Zain Saidin Tak Halang Anak Masuk Kelab Malam
ISU & KONTROVERSI
Pejam celik pejam celik, tinggal lagi beberapa minggu je lagi pasangan sensasi Rozita Che Wan dan Zain Saidin akan menimang cahaya mata perempuan mereka.
Pantasnya masa berlalu kan! Kami tengok foto baby bump Che Ta kemain comel lagi. Bertambah seri wajah Che Ta sejak mengandung ni.
Tapi, nampaknya pasangan ini memang tak boleh lari dari kontroversi. Hmm, belum habis peminat bising kerana baby shower ala budaya barat, timbul pula bisik-bisik anak sulung Che Ta iaitu Ammar sering ke kelab malam. Namun, ternyata pasangan suami isteri ini sangat sporting dalam mendidik anak-anak. Zain Saidin yang kami temui ketika majlis Tandatangan Zain Saidin Sebagai Model Hot Perfume semalam, nampak tenang je bila kami ajukan soalan ni.
Kata Zain, dia tidak menghalang anaknya untuk ke kelab malam asalkan dia (Ammar) tahu menjaga diri dan tak terlibat dalam perkara yang merosakkan.
Memang dia ada perasaan ingin tahu untuk mencuba,jadi dia kena belajar dari pengalaman dia sendiri. Dia pergi pun atas pengetahuan. Ini proses dia membesar. Jadi, dia rasa nak masuk club, dah cukup umur masuklah, kalau tak menghalang dari segi undang-undang atau agama tak apalah. Janji tak keluar surat khabar ke apa, yang penting dia kena jaga nama dia dan elakkan dari benda negatif. Kalau kita halang macam mana pun, kalau dia nak dia akan buat. Lagi dihalang, lagi dia nak buat. Jadi, diorang kena lalui sendiri, kalau dia salah langkah, kita kena faham sebab itu proses dia membesar. Nama dia yang kena dijaga selain kita sebab kalau apa-apa jadi dia sendiri yang akan kena hentam. Kalau dia buat apa-apa pun, dia tau had dia. So, it’s better to support, so they will always come to us dari dia sorok-sorok.
Giteww jawapan Zain. Nampaknya Zain sendiri meletakkan kepercayaan yang tinggi pada anak-anaknya. Tak mengapalah asalkan anak-anak tak melampaui batas kan?
Kata Zain lagi, anak-anak Che Ta amat senang berkongsi apa saja dengannya dan kadangkala selalu juga mereka minta nasihat Zain tau! Iyalah, melihat pada peribadi Zain, mungkin dia memahami kehendak anak-anak. Man talk gitew! Apa-apa pun Ammar akan tanya pada I, dia selesa, jadi kalau apa-apa pun I tahu apa yang patut I ceritakan dan yang tak patutlah. Kalau dia tanya I akan jawab, I’m very honest dengan dia. Kita kena open dengan anak-anak, bila kita percaya dengan dia, dia akan percaya kita. Itu satu benda yang Che Ta ada dengan anak-anak dia. Ada respect dan had apa yang boleh dan tak boleh dilakukan.
Kalau dah sampai begitu sekali kepercayaan ibu bapa, kami harap anak-anak Che Ta dan Zain pandai-pandailah jaga diri. Iyalah, dah nama pun anak selebriti terkenal, setiap gerak geri orang akan pandang. Betul tak?
Apapun, ni kami siarkan foto-foto terbaru Che Ta dan Zain. Bahagia sungguh. Jom tengok!
Last edited by maxim on 5-10-2014 10:41 AM
|