CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11029|Reply: 120

[Tempatan] Dosa rasuah lebih besar daripada makan babi, kata bekas mufti

[Copy link]
Post time 28-5-2014 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan kekesalannya dengan sesetengah umat Islam di negara yang terlalu kisahkan mengenai keharaman babi tetapi mendiamkan diri dengan dosa lebih besar seperti rasuah.
Beliau berkata, masyakarat Islam seperti tidak menyedari dosa dan mudarat dalam perkara yang jelas haram seperti riba dan rasuah adalah lebih besar daripada makan babi.
"Malangnya, kita tidak pula bising habis-habisan bagi perkara jelas haram seperti riba, korupsi, salah guna harta awam dan seumpamanya.

"Inilah fahaman Islam yang hanya terasa haram babi tetapi tidak terasa haram judi, riba dan rasuah sedangkan dosa dan mudarat semua itu lebih besar," katanya dalam tulisannya di Facebook hari ini.
Selain itu, katanya, umat Islam yang termakan makanan haram tanpa sengaja tidak dikira berdosa malah Allah juga tidak akan menghukum seseorang itu atas perkara luar daripada maklumat dan kemampuannya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden kandungan DNA babi yang dikesan dalam coklat Cadbury dan menyelar reaksi sesetengah pihak yang disifatkan sebagai melampau dalam agama.
Katanya, sifat Islam itu sendiri tidak pernah menyuruh atau menyusahkan seperti itu.
"Membantah hak pengguna itu sesuatu yang bagus supaya pengguna tidak diperdaya.
"Teteapi berlebihan dalam hukum seperti suruh samak mulut atau tukar darah adalah unsur ghuluw atau melampau dalam Islam," katanya dipetik daripada laman Facebooknya hari ini.
Sabtu lalu, Kementerian Kesihatan mengesahkan penemuan DNA babi dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).
Susulan daripada itu Jakim menggantung serta merta sijil pengesahan halal dua produk keluaran Cadbury itu.
Perkara itu juga turut mengundang kemarahan masyarakat Islam di negara ini hingga menyaksikan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pengguna untuk memfailkan saman selain memboikot produk itu.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mahu kilang Cadbury disita dan pengguna memboikot produknya berikutan tiada langsung permohonan maaf yang diusulkan dan pihak berkuasa seharusnya bertegas dalam hal ini.
Sementara itu, Gabungan Pertubuhan Islam bukan kerajaan (ACCIN) mahu kilang coklat Cadbury membayar kos menukar darah kepada semua umat Islam yang termakan bahan haram dalam coklat berkenaan.
Jurucakap ACCIN, Sabariah Abdullah berkata, gabungan yang mempunyai 18 NGO bernaung di bawahnya mendesak supaya saman hingga berbilion ringgit dibuat ke atas syarikat antarabangsa itu. – 28 Mei, 2014.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 11:36 AM | Show all posts
umno selamat
dlm umno cuma ada istilah politik wang
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:41 AM | Show all posts
bila ngo2 ameno dok memekak hal Islam gitu lah jadinye
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:43 AM | Show all posts
anak cina makan babi elok je upsr 5a... mak bapak  melayu melantak rasuah elok je anak2 sihat pandai menggatal pe sme..lek la...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:45 AM | Show all posts
secara teknikal
dosa isap sebatang rokok, lebih besar dari makan babi panggang 1 dulang...

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:48 AM | Show all posts
batmana posted on 28-5-2014 11:45 AM
secara teknikal
dosa isap sebatang rokok, lebih besar dari makan babi panggang 1 dulang...

ade artikel psl rokok pun ade dna babi.. apsl tak bising
cc @NIXAR
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-5-2014 11:49 AM | Show all posts
takpa...rasuah takpa...lain.....yang penting jgn makan babi...haram...

sama juga kalo pegang yg bukan muhrim.....lg teruk berbanding pegang babi
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:52 AM | Show all posts
itu laaa gua cakap, ini orang duk pegang tangan awek, boleh pula. Pegang awek itu berdosa umpama pegang babi (walaupun awek itu beriman pakai tudung dan sembahyang).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 11:55 AM | Show all posts
hanya babi yang hare dlm silibus agama melayu isle
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 11:58 AM | Show all posts
cmf_WonBin posted on 28-5-2014 11:52 AM
itu laaa gua cakap, ini orang duk pegang tangan awek, boleh pula. Pegang awek itu berdosa umpama peg ...

yup....pengang babi boleh tp lepastu kena sertu la.....kalo pegang bukan bini...boleh kena sertu?



Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
riba pun haram weilol
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 12:05 PM | Show all posts
TuntungReturn posted on 28-5-2014 12:00 PM
riba pun haram weilol

kalau la boleh  masukkkan dna babi kat riba....gerenti semua org boikot..bungkus terus bank

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 12:07 PM | Show all posts
DrMAZA.com
51 minutes ago · Edited

Pendapat yang mewajibkan membasuh kesan khinzir dengan air tanah hanya pendapat mazhab. Sedangkan majoriti ulama berpendapat memadai dibasuh dengan air tanpa memerlukan tanah. Apa yang penting hilang kesannya. Tiada dalil jelas yang menyatakan khinzir wajib dibasuh sebanyak tujuh kali dan termasuk air tanah. Dalil basuh tujuh kali termasuk air tanah berkenaan berkaitan anjing, bukan khinzir. Kekuatan pendapat khinzir tidak perlu dibasuh dengan air tanah ini disokong oleh tokoh besar Mazhab al-Syafi’i sendiri iaitu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) yang banyak mensyarahkan mazhab tersebut dan diterima pakai banyak karyanya di Nusantara ini. Kata Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafi’i (meninggal 780H):

“Khinzir hukumnya seperti anjing. Dibasuh apa yang ternajis disebabkannya sebanyak tujuh kali. Inilah pendapat yang paling sah dalam Mazhab al-Syafi’i. Kata al-Nawawi: Yang lebih tepat dari segi dalil memadai membasuh kesan khinzir sebanyak sekali tanpa tanah. Inilah pendapat kebanyakan ulama dan inilah pendapat yang diterima pakai. Ini kerana asal sesuatu perkara tidak wajib melainkan adanya dalil syarak”. (Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafi’i, Rahmah al-Ummah fi Ikhtilaf al-Aimmah, m.s 9, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Bagi saya pendapat majoriti ulama ini di samping lebih kuat, ia juga memudahkan kita berurusan dalam hidup terutama bagi yang makan di hotel, kapalterbang, bertandang ke rumah jiran atau kenalan bukan muslim. Adapun pendapat yang menyuruh samak mulut dengan air tanah adalah satu kecelaruan akal. Tiada siapa yang menganut Islam pada zaman Nabi s.a.w disuruh menyamak mulut mereka kerana dahulu mereka telah makan makanan haram. Sementara yang mencadangkan ditukar darah pula adalah satu kejahilan yang tiada bertebing.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 12:14 PM | Show all posts
obelisk posted on 28-5-2014 12:07 PM
DrMAZA.com
51 minutes ago · Edited

Best ayat "satu kejahilan yang tiada bertebing" tuh.

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 12:16 PM | Show all posts
rasuah tu rezeki la... rezeki....
kita semua ni jeles2 sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 12:16 PM | Show all posts
memang lah babi nie betul babi tau!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 12:17 PM | Show all posts
ementara itu, Gabungan Pertubuhan Islam bukan kerajaan (ACCIN) mahu kilang coklat Cadbury membayar kos menukar darah kepada semua umat Islam yang termakan bahan haram dalam coklat berkenaan.
Jurucakap ACCIN, Sabariah Abdullah berkata, gabungan yang mempunyai 18 NGO bernaung di bawahnya mendesak supaya saman hingga berbilion ringgit dibuat ke atas syarikat antarabangsa itu.

Sabariah Abdullah ----->kejahilan yang tiada bertebing.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 12:20 PM | Show all posts
makan rasuah cukup pi umrah saja. suci murni jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 12:23 PM | Show all posts
STONER posted on 28-5-2014 12:19 PM
bergurau ngan bini pakai dildo haram tak?

masih di topik dildo ye bang
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lebih suka Dr Maza ni pi suarakan info dia kat Majlis Ulamak, kemudian sepakat keluarkan secara rasmi pd seluruh rakyat beragama Islam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.137305 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list