View: 4135|Reply: 23
|
[Jenayah]
Mangsa lacur dikurung
[Copy link]
|
|
Anggota polis memeriksa premis mangsa pemerdagangan manusia yang dilacur sebelum diselamatkan di Taman Seri Krubong, Krubong, Melaka.
Melaka Tengah: Seorang wanita tempatan yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia, diselamatkan polis ketika dikurung di sebuah premis di Taman Seri Krubong, di sini semalam.
Mangsa berusia 22 tahun dan berasal dari Perak, ditinggalkan seorang diri di tingkat atas premis dua tingkat itu yang dikunci dari luar di bahagian bawah.
Dia turun ke premis di tingkat bawah sebelum meminta bantuan orang ramai yang melalui kawasan itu, kira-kira jam 2.30 petang semalam.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman, berkata pihaknya yang menerima panggilan daripada orang awam, menghantar sepasukan anggota ke lokasi dan berjaya menyelamatkan mangsa selepas memo-tong pintu jeriji besi premis berkenaan.
Tak diberi makan
“Wanita terbabit mendakwa dibawa menaiki kereta dari tempat tinggalnya di Rembia, Alor Gajah oleh dua lelaki, kira-kira jam 10 malam tadi (kelmarin) ke rumah kedai berkenaan. Dia juga mendakwa dilacurkan kepada tiga lelaki sebelum ditinggalkan berseorangan di premis berkenaan.
“Ketika ditemui, wanita itu dalam keadaan letih kerana mendakwa tidak diberi makan sepanjang dikurung,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian ko dik, baru teringat kat mak ayah agaknyer..... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya.. kena tipu mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannyer...
menakutkan sekarang ni...
ramai sgt penjahat, perompak, penculik & segala yg sewaktu dgn nya..
x tahu siapa yg baik..
nak hidup, nak bebas bergerak pun susah..dlm berhati hati pun kdg2 mcm2 boleh terjadi..
smoga dijauhkan...
|
|
|
|
|
|
|
|
haryatie posted on 9-7-2014 08:40 AM
kesiannyer...
menakutkan sekarang ni...
ramai sgt penjahat, perompak, penculik & segala yg sewaktu ...
Ye betul sngt... kemana2 je kena aware.. |
|
|
|
|
|
|
|
nist02 posted on 9-7-2014 10:57 AM
Ye betul sngt... kemana2 je kena aware..
dunia yg kita hidup sekrang dah byk berubah
ramai yg jahat dari baik
|
|
|
|
|
|
|
|
saper yg bawak dia? mcm mana dia leh ikut?
dia dok kat rembia, dia tinggal dgn saper
makin ramai org jahat dan berniat x baik dimasa kini |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali ko keluar la memalam ikut jantan lain pulak ...
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai tipah tertipu di alam fana cinta |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian...seharian x diberi makan...lagi plak kalo kena toron..lagi dh guna kudrat...
abam yg x sahur smlm ni pun dh goyang... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya...sape la yang perangai jahanam buat macam tu??? |
|
|
|
|
|
|
|
rembia dgn krubong tak jauh..dekat la jugak jaraknya... dari berita macam mangsa mengenali lelaki tu..senang2 ikut dari rumah dia..
Last edited by Z77 on 9-7-2014 12:01 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
berhati2 lah sume perempuan di luar sana... |
|
|
|
|
|
|
|
underworld semakin berleluasa kot |
|
|
|
|
|
|
|
ENAM DITAHAN BERHUBUNG KES MANGSA ROGOL DITINGGALKAN DI PREMIS BERKUNCI
Melaka, 9 Julai - Pasangan suami isteri antara enam individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes wanita mangsa rogol yang ditinggalkan di premis berkunci di Taman Seri Krubong di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata suami isteri berusia 32 dan 26 tahun yang dipercayai dalang kes terbabit ditahan di dua lokasi berasingan bermula 6.40 petang semalam.
"Lelaki tersebut ditahan di pekan Rembia, Alor Gajah manakala isterinya menyerah diri di Balai Polis Rembia beberapa jam selepas penahanan suaminya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu memiliki dua rekod jenayah lampau melibatkan ugutan jenayah dan dadah.
Katanya empat lagi lelaki berusia 55 hingga 62 tahun kemudian ditahan bagi membantu siasatan dengan dua daripadanya masing-masing menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah dan Balai Polis Rembia manakala dua lagi ditahan di rumah mereka di Taman Seri Krubong dan Durian Tunggal.
Salehhudin berkata kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670).
Dalam kejadian itu, mangsa bertindak meminta pertolongan orang awam setelah dia tidak dapat melarikan diri berikutan pintu pagar premis itu berkunci.
Mangsa yang berasal dari Perak dibawa ke premis itu oleh dua lelaki yang baru dikenali sebulan lepas dari rumah sewanya di Rembia dengan menaiki kereta sebelum dirogol tiga lelaki lain kira-kira 10 malam Isnin - BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
gaara_X posted on 9-7-2014 08:29 AM
mmg nak pun......
see... pemikiran masyarakat caprut... tak pernah pi oberc |
|
|
|
|
|
|
|
baru kenal,dah berani ikut..mendapat la.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|