CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22030|Reply: 152

All-About Keislaman Felixia Yeap..Dah OFFICIALLY ISLAM #pg4

[Copy link]
Post time 3-7-2014 12:32 PM | Show all posts |Read mode


Felixia Yeap Rasa Seperti Diri Dilahirkan Semula, Kekal Nama Cina

Sebenarnya kami sudah berada di lokasi dikatakan tempat Felixia Yeap bakal melafazkan kalimah dua syahadah sebagai tanda beliau memeluk Islam namun di saat akhir, model dan personaliti media ini khabarnya merubah lokasi untuk mengelak media. Kami faham.

Namun dalam tulisan terbaru di blog beliau yang bertarikh hari ini (3 Julai 2014), Felixia Yeap ada menceritakan perjalanan beliau dari zaman remaja sehingga dewasa mencari jalan sebenar dalam kehidupan sehinggalah beliau bertemu dengan agama Islam.

“Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana. Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu,” tulisnya hari ini.

Dalam tulisan sama, Felixia Yeap menegaskan yang beliau akan terus menggunakan nama asal dengan penambahan nama dari mimpi di hadapan.

“Saya masih berbangsa Cina dan akan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya. Nama Cina saya dalam bermaksud Ketenangan, Keanggunan (Silent Grace). Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal”

Felixia Yeap yang berkali bekata yang beliau sudah pun Islam dalam hati merasakan yang hari ini seperti hari kelahiran semula dirinya dan bukan sekadar ulangtahun kelahiran.

“Hari ini adalah tarikh bersejarah untuk saya. Ia umpama satu kelahiran semula. Kebetulan pula, untuk tahun ini, tarikh lahir saya itu jatuh pada 5 Ramadan. Saya lebih teruja apabila mengetahui tarikh ini juga jatuh pada Khamis, iaitu hari kegemaran Nabi Muhammad SAW,“ tambahnya.

Kami yakin jika tiada liputan media pun untuk acara lafaz dua kalimah syahadah Felixia Yeap, gadis ini sudah pun rasmi bergelar seorang Islam dan sama samalah kita doakan yang hidayah yang diterima ini akan memandu beliau ke kehidupan yang lebih baik, Insya-Allah. Last edited by maxim on 5-7-2014 05:27 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2014 12:32 PM | Show all posts
http://felixiayeap.blogspot.com/ ... iran-semula-ku.html

3 Julai : Hari Kelahiran Semula Ku - Felixia Yeap

Assalammualaikum.



Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi...saya telah mengharungi pelbagai dugaan.



Bantahan.



Makian.



Sindiran.



Fitnah.



Penyisihan.



Tekanan.



Tetapi syukur Alhamdullilah...saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah.



Dan saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya.

Terkenal juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah.



Ya...saya mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap saya.



Namun, saya tetap tidak tanggalkan hijab saya.



Saya tetap teruskan perjalanan.



Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya...tidak membantah, malah merestui keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya.

Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik.

Ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya.

Dalam dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui keputusan saya, beliau menjawab, "Sang seng jor lor, dai gor nui la...kwai jor hou dor."

Ibu saya senyum, dan saya menahan air mata.



Rata-rata, ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang keluarga dan disisihkan.



Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui.



Mungkin ini juga salah satu hikmah dari penceraian ibu dan ayah.

(Ibu saya jauhhhh lebih bahagia sekarang juga, ALHAMDULLILAH!)



Ia memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis SPM dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar di sebuah IPTS. Apabila sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai yurannya.



Saya mula memikul tanggungjawab menyara keluarga.



Pada masa itu, saya tidak ada agama (saya dibesarkan di keluarga yang tidak percaya kepada mana-mana agama atau Tuhan), tidak ada apa-apa bimbingan agama...cuma berbekalkan nasihat dari ibu saya; iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.



Namun sebagai seorang naif yang tidak tahu apa-apa tentang dunia, tipu helah dan godaan manusia (Ya, keputusan SPM yang baik tidak menjamin anda akan selamat dengan tipu helah dunia)...saya juga mula terikut-ikut dengan orang di sekeliling saya. TETAPI, saya cuba sedaya upaya yang boleh untuk melindungi diri saya dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk dihantar balik ke rumah untuk ibu dan adik. Saya kekalkan pendirian untuk tidak sentuh arak, rokok, atau dadah.

