asal usul perkataan terawih. Sekiranya, kita nak solat malam bulan Ramadhan berniatkan terawih, maka buatlah 20 rakaat seperti yang dilaksanakan sahabat2 pada zaman Saidina Umar. Ada sahabat yang buat sampai 36 rakaat pun.


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 05:21 PM | Show all posts
obelisk posted on 26-11-2014 04:19 PM
sila tgk youtube ni

Tuan,

Kalau tuan berhujjah dengan YOUTUBE, tuan tak faham konteks soalan saya. Dah lari jauh dari isu persoalan asal yang tuan sendiri bawa.

Untuk tuan faham konteks perbincangan, harap dapat jawab soalan berikut:

APA STATUS HADITH YANG SAYDINA UMAR KATA PASAL BERJEMA'AH TARAWIH (di belakang seorang Imam) ITU SEBAIK-BAIK BIDA'AH?

Jika tuan kata hadith tu sahih, maka kenapa tuan MASIH pertikai isu SIAPA yang memandai-mandai kata ada Bida'ah yang bagus, sedangkan Saydina Umar RA sendiri ada sebut. Faham tak konteks persoalan saya?

Tuan bawa penjelasan youtube tentang 11 rakaat dan 20 rakaat, yang mana ustaz tu kata Imam Malik meriwayatkan hadith pasal 11 rakaat. Untuk pengetahuan tuan, riwayat Imam Malik pasal 11 rakaat tu pun ADA PERTIKAIAN dari muhaddithin, yang tu ustaz tu TAK SEBUT. Dan untuk pengetahuan tuan, zaman Imam Malik, Imam Malik sendiri solat 36 rakaat (asasnya 20 rakaat tambah 16 rakaat, yang mana 16 rakaat ini dari 4 kali 4 rakaat sunat tawaf). Riwayat 36 rakaat ini SAHIH diamalkan oleh penduduk Hijaz, ada tak Ulama yang kata sesat? Takkan Imam Malik pun sesat? Takkan hadith pasal 11 rakaat yang Imam Malik riwayat sendiri, Imam Malik tak ikut?

Saya bukan cakap pasal 11 rakaat, atau 20 rakaat (23 rakaat termasuk witir). Perbincangan panjang lebar di sini:
Solat Tarawih: Antara Sunnah dan Bida'ah

Persoalan saya, kalau dah Bida'ah semua sesat dari kefahaman literal hadith yang tuan pegang,  kenapa Khalifah Umar ada sebut Bida'ah pasal solat Tarawih berjamaah di masjid, di belakang seorang Imam? Saya tak masuk isu khilaf bilangan rakaat tarawih di sini.

Adakah apa yang disebut oleh Khalifah Umar itu TIDAK boleh diterima secara literal!!!??? Kalau begitu, macamana tuan boleh ambil hadith semua bida'ah tu sesat secara literal? Kaedah mana yang dipakai untuk keluarkan hukum sesat? Boleh jelaskan?

Kalau berhujjah dengan sila lihat youtube ini, atau itu, tanpa menjelaskan konteks isu yang saya bawa, bermakna tuan bukanlah berhujjah untuk menjelaskan isu sebenar, tetapi sekadar bertaqlid pada pendapat ustaz tertentu yang disebut dalam youtube.

Last edited by mnm77 on 26-11-2014 05:46 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 05:45 PM | Show all posts
mnm77 posted on 26-11-2014 05:21 PM
Tuan,

Kalau tuan berhujjah dengan YOUTUBE, tuan tak faham konteks soalan saya. Dah lari jauh da ...

Kata2 daripada siapa lebih tinggi dan lebih patut kita ikut, Umar R.A. ka Rasulullah S.A.W? kenapa nak disamakan kata2 Umar dan pesanan daripada Rasulullah?

Sedangkan dikalangan para sahabat pun ada berselisih pandangan tentang hukum, contohnya Ibnu Abbas R.A. yang membenarkan kahwin mut'ah, sahabat pula lain tak setuju... so adakah pada pendapat tuan memandangkan Ibnu Abbas membenarkan kahwin mut'ah kita pun boleh ikut fatwa Ibnu Abbas tersebut untuk berkahwin mut'ah?

