|
Perasaan cinta yang masih utuh satukan mereka kembali sebagai suami isteri
Alhamdulillah! Pasangan artis popular, Adam AF2 dan Fiza (Elite) yang bercerai pada 28 April lalu telah kembali rujuk pada 17 Julai lalu bersamaan 19 Ramadan.
Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, memberitahu B*Pop, Selasa lalu, mereka pergi ke pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam pada jam 11 pagi untuk pendaftaran rujuk semula perkahwinan mereka.
Sebelum ini, dunia hiburan menjadi gempar apabila mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam setelah tujuh bulan berkahwin.
Mereka bernikah pada 26 September tahun lalu di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shah Alam selepas berkenalan dua bulan. Perkenalan mereka bermula pada Ramadan tahun lalu.
Mereka menganggap apa yang telah berlaku dalam rumah tangga mereka sebagai ujian dan takdir Allah. Last edited by SenahMontanah on 10-8-2014 08:48 AM
|
|