Pernah banyak kali dipaksa, tetapi kedegilan saya untuk menurut paksaan dan suruhan orang lain menyelamatkan saya dari terjerumus sekali dengan yang lain.



Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modeling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan "mewah" dan bahagia.

Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan.

Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling "happening" yang mereka dapat pergi, rasa "happy" janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.



Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari. Sebab apa gunanya punyai kemewahan tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa?

Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.



Saya pernah cuba mencari Tuhan.

Cuba mendekati diri dengan Tuhan.


Saya pernah pergi ke gereja Katolik setiap Ahad petang selama 2 tahun.

Saya pernah cuba memahami agama Kristian.

Saya pernah cuba mencari makna dalam penyembahan berhala Dewa Kuan Yin dan sebagainya.

Saya juga pernah cuba mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.



Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan.

Hati saya tidak pernah rasa tersentuh.



***Harap jangan salah faham, di sini saya cuma ingin menekankan bahawa saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dari hati.



Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.

Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu.

Saya tidak lagi rasa "impressed" atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.



Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan...tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan.



Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis.

Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat.

Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!"


Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis.

Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan.



Masa itu...saya masih tidak tahu apa itu hidayah dan taufiq.



Dan pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup saya...saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi.



3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435.



Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah.



Tidak ada sebarang media yang akan hadir.



Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya.

Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang.








P.S: Saya masih berbangsa Cina, dan akan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya. Nama Cina saya dalam bermaksud "Ketenangan, Keanggunan" atau di dalam bahasa Inggeris, "Silent Grace".

Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal.





Terima kasih semua atas sokongan anda. =)






Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
wah wartawan kemain lg..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 12:37 PM | Show all posts
maxim posted on 3-7-2014 12:32 PM
http://felixiayeap.blogspot.com/2014/07/3-julai-hari-kelahiran-semula-ku.html

3 Julai : Hari Kela ...

Amboihh jemah nk bergambar dgn telekung,
cat eyes x tinggal.

btw alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 12:37 PM | Show all posts
byknya thread dia ni..xleh merged ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 12:37 PM | Show all posts
hurmmm gmbr pkai telekung--------tapi pkai fake eyelashes bgai
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-7-2014 12:42 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 12:46 PM | Show all posts
Bakpo aku nanges baca tulisan felixia ni.. huhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2014 12:48 PM | Show all posts
aku pun sebak.. baca blog dia..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 12:49 PM | Show all posts
tang mata xmenahan aih
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 12:51 PM | Show all posts
semoga di limpah kan rahmat n hidayah oleh Allah SWT kepada felicia n kita semua di bulan yg mulia ini..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 12:52 PM | Show all posts
one step at a time
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 12:54 PM | Show all posts
Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 12:56 PM | Show all posts
Tiada media boleh buat liputan pengislaman Felixia

RAZIATUL HANUM A.RAJAK

3 Julai 2014


MODEL pakaian muslimah, Felixia Yeap yang bakal memeluk Islam hari ini menegaskan tiada liputan media akan dibenarkan.

Menurutnya, bagi berlaku adil, tiada satu pun media yang akan dibenarkan menghadiri untuk menyaksikan pengislamannya itu.

"Kepada semua media, saya pasti untuk tidak membenarkan sesiapa pun untuk datang menyaksikan saya mengucap syahadah bagi berlaku adil kepada semua. Terima kasih kerana memahami," tulisnya di laman sosial Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Felixia juga menafikan berita yang tersebar berkenaan lokasi pengislamannya itu.

"Kepada sesiapa yang menyebarkan rumor bahawa saya mengucap di Hidayah Centre Melawati, ini Ramadan.

"Sekurang-kurangnya, jangan sebarkan pembohongan," katanya.

Sepanjang Ramadan ini, Felixia berkongsi dengan peminat-peminatnya aktiviti berpuasa termasuk berbuka dan bersahurnya.



Credits: sinarharian.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 12:56 PM | Show all posts
alhamdulillah.. semoga istiqomah
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 12:58 PM | Show all posts
oklah tu...bertambah umat islam
harap2 boleh bawak mak dia masuk islam jugak
dan sekelian kaum keluarga dia jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2014 12:58 PM | Show all posts
#fighting
#livestrong
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 01:00 PM | Show all posts
sedih gila kot baca tulisan dia ni...

alhamdulillah.. hidayah dari Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 01:01 PM | Show all posts


Motif eye make up?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 01:01 PM | Show all posts
moga dipermudahkan urusan felixia..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 1.068352 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list