Pasal ambik dari youtube tu, apa salahnya? youtube pun sumbernya ustaz jugaaaak... bukan setakat ustaz halim ja, ustaz azhar idrus, , ustadh nouman ali khan, mufti menk, dr maza, sohibus samahah dr dzulkifly pun ada ceramah youtube masing2... tak ada timbul isu lahhh

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 05:46 PM | Show all posts
Solat Tarawih Berjemaah Bukanlah Bid’ah : Umar al-Khattab r.a
Sempena bulan ramadhan yang mulia, artikel kali ini akan membincangkan satu sunnah yang hangat diperdebatkan iaitu solat tarawih. Fokus artikel kali ini ialah menjawab tohmahan syiah bahawa khalifah Umar r.a telah berbuat bid’ah dengan mensunnahkan solat tarawih secara berjemaah

Tidak dapat dinafikan, ada riwayat shahih menyatakan sebahagian sahabah bersolat di rumah mereka. Namun itu bukanlah bukti menyatakan solat berjemaah tarawih di masjid adalah bid’ah

Malangnya, syiah menohmah Umar r.a dengan mengatakan

Demi Allah ketika aku perintahkan orang-orang supaya tidak melakukan solat jama’ah di masjid pada bulan Ramadhan kecuali solat-solat fardhu dan memberitahukan kepada mereka bahawa solat sunat berjama’ah(Tarawih) adalah bid’ah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang dipihakku mulai berteriak:”Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud menghentikan kita dari melakukan solat-solat sunat Tarawih pada bulan Ramadhan.” Mereka berteriak begitu rupa sampai aku khuatir mereka akan memberontak. Sayang! Betapa menderitanya aku berada”ditangan” orang-orang yang menentangku sekuat tenaga dan mentaati pemimpin-pemimpin mereka yang “keliru” yang hanya menyeru mereka ke neraka.”[al-Kulaini, al-Raudhah mina l-Kafi, VII, hadith 21, hlm. 60-63]

Imam al Baqir dan Imam as Sadiq(as) turut ditanya tentang kebolehan melakukan solat terawih, di mana mereka menjawab dengan hadis Rasulullah(sawa):

“Sesungguhnya, menunaikan nafilah dengan berjemaah pada malam hari di bulan Ramadhan adalah BIDAAH.. Wahai manusia, jangan sesekali menunaikan solat nafilah secara berjemaah di Bulan Ramadhan..Tanpa ragu, menunaikan sedikit ibadah berdasarkan sunnah adalah lebih baik dari menunaikan ibada yang banyak tetapi merupakan bidaah.”

al-Hurr al-Amili, Wasa’il al-Shia, Jilid 8, Hal. 45

Nukilan-nukilan di atas tidak perlu dibantah kerana ia memang datang dari kitab syiah yang penuh kebencian kepada Umar r.a.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 05:46 PM | Show all posts
...sambungan..


Namun syiah juga berhujahkan hadith sunni kononnya Umar r.a sendiri mengatakan tarawih berjemaah adalah bid’ah yang baik

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدٍ الْقَارِيِّ أَنَّهُ قَالَ خَرَجْتُ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ لَيْلَةً فِي رَمَضَانَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَإِذَا النَّاسُ أَوْزَاعٌ مُتَفَرِّقُونَ يُصَلِّي الرَّجُلُ لِنَفْسِهِ وَيُصَلِّي الرَّجُلُ فَيُصَلِّي بِصَلَاتِهِ الرَّهْطُ فَقَالَ عُمَرُ إِنِّي أَرَى لَوْ جَمَعْتُ هَؤُلَاءِ عَلَى قَارِئٍ وَاحِدٍ لَكَانَ أَمْثَلَ ثُمَّ عَزَمَ فَجَمَعَهُمْ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ ثُمَّ خَرَجْتُ مَعَهُ لَيْلَةً أُخْرَى وَالنَّاسُ يُصَلُّونَ بِصَلَاةِ قَارِئِهِمْ قَالَ عُمَرُ نِعْمَ الْبِدْعَةُ هَذِهِ وَالَّتِي يَنَامُونَ عَنْهَا أَفْضَلُ مِنْ الَّتِي يَقُومُونَ يُرِيدُ آخِرَ اللَّيْلِ وَكَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ أَوَّلَهُ

