View: 9547|Reply: 92
|
[Tempatan]
Ibu Restu Felicia Masuk Islam
[Copy link]
|
|
Ibu Restu Felicia Masuk Islam
By Mohamad C.W July 3, 2014 : 1:36 pm
KUALA LUMPUR 3 Julai – Model Felicia Yeap, 28, menganggap hari ini adalah hari kelahiran semula dirinya setelah menganut agama Islam secara rasmi dengan mengucap dua kalimah syahadah.
Hari ini bukan hanya hari lahir saya (ulang tahun), tetapi hari kelahiran semula saya. Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang. Pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup, saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi. 3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadan 1435,” kata Felicia berkongsi perasaan dalam laman Fanpage Felicia Yeap.
Berkongsi tentang penghijrahannya kepada agama Islam juga, menurut Felicia, dia sangat bertuah kerana mendapat sokongan keluarga dalam penghijrahannya untuk memeluk agama Islam, terutamanya ibu yang melahirkannya.
Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila dia, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tidak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya, tidak membantah.
Malah, ibu merestui keputusan ini apabila saya memberitahunya yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya. Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik,” tulis Felicia lagi.
Bekas model majalah Playboy itu dikatakan bakal mengucap syahadah di satu lokasi yang dirahsiakan kepada pihak akhbar, di sini, sekitar pukul 11 pagi ini.
Sebelum ini, menurut Felicia, dia tidak menganut sebarang agama kerana dibesarkan dalam keluarga yang tidak mempercayai sebarang agama.
Tidak ada apa-apa bimbingan agama, cuma berbekalkan nasihat daripada ibu saya iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.
Dalam pencariannya sebelum memeluk Islam, dia pernah ke gereja Katolik setiap petang Ahad, dalam tempoh selama dua tahun. Dia juga pernah cuba memahami agama Kristian, selain mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.
Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan. Hati saya tidak pernah rasa tersentuh. Saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih reda, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dalam hidup yang serba sederhana,” katanya yang mula mengenakan tudung kepala semenjak lebih enam bulan lalu. – UTUSAN ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Aliza Kim
|
|
|
|
|
|
|
|
Alahai....byk nye thread si Felixia ni,.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa saya bercinta dengan dia kat sekolah rendah dulu, saya suka tarik rambutnya. Dia pun suka. |
|
|
|
|
|
|
|
kenarikelabu posted on 3-7-2014 04:34 PM
Alahai....byk nye thread si Felixia ni,..
hari ne kan hari kelahiran semula felixia
|
|
|
|
|
|
|
|
bila ada seekor macam felixia yeap masuk islam, pasti ada orang low self-esteem terasa macam kena loteri. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulilah..smga lebih ramai yg mendapat hidayah.. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 3-7-2014 04:38 PM
Masa saya bercinta dengan dia kat sekolah rendah dulu, saya suka tarik rambutnya. Dia pun suka.
Sumenya awak..td thread spiderman malaysia pun awak. Masa bercinta kat skolah pun awak jugak. Chet !! |
|
|
|
|
|
|
|
Dapat bf kerabat selangor mau tak convert..hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 4-7-2014 11:01 PM
Saya suka makan asam laksa, roti canai, nasi ayam, ayam masak merah. Minuman kesukaan saya ialah k ...
Dah mcm amran fans plak awak ni hahaha suka angkat bakul sendiri haha.
yelah2 awak suka spiderman..anak2 sy pun sgt suka..abg spider jahat adik spiderman baik.
|
|
|
|
|
|
|
|
ChildrenOfBodom posted on 4-7-2014 10:42 PM
bosanla trid betina nie
Harap dia dapat apa yg dia hijrahkan.......
Man kana hijratuhu liddunya au yusibuha, fahijratuhu ila ma hajara ilaih~
|
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking posted on 4-7-2014 11:28 PM
Dapat bf kerabat selangor mau tak convert..hehehehe
Harap dia dapat apa yg dia hijrahkan.......
Man kana hijratuhu liddunya au yusibuha, aw imro'atin yankihuha fahijratuhu ila ma hajara ilaih~ Last edited by axl_bach on 5-7-2014 11:41 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 4-7-2014 11:01 PM
Saya suka makan asam laksa, roti canai, nasi ayam, ayam masak merah. Minuman kesukaan saya ialah k ...
Lu datang bulan lagi kah??
Lobang u keluar haidh lagi kah??
|
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 5-7-2014 12:06 AM
Lubang? Datang bulan? Haid? Sungguh nostalgik ayat-ayat ini. Sungguh terharu selepas dah lama meny ...
hahahaha, tu laa nampak lama dah koram berdua x bergasak pasal lobang dan bulan......lol
|
|
|
|
|
|
|
| |
|