View: 5338|Reply: 63
|
[Tempatan]
Tarif elektrik dijangka naik lagi
[Copy link]
|
|
Agensi tenaga elektrik, MyPower Corp Bhd menjangka kenaikan tarif elektrik bermula bulan depan, enam bulan selepas Putrajaya mengumumkan tarif elektrik baru Januari lalu. MyPower berkata, kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan memandangkan peningkatan harga gas antarabangsa.
"MyPower menyatakan mereka mencadangkan Kabinet kekal dengan mekanisma Pelaksanaan Pelepasan Kos Bahan Api (FCPT), di mana tarif akan diselarikan berdasarkan harga gas antarabangsa setiap enam bulan.
"Penyelarian pertama dijangka bulan depan yang akan menyebabkan tarif elektrik naik kerana harga domestik gas rendah daripada antarabangsa," kata MyPower yang dipetik daripada The Star hari ini. Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (EC) dan juga penasihat MyPower, Datuk Abdul Razak Abdul Majid bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah kenaikan yang bakal diumumkan kerajaan.
"Apa yang boleh saya beritahu ialah harga cecair gas asli (LNG) naik. Terdapat kuantum yang naik dan turun," katanya.
Sementara itu, Pegawai Kanan MyPower Azimah Abdul Aziz berkata antara Januari hingga Jun, harga LNG naik kepada 10%-25% tetapi harga batu arang turun 10%-15% antara tempoh tersebut.
Bagaimanapun, Azimah berkata kenaikan tarif perlu dijalankan untuk merapatkan jurang antara kos sebenar janakuasa tenaga dengan tarif yang disubsidikan ketika ini.
"Kos sebenar kuasa tanpa subsidi sekitar 42 sen per kWh seperti dicadangkan ke atas tarif semasa 38.53 sen per kWh.
"Memandangkan kos minyak dijangka naik, jurang antara kos sebenar dan tarif semasa dijangka akan melebar," kata Azimah.
Azimah berkata, sekiranya tarif semasa dikekalkan, jumlah subsidi yang perlu ditanggung kerajaan akan mencapai antara RM12 bilion hingga RM14 bilion bagi tahun ini saja.
Semakan terakhir tarif elektrik dijalankan pada Januari lalu yang menyaksikan peningkatan 15% kepada 38.53 sen per kilowatt-jam (kWh). – 25 Jun, 2014.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau gas turun bukan nak turun takrif. penipu betul |
|
|
|
|
|
|
|
babi la tau babi
bila nak buat Malaysia Spring ni |
|
|
|
|
|
|
|
Letrik naik, harga tiket bas pun akan turun merasa tempiasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mentang2 tgh musim panas korok! Mentang menatang sungguh! |
|
|
|
|
|
|
|
Choy sungguh.... Dahlah el-nino tgh melanda... Mmg susah ler nak kurangkan penggunaan elektrik.
Does the "electric saver" thing tu works? The one that my en suami bought doesn't! Any recommendation from those who are currently using it? |
|
|
|
|
|
|
|
Naik...naik..naik....otometik semua barang naik... |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah satu naik semua lah naik
Memberi efek :Q |
|
|
|
|
|
|
|
Asyik naik je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan kalau nak bagi rakyat marah kat kerajaan maka silalah naik letrik ye , TNB akan dapat banyak untunglah , tapi kerajaan akan dapat banyak kutukan dan kemarahan dari rakyat yang akan di terjemahkan pada PRU akan datang .
TNB boleh bagi kroni kerajaan untung besar tapi ketika pilihanraya TNB mahupun kroni tak punya kuasa majoriti pun
Ingat orang bandar je ke yang akan merasa impak nya bila caj letrik naik ? Keseluruhan rakyat dan pelabur asing merasakan impak nya !
Para pengilang dan para peniaga paling banyak guna elektrik , so kos akan meningkat mendadak sebab nak kena bayar bil lebih tinggi tu , suka tak suka barang dari kilang , pemborong hingga peniaga runcit semua akan terpaksa di naikkan harga untuk cover peningkatan kos .
Suasana pelaburan dan perniagaan dah jadi tak kompetitive lah lagu tu. Kalau ada negara lain yang boleh offer lebih baik maka pelabur nak tunggu lagi ka kat M'sia ?
Gaji rakyat tak naik mendadak every 6 month macam caj letrik tu , malah bertahun pun naik ciput je, habis tu kalau terpaksa bayar caj letrik tinggi di tambah dengan harga semua barangan meningkat , depa nak survive kok mana ?
Lagi kurang daya beli rakyat , akan kurang pendapatan peniaga lalu kurang cukai yang kerajaan boleh kutip dari rakyat dan peniaga .
Yang dok kampung pun ada gak anak cucu yang tinggal di bandar, kalau depa tengok anakcucu depa merana di bandar menanggung kenaikan harga barangan yang tinggi dengan gaji ciput tu orang kampung pun akan rasa marah kat kerajaan jugak lah kan .
So tindakan menaikkan caj letrik ni memang betul2 political suicide lah , la kroni kerajaan untung tapi PRU akan datang kerajaan akan rugi truk so berbaloi kah ? Dah la dapat undi pun majoriti nyawa-nyawa ikan aje , lagi nak buat tindakan yang mengundang kemarahan semua rakyat ka ?
Kerugian yang kerajaan tanggung cukup besar gitu masih nak senangkan hati a few kroni jugak ka ? |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah. syumulnya negara msia |
|
|
|
|
|
|
|
Bila cadang nak bina loji nuklear bantah pulak. Hadaplah kenaikan bahanapi |
|
|
|
|
|
|
|
yeay ! |
|
|
|
|
|
|
|
syukur mesia masih aman.... |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum dia naikkan
media akan buat forum
minta pendapat2 pensyarah IPTA, pakar2
masing2 akan keluarkan pendapat
hidup sederhana, hidup jimat cermat
cari side income
redha etc...
pastu baru la naik!
semua kes kenaikan mcm tu modus operandi dia |
|
|
|
|
|
|
|
gampang btol! asyik naik je...bila nk turun ni? |
|
|
|
|
|
|
|
budakmanentah posted on 26-6-2014 09:16 AM
gampang btol! asyik naik je...bila nk turun ni?
janji dicapati, rakyat didahulukan... menepati janji..BN menang, Rakyat senang, BN=Barang Naik.. pangkah lah lagi....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|