Terjemahan: Daripada Abdurrahman bin Abd al-Qari, katanya: Pada satu malam di bulan Ramadan aku keluar bersama dengan Umar bin al-Khattab radhiallahu 'anh ke masjid. Di dapati orang ramai berselerakan. Ada yang solat bersendirian, ada pula yang bersolat dan sekumpulan (datang) mengikutinya. ‘Umar berkata: “Jika aku himpunkan mereka pada seorang imam adalah lebih baik.” Kemudian beliau melaksanakannya maka dihimpunkan mereka dengan (diimamkan oleh) Ubai bin Ka‘ab. Kemudian aku keluar pada malam yang lain, orang ramai bersolat dengan imam mereka (Ubai bin Ka‘ab). Berkata ‘Umar: “Sebaik-baik bid‘ah adalah perkara ini, sedangkan yang mereka tidur (solat pada akhir malam) lebih dari apa yang mereka bangun (awal malam).

Rujukan: Sahih al-Bukhari, Kitab Solat Tarawih, Bab keutamaan orang yang beribadah pada malam Ramadhan, hadith no 1871

PENJELASAN MAKSUD BID’AH YANG BAIK


Prof Madya Dr Asri Zainal Abidin, mantan mufti Perlis dan pensyarah di Universiti Sains Malaysia telah menjelaskan kenyataan ‘bid’ah yang baik’ diatas dalam bukunya Bid’ah Hasanah : Istilah yang disalah fahami

‘Berdasarkan riwayat di atas, ada yang tersalah sangka dengan menganggap ‘Umar bin al-Khattab adalah orang yang pertama memulakan Solat Tarawih secara berjamaah. Maka dirumuskan bahawa ia adalah satu perbuatan bid‘ah yang dianggap baik oleh ‘Umar. Justeru boleh membuat bid‘ah di dalam ibadah asalkan ia dilakukan dengan niat yang baik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 05:47 PM | Show all posts
...sambungan...

Sebenarnya rumusan seperti ini muncul kerana kurang membaca hadith-hadith Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah melakukan Solat Tarawih secara berjamaah dan ini jelas tertera dalam kitab-kitab hadith, seperti dalam Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim. Hadith yang dimaksudkan berasal daripada ‘Aisyah radhiallahu 'anha:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ لَيْلَةً مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ فَصَلَّى فِي الْمَسْجِدِ وَصَلَّى رِجَالٌ بِصَلاَتِهِ. فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا. فَاجْتَمَعَ أَكْثَرُ مِنْهُمْ فَصَلَّى فَصَلَّوْا مَعَهُ. فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا. فَكَثُرَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى فَصَلَّوْا بِصَلاَتِهِ. فَلَمَّا كَانَتِ اللَّيْلَةُ الرَّابِعَةُ عَجَزَ الْمَسْجِدُ عَنْ أَهْلِهِ حَتَّى خَرَجَ لِصَلاَةِ الصُّبْحِ. فَلَمَّا قَضَى الْفَجْرَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَتَشَهَّدَ ثُمَّ قَالَ: أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّهُ لَمْ يَخْفَ عَلَيَّ مَكَانُكُمْ وَلَكِنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْتَرَضَ عَلَيْكُمْ فَتَعْجِزُوا عَنْهَا فَتُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالأَمْرُ عَلَى ذَلِكَ
.
Terjemahan: Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda (menjadi makmum). Pada pagi (esoknya) orang ramai bercerita mengenainya. Maka berkumpullah lebih ramai lagi orang (pada malam kedua). Baginda bersolat dan mereka ikut solat bersama. Pada pagi (esoknya) orang ramai bercerita mengenainya. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar bersolat dan mereka ikut solat bersama.

Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan ahli. (Baginda tidak keluar) sehingga pada waktu solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, bersyahadah seraya bersabda: “Amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kalian (di masjid pada malam tadi) tetapi aku bimbang difardukan (Solat Tarawih) ke atas kalian lalu kalian tidak mampu. Hal sebegini berlaku sehingga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam wafat. (Rujuk Shahih Muslim – hadith no: 761 (Kitab solat musafir dan menqasarkannya, Bab anjuran bersolat pada malam Ramadhan)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 05:47 PM | Show all posts
...sambungan...

Dalam sebahagian riwayat al-Bukhari dan Muslim disebut: “…yang demikian berlaku pada bulan Ramadhan.” (وذلك في رمضان) [Rujuk Shahih al-Bukhari – hadith no: 2011 (Kitab Solat Tarawih, Bab keutamaan orang yang beribadah pada malam Ramadhan]

Hadith ini dengan jelas menunjukkan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah yang pertama memulakan Solat Tarawih secara berjamaah dengan satu imam. Walaubagaimanapun baginda tidak melakukannya secara berterusan, bukan kerana ia perbuatan yang salah tetapi kerana bimbang ia menjadi satu kewajipan. Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam wafat, kebimbangan ini tidak wujud lagi, maka dengan itu ‘Umar meneruskan semula Solat Tarawih secara berjamaah. Justeru ‘Umar al-Khattab bukanlah orang yang pertama memulakannya secara berjamaah.

al-Imam al-Syatibi rahimahullah menegaskan:

Renungi hadith ini. Ia menunjukkan kedudukan Solat Tarawih adalah sunat. Sesungguhnya solat baginda pada peringkat awal menjadi dalil menunjukkan kesahihan menunaikannya di masjid secara berjamaah pada bulan Ramadan. Baginda tidak keluar selepas itu adalah kerana bimbang ia difardukan. Ini tidak menunjukkan ia dilarang secara mutlak kerana zaman baginda ialah zaman wahyu dan tasyri’ (perundangan) (sehingga) ada kemungkinan akan diwahyukan kepada baginda sebagai satu kewajipan jika manusia mengamalkannya. Apabila telah hilang ‘illah al-tasyri’dengan wafatnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka ia kembali kepada asalnya. [al-Syatibi, al-I’tishom, m.s. 147]

Timbul persoalan seterusnya, mengapakah Abu Bakr radhiallahu 'anh tidak menghimpunkan orang ramai untuk melakukan Solat Tarawih secara berjamaah? Untuk mengetahui jawapannya, kita merujuk sekali lagi kepada penjelasan al-Imam al-Syatibi rahimahullah:

‘Adapun (sebab) Abu Bakr tidak mendirikannya adalah kerana salah satu daripada berikut, sama ada (pertama) dia berpendapat solat orang ramai pada akhir (malam) lebih afdal padanya dari dihimpunkan mereka dengan satu imam pada awal malam. Ini disebut oleh al-Turtusyi (الطرطشي) ataupun (kedua) disebabkan kesempitan waktu pemerintahannya untuk melihat perkara-perkara cabang seperti ini sedangkan beliau sibuk dengan golongan murtad dan selainnya yang mana lebih utama daripada Solat Tarawih. [al-Syatibi, al-I’tishom, m.s. 147-148]

Timbul persoalan kedua, kenapakah ‘Umar al-Khattab radhiallahu 'anh menggelar hal tersebut sebagai satu bid‘ah? Sekali lagi, penjelasan al-Imam al-Syatibi rahimahullah menjadi rujukan:

‘Dia menamakannya bid‘ah hanya disebabkan pada zahirnya kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah meninggalkannya dan sepakat pula ia tidak berlaku pada zaman Abu Bakr radhiallahu 'anh. Ia bukanlah bid‘ah pada makna (syarak). Sesiapa yang menamakan bid‘ah disebabkan hal ini, maka tiada perlu perbalahan dalam meletakkan nama. Justeru itu tidak boleh berdalil dengannya untuk menunjukkan keharusan membuat bid‘ah’[Ibid]

Jelaslah ucapan ‘Umar bukanlah merujuk kepada bid‘ah yang dilarang oleh syarak tetapi merujuk kepada bid‘ah yang dimaksudkan dari segi bahasa atau keadaan. Ini kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah melakukan Solat Tarawih secara berjamaah lalu berhenti disebabkan faktor penghalang yang dinyatakan tadi.

