CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17434|Reply: 166

[Tempatan] Lima beradik yatim piatu sekelip mata, ibu bapa maut digilis lori

[Copy link]
Post time 23-5-2014 07:58 PM | Show all posts |Read mode
Aizat Sharif, Astro Awani | Kemas kini: Mei 23, 2014

(Diterbitkan pada: Mei 23, 2014 18:23 MYT)


KUALA LUMPUR: Lima beradik menjadi yatim piatu dengan sekelip mata apabila ibu bapa mereka maut digilis sebuah lori dalam satu kejadian langgar lari di susur Jalan Chan Sow Lin pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh memberitahu kejadian berlaku pada jam 8 pagi apabila kedua-dua mangsa menaiki sebuah motosikal Honda EX5 dari arah Cheras menuju ke jalan Chan Sow Lin.

"Motosikal yang ditunggangi mangsa secara tiba-tiba hilang imbangan menyebabkan kedua-dua mereka jatuh ke jalan raya sebelum dilanggar oleh sebuah lori," kata Mohan.

Mangsa kemudian digilis oleh lori tersