Ada nampak artikel ni.... saya nak g date Sabtu ni... rase-rase boleh pakai ke?
1. Wanita sentiasa berhias seperti dia ingin ke anugerah. Padahal kebiasaannya dia lah yang paling biasa sekali. Dirumah jangan cakap la. Memang terkangkang je. 2. Lelaki pertama kali berdating berpakaian ala kadar. Bukan salah berpakaian ala kadar tetapi oleh kerana ingin berjumpa dan bertemu dengan wanita yang mungkin boleh menjadi penyeri rumah tangga. Penampilan sangat dititik beratkan oleh wanita. Kalau hanya berselipar dan memakai tshirt. Perempuan akan fikir lelaki ini mungkin tidak serius dalam menjalinkan hubungan. 3. Wanita sangat menjaga kelakukan. Bukan nak kata salah menjaga kelalukan tetapi kadang kala bila wanita terlalu menjaga kadang-kadang terkantoi sifat kepura-puraan. Jadi lelaki sangat lah peka jika sifat perempuan itu dibuat-buat. Sebagai contoh, jika lelaki sedang bercerita sesuatu yang lawak, walhal pada wanita lawak itu bukanlah lawak sangat dan untuk menjaga hati wanita tersebut ketawa terbahak-bahak. Tak ke kantoi macam tu? 4. Lelaki selalu sangat bermegah bercerita tentang itu ini, seolah- olah dia lah yang menjaga dunia ini. Dari cerita kutub utara sehinggakan kisah agama, seperti semua dalam poket lelaki itu. Sebenarnya, kan lebih molek jika lelaki berterus terang, jika tidak tahu, mengenai sesuatu topik kan boleh je berterus terang.
Korang rasa cemane? suggestion please...
|