Apabila faktor penghalang telah hilang, maka ‘Umar menghidupkannya semula. Justeru itu beliau menamakannya bid‘ah. Perkataan bid‘ah yang digunakan oleh ‘Umar radhiallahu 'anh hanya merujuk pada segi bahasa, tidak pada segi syarak. Dari segi syarak, ia adalah Sunnah kerana merupakan sesuatu yang pernah berlaku sebelumnya pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Penjelasan cemerlang oleh Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin di atas sudah memadai bagi menjawab tohmahan syiah. Buku beliau Bid’ah Hasanah : Istilah yang disalah fahami boleh dibaca versi e-book disini

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/BidahHasanah/index.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2014 05:48 PM | Show all posts
...sambungan...

Riwayat-riwayat solat tarawih berjemaah dalam kitab-kitab syiah

Biarpun syiah imamiyah berpandangan solat tarawih tidak dilakukan secara berjemaah, terdapat juga riwayat-riwayat sahih (disisi mereka) dalam kitab mereka yang berpandangan selari dengan riwayat ahlu sunnah

Riwayat-riwayat ini tidak bernilai disisi ahlu sunnah cumanya ia dinukil sebagai bukti bahawa solat tarawih berjemaah bukanlah bid’ah seperti yang didakwakan mereka

محمّد بن يعقوب، عن علي بن إبراهيم، عن محمّد بن عيسى، عن يونس، عن أبي العبّاس وعبيد بن زرارة، عن أبي عبدالله ( عليه السلام ) قال: كان رسول الله ( صلى الله عليه وآله ) يزيد في صلاته في شهر رمضان، إذا صلّى العتمة صلّى بعدها، فيقوم الناس خلفه فيدخل ويدعهم، ثمّ يخرج أيضاً فيجيئون ويقومون خلفه فيدخل ويدعهم مراراً. قال: وقال: لا تصلّ بعد العتمة في غير شهر رمضان.

Terjemahan: Muhammad bin Ya`qub dari Ali bin Ibrahim dari Muhammad bin Isa bin `Ubaid dari Yunus bin Abd ar-Rahman dari Abul-`Abbas dan `Ubaid bin Zurarah dari Abu `Abdillah a.s katanya, ‘Rasulullah pernah menambah solatnya ketika Ramadhan, ketika dia bersolat Atamah (solat Isya') maka dia akan menambah solat selepas itu, maka manusia bangun untuk solat) di belakangnya, lalu dia masuk (ke rumah) dan meninggalkan mereka. Kemudian dia keluar lalu manusia datang dan berdiri di belakangnya, dia masuk dan meninggalkan.membiarkan mereka sekali lagi. Lalu dia bersabda; Jangan kamu solat selepas Atamah (Isya') di dalam bulan lain selain Ramadhan.

Rujukan: Wasail Shia karya Hurr al-‘Amili, Bab kesukaan solat nafilah bulan ramadhan, hadith no 10022

Hadith semakna hadith ini juga diriwayatkan dalam banyak kitab syiah yang lain seperti Tahzib al-Ahkam, al-Istibsar dan lain-lain

Syiah menolak penafsiran hadith ini dengan mengatakan nabi tidak berjemaah dengan mereka sebaliknya nabi sentiasa kembali ke rumah baginda apabila mereka berkumpul. Bahkan dalam riwayat syiah yang lain mengatakan nabi akan pulang ke rumah apabila takbir dilaungkan oleh jemaahnya. Mereka juga mengatakan ia adalah tahajjud dan bukannya tarawih

Bagi ahlu sunnah hadith ini jelas menunjukkan berjemaah untuk tarawih bukanlah sesuatu yang haram atau bid’ah. Ini kerana jika ia dilarang nescaya baginda s.a.w akan melarangnya dengan keras. Larangan baginda sallahu a’laihi wassalam tidak pernah terdapat dalam hadith-hadith sunni. Bahkan telahpun dijelaskan sebab mengapa baginda tidak berterusan melakukannya.

