CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15130|Reply: 52

Erin Malek Anggap Sikap Manja Dengan Tunang Adalah Normal

[Copy link]
Post time 15-9-2014 09:37 AM | Show all posts |Read mode


[size=0.75em]Erin Malik sudah mula edar kad jemputannya.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Pelakon Erin Malek menganggap sikap dan kelakuan manja dengan tunangannya Farriz Fauzy, 30, adalah perkara normal seperti yang dilakukan oleh pasangan kekasih yang lain.
[size=0.98em]Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, berkata, status selebritinya membuatkan segala tindak tanduk yang dilakukan lebih menjadi perhatian lebih berbanding pasangan lain.

"Kami seperti pasangan bercinta yang lain sahaja, cuma mungkin mereka bukan selebriti jadi tidak diberi perhatian, lagipun apa salahnya saya manja dengan tunang saya.

"Bila dah dekat-dekat dengan tarikh kahwin ini ada-ada sahaja cerita buruk yang keluar dan saya anggap ia dugaan sahaja," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

[size=0.75em]Erin bersama tunangnya Farriz Fauzy sudah bersedia dengan ujian yang datang sebelum bergelar suami isteri.





Erin berkata demikian ketika diminta mengulas sebuah gosip diruangan pojok yang mendakwa dia dan pasangannya Farriz Fauzy berkelakuan manja 'sakan' hingga mengundang rasa tidak selesa orang ramai yang menghadiri sebuah acara Matta Fair minggu lalu.

Menurut laporan itu, Erin juga tidak menghiraukan sapaan yang dibuat oleh penulis ruangan pojok itu, malah bertindak lebih romantik apabila menerima teguran itu.  

Jelas Erin, dia tidak pernah bersikap sombong dan tidak menghiraukan teguran daripada mana-mana pihak terutama orang yang dikenalinya.

Katanya, kemungkinan keadaan orang ramai yang bersesak-sesak di acara tersebut juga membuatkan dia kurang menyedari mana-mana teguran yang ditujukan kepadanya.

"Mana mungkin saya buat tidak tahu sahaja kepada orang yang menegur saya, terutama orang yang saya kenal. Mungkin saya tidak dengar ketika itu.

"Situasi di Matta Fair tempoh hari terlalu ramai orang, sehingga hendak jalan pun susah," ujarnya.

Dalam pada itu, Erin menganggap tuduhan tersbeut sebagai salah satu ujian kepadanya dalam menghitung detik bahagia bergelar isteri pada 9 Oktober depan.
[size=0.98em]Jelas Erin, dia enggan melayan dan memperbesarkan khabar angin buruk itu bagi mengelakkan daripada memberi tekanan kepada kedua-dua mereka menjelang hari perkahwinan tersebut.

"Saya sudah tahu akan ada cerita-cerita seperti ini, jadi saya awal-awal saya dan Farriz sudah bersedia tentang perkara-perkara buruk yang bakal kami hadapi."

"Saya tidak mahu ambil peduli sangat kerana tidak mahu ia akan memberi tekanan kepada kami banyak lagi yang perlu diuruskan," katanya.



[size=0.98em]Pasangan Erin dan Farriz  mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 21 Jun lalu selepas empat bulan mengenali lelaki tersebut.

Sementara itu, Erin berkata, persiapan perkahwinannya sudah hampir siap dan dia kini mula mengedarkan kad undangan perkahwinanya kepada rakan-rakan terdekat.

Majlis pernikahannya akan berlangsung pada malam Jumaat, 9 Oktober depan di Hotel Intercontinantal, di Kuala Lumpur.

Manakala majlis resepsi diadakan keesokan hari diadakan di lokasi yang sama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2014 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Huntung dia ni..eina azman yg kedua...cuma xde datin...tahniah lah semoga brbahagia...ayah dia kena behave la sikit dh berbesan dgn kluarga somebody...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 10:01 AM | Show all posts
mcm shah jazle pn ade
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 10:23 AM | Show all posts
Normal ye bermanja-manja dgn tunang? Manja halal or manja tidak halal? Selebriti or nonselebriti hukumnye sama saja
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga berbahagia...     
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 11:11 AM | Show all posts
muka kekasih ade iras2 shah jazle
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2014 11:23 AM | Show all posts
baru 20 thn rupernya erin ni...kehkehkeh....tunang dia muka baby face....tak mcm 30 thn....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka erin mcm pasha la..cantekk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2014 11:41 AM | Show all posts
kaya...ensem... berdarjat
haruslah dimanjai



cuba kalu biasa2.... muka bolehla asal buruk....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 11:48 AM | Show all posts
umur 20?nampak macam 30.tunang dia lak nampak macam 20
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 11:53 AM | Show all posts
aik...ingat shah jazle tadi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk manja pn jgn la kt matta fair.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 12:04 PM | Show all posts
ni ke couple yang teka teki kat thread sblm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 12:16 PM | Show all posts
misskitty posted on 15-9-2014 12:04 PM
ni ke couple yang teka teki kat thread sblm ni...

thred yg mana satu...tajuk...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Rambut die cantek
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 01:08 PM | Show all posts
retnoel posted on 15-9-2014 11:38 AM
Muka erin mcm pasha la..cantekk..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2014 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ppuan kalau kuat pakai mekap mmg muka cpt tua...kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 01:42 PM | Show all posts
erin ni sangat lawa
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 01:55 PM | Show all posts
Dengar cerita..bakal dapat hantaran Vellfire satu, Valkswagen satu..CRV satu..huntunglaaaaa badan.. Rejeki murah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
NHolmes posted on 15-9-2014 01:08 PM

Hehe..thnk uols..mmg seiras dorang ni..cm pasha bam bam sket..mak orang..leh blakon jd mommy n doter
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.078262 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list