View: 9916|Reply: 71
|
[Jenayah]
Akak Berlegging Rimau Dan Abang Tak Berbaju Bincang Soal Kahwin
[Copy link]
|
|
Suami orang dicekup bersama janda di sebuah hotel yang diubah suai di Simpang Kuala
ALOR SETAR - Umpama berada di sebalik tirai besi! Begitulah gambaran tepat keadaan antara salah satu dari 26 bilik hotel bajet di Simpang Kuala, dekat sini, apabila dipasang geriji besi, malah dikunci dari luar.
Tinjauan mendapati keadaan bilik seolah-olah dalam penjara kerana mangganya dikunci di luar dan memberi peluang pasangan kekasih melampiaskan nafsu serakah mereka.
Malah, anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) perlu membuka kunci dari luar bilik ketika melakukan operasi bersempena Hari Malaysia di kediaman tersebut.
Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, taktik mengunci bilik dari luar sedemikian seolah-olah ingin mengaburi mata penguat kuasa.
“Apabila bilik dikunci dari luar, manakala motosikal disembunyikan dalam bilik motel seolah-olah kelihatan tiada orang, sedangkan pasangan berkenaan sedang seronok bermadu kasih dalam hotel diubah suai itu.
“Dalam serbuan terbabit, pihak kami mendapati seorang janda berusia 22 tahun ditahan bersama pasangannya, mekanik yang juga suami orang berumur 24 tahun,” katanya.
Menurutnya, pasangan kekasih dari Pendang ini memberi alasan bertemu hanya kerana ingin membincangkan mengenai perkahwinan mereka memandangkan hasrat tidak dipersetujui si isteri .
"Tetapi ketika serbuan, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan tidak berbaju, manakala pasangan wanita lengkap pakaian menyembunyikan diri dalam bilik air.
“Turut ditahan, dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) wanita bersama pasangan masing-masing, kontraktor dan kerani dalam operasi jam 11 malam hingga 3 pagi itu,” katanya.
Katanya, antara alasan dicipta mereka adalah menemani pasangannya belajar dan membincangkan hal perkahwinan mereka dalam bilik hotel terlibat.
"Ada pasangan didapati hanya berkenalan melalui laman sosial seperti Facebook, WeChat ataupun WhatsApp sebelum mengambil keputusan bertemu.
Oleh itu, katanya, dia meminta ibu bapa sentiasa memantau pergaulan dan pergerakan anak mereka.
"Pihak kami akan menjalankan pemeriksaan dari masa ke semasa di hotel terlibat demi memastikan kes sedemikian berkurangan," katanya.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/asmara-di-sebalik-tirai-besi-1.317486
|
|
|
|
|
|
|
|
Alahai kerana poen je korang masuk paper ... hmmm apalah nak jadik dgn nagaraku ini. |
|
|
|
|
|
|
|
janda umo 22?
laki org umo 24?
alahaiiiiii
aku assume laki org tu baru 2-3 tahun kawin |
|
|
|
|
|
|
|
legging rimau hahahahahaha
aummmmmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
nokarammm janda muda... cik ainonnn janda mudaaa |
|
|
|
|
|
|
|
sapa tau..kalo kena cekup gini bini depa diberitahu ke yek..?
|
|
|
|
|
|
|
|
memacam hal.....dah suka sama suka..kawin laa lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
nak bincang pasal kawin ke nak main kawin2 ni? |
|
|
|
|
|
|
|
nak bincang pasai kawen atas tilam yea? |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu laa org dok pandang serong dgn akak2 jand nih... pasal mende2 camni laa...
|
|
|
|
|
|
|
|
best kan bincang kawin siap ada katil lagi
mesti nak test drive dulu |
|
|
|
|
|
|
|
"cukuplah berbincang pasal kawin, kita kawin teruslah dkt hotel ni" |
|
|
|
|
|
|
|
Baju laki tu kene sembunyik dek bonian kot. |
|
|
|
|
|
|
|
mana la orang tak pandang serong kat janda..
kesian betul |
|
|
|
|
|
|
|
sebaya saya itu lelaki, huhu.... |
|
|
|
|
|
|
|
ade mengenali seorg janda muda bergetah yg agak gedik...
kawen pas spm..pas beranak cerai...
ade kes tangkap khalwat gak sepanjang bergelar M J ni...
haih..ape laa... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pasal semua janda dicop begitu..ni la akibatnya gara nila setitik, rosak susu sebelanga.
Ini tidak adil. |
|
|
|
|
|
|
|
huiyooo, 22 tahun da janda ko dik..
pastu pi menggatal kat laki orang,
sat gi bini dia plak yang menjanda disebab kan ko..
yang laki orang tu pun lahai,
amboi, nak bincang pasal kawin konon,
baru 24, ada hati da nak berpoligami.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|