Selain itu, boleh saja baginda beberapa malam yang awal baginda bersolat bersama dengan makmumnya dan meninggalkannya apabila mereka berjumlah ramai. Ketika baginda meninggalkan mereka, boleh saja dikalangan mereka ada yang bertakbir.

Ulama ahlu sunnah sendiri menyatakan istilah ‘tarawih’ tidak wujud pada zaman awal maka istilah qiyam ramadhan itu sebenarnya merupakan solat tarawih.

Kesimpulan
Tindakan Umar al-Khattab bukanlah suatu bid’ah kerana ia pernah dilakukan di zaman baginda s.a.w. Tindakan baginda untuk tidak berterusan berjemaah adalah kerana kekhuatiran kefarduan ibadah terawikh yang mengakibatkan kesusahan ummatnya. Solat tarawih tidaklah wajib dilakukan berjemaah dan ia tidaklah bid'ah

Riwayat syiah sendiri juga membuktikan bahawa solat tarawih berjemaah juga berlaku pada zaman baginda sallahu a’laihi wassalam

Maka menohmah Umar r.a adalah tindakan yang batil

Ambilan : http://titian-sebenar.blogspot.c ... bukanlah-bidah.html
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 05:49 PM | Show all posts
obelisk posted on 26-11-2014 05:45 PM
Kata2 daripada siapa lebih tinggi dan lebih patut kita ikut, Umar R.A. ka Rasulullah S.A.W? kenapa ...

Masih tak faham SOALAN saya nampaknya.

Memang saya akui kata-kata Rasulullah SAW yang lebih tinggi. Dan tuan pun kena faham, masalah tarawih bilangan rakaat tarawih tu isu khilaf, bukannya bermakna secara pasti Nabi tak pernah buat tarawih 20 rakaat. Ada riwayat, cuma riwayat tu ada pertikaian. Pasal 11 rakaat pun ada pertikaian.

Berbalik kepada isu apa yang disebut oleh Khalifah Umar RA...Adakah tuan MENYESATKAN Khalifah Umar, atas sebab kefahaman tuan SEMUA BIDA'AH SESAT? Na'uzubillah....

Sila jelaskan.

Adakah tuan menyesatkan Imam Malik juga? Sebab beramal tarawih 36 rakaat?

**riwayat Umar RA tu BUKAN dari kitab Syiah, harap jangan lari topik.

Sedangkan dikalangan para sahabat pun ada berselisih pandangan tentang hukum, contohnya Ibnu Abbas R.A. yang membenarkan kahwin mut'ah, sahabat pula lain tak setuju... so adakah pada pendapat tuan memandangkan Ibnu Abbas membenarkan kahwin mut'ah kita pun boleh ikut fatwa Ibnu Abbas tersebut untuk berkahwin mut'ah?

Maka, jika ada selisih pendapat, kenapa tuan tak boleh terima yang frasa SETIAP BIDA'AH ITU SESAT, ada penjelasan yang berbeza dari Ulama, bukan semua orang ambil secara literal...

Pasal ambik dari youtube tu, apa salahnya? youtube pun sumbernya ustaz jugaaaak... bukan setakat ustaz halim ja, ustaz azhar idrus, , ustadh nouman ali khan, mufti menk, dr maza, sohibus samahah dr dzulkifly pun ada ceramah youtube masing2... tak ada timbul isu lahhh

Tak salah ambik dari youtube, tapi saya ulas isu lain, tuan beri youtube yang cakap pasal benda lain! (tak menjawab persoalan, walaupun ada tempias isu bida'ah)

Last edited by mnm77 on 26-11-2014 06:01 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 06:05 PM | Show all posts
obelisk posted on 26-11-2014 05:46 PM
...sambungan..

