TT telah berjaya untuk menunjukan contoh kepada kita tentang.."BAHAYA ORANG YG JAHIL CUBA MENAFSIR AL QURAAN"
Berkata Imam al-Shafie Rahimahullah (nasir al-sunnah) dalam kitabnya al-Risalah (Hal: 510) yang bermaksud:
Tidaklah berijtihad (qiyas) kecuali sesiapa yang mempunyai kemampuan iaitu ilmu mengenai kitabullah samada perkara fardhunya, kesusasteraannya (balaghahnya), nasikhnya, mansukhnya, ‘amnya, khasnya dan panduannya. Dia (mujtahid) berdalilkan pada perkara-perkara yang boleh ditakwilkan dengan sunnah Rasulullah SAW. Sekiranya tidak ada, maka dengan ijma’ al-muslimin. Sekiranya tiada ijma’, maka dengan qiyas.
Imam Syafie berkata lagi dalam kitabnya al-Risalah (Hal.511): Manakala sesiapa yang sempurna akalnya, namun bukan seorang yang berilmu (sebagaimana diperkatakan tadi), tidak halal baginya berijtihad , kerana sesungguhnya dia tidak mengetahui apa yang diijtihadkannya, sebagaimana tidak dibolehkan seorang ahli fiqh memperkatakan mengenai harga dirham walhal dia tidak mempunyai pengalaman di pasar.
Daripada gambar (yg mencemar forum agama) , tulisan TT yg terkandung "kejahilan/kesilapan" yg nyata,...membuat contoh terbaik bagi memahami kata kata Imam Syafie R.A tadi.
Sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya diserahkan urusan kepada orang yang tidak mengetahui tunggulah saat binasa.
ulang....
Berkata Imam al-Shafie Rahimahullah:
Tidaklah berijtihad (qiyas) kecuali sesiapa yang mempunyai kemampuan iaitu ilmu mengenai kitabullah samada perkara fardhunya, kesusasteraannya (balaghahnya), nasikhnya, mansukhnya, ‘amnya, khasnya dan panduannya. Dia (mujtahid) berdalilkan pada perkara-perkara yang boleh ditakwilkan dengan sunnah Rasulullah SAW. Sekiranya tidak ada, maka dengan ijma’ al-muslimin. Sekiranya tiada ijma’, maka dengan qiyas.
MAAF TT...Anda adalah ORANG YG SANGAT SILAP... (kesilapan anda boleh menyebabkan org lain tersesat)
Harap maklum.
Last edited by burungantu on 25-5-2014 10:47 PM
|