Sila jelaskan:

Namun syiah juga berhujahkan hadith sunni kononnya Umar r.a sendiri mengatakan tarawih berjemaah adalah bid’ah yang baik

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدٍ الْقَارِيِّ أَنَّهُ قَالَ خَرَجْتُ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ لَيْلَةً فِي رَمَضَانَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَإِذَا النَّاسُ أَوْزَاعٌ مُتَفَرِّقُونَ يُصَلِّي الرَّجُلُ لِنَفْسِهِ وَيُصَلِّي الرَّجُلُ فَيُصَلِّي بِصَلَاتِهِ الرَّهْطُ فَقَالَ عُمَرُ إِنِّي أَرَى لَوْ جَمَعْتُ هَؤُلَاءِ عَلَى قَارِئٍ وَاحِدٍ لَكَانَ أَمْثَلَ ثُمَّ عَزَمَ فَجَمَعَهُمْ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ ثُمَّ خَرَجْتُ مَعَهُ لَيْلَةً أُخْرَى وَالنَّاسُ يُصَلُّونَ بِصَلَاةِ قَارِئِهِمْ قَالَ عُمَرُ نِعْمَ الْبِدْعَةُ هَذِهِ وَالَّتِي يَنَامُونَ عَنْهَا أَفْضَلُ مِنْ الَّتِي يَقُومُونَ يُرِيدُ آخِرَ اللَّيْلِ وَكَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ أَوَّلَهُ

Terjemahan: Daripada Abdurrahman bin Abd al-Qari, katanya: Pada satu malam di bulan Ramadan aku keluar bersama dengan Umar bin al-Khattab radhiallahu 'anh ke masjid. Di dapati orang ramai berselerakan. Ada yang solat bersendirian, ada pula yang bersolat dan sekumpulan (datang) mengikutinya. ‘Umar berkata: “Jika aku himpunkan mereka pada seorang imam adalah lebih baik.” Kemudian beliau melaksanakannya maka dihimpunkan mereka dengan (diimamkan oleh) Ubai bin Ka‘ab. Kemudian aku keluar pada malam yang lain, orang ramai bersolat dengan imam mereka (Ubai bin Ka‘ab). Berkata ‘Umar: “Sebaik-baik bid‘ah adalah perkara ini, sedangkan yang mereka tidur (solat pada akhir malam) lebih dari apa yang mereka bangun (awal malam).

Rujukan: Sahih al-Bukhari, Kitab Solat Tarawih, Bab keutamaan orang yang beribadah pada malam Ramadhan, hadith no 1871

Ini bukan isu Syiah, tolak ke tepi isu Syiah. Jangan ikut penjelasan mereka. Sekarang SILA JELASKAN yang saya garis di atas. Kalau ikut kefahaman literal, apa maksudnya?

Kemudian kalau tuan ikut kefaham literal semua bida'ah sesat, tuan akan PENING TAK SUDAH!



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 06:14 PM | Show all posts
mnm77 posted on 26-11-2014 05:49 PM
Masih tak faham SOALAN saya nampaknya.

Memang saya akui kata-kata Rasulullah SAW yang lebih tin ...

Apa pun saya tetap berpegang teguh pada pesanan Nabi S.A.W dalam hadis sahih yang mengatakan semua bidaah sesat. Kalau tuan naknak berpegang pada hadis Nabi tersebut terpulang pada tuan, itu tuan jawab sendiri depan Allah kelak.

Tak perlu juga tuan nak menimbulkan soalan2 provokasi yang menunjukkan saya seolah-olah hendak menyesatkan sahabat dan imam muktabar. Saya ini kerdil dan mereka lebih tinggi derajatnya daripada saya dan tuan, malahan Saidina Umar dijamin masuk syurga. Sudah tentu mereka ada sebab tertentu untuk berkata or berbuat sesuatu...

Sebagai seorang umat Islam, lebih baik kita berpegang teguh pada Kitabullah dan pesanan Nabi S.A.W dalam hadis2 yang sahih, bukan timbulkan isu yang boleh membawa kepada perpecahan umat. Kerana suka sangat ikut bidaahlah umat Islam berpecah-belah. Oleh itu hindari apa saja bentuk bidaah. Pesanan Nabi kita ikut. Jangan dok nak celarukan ummah saja dengan membuat tuduhan sahabat berbuat bidaah. Itu saja ingatan saya. Wallahu'alam.  

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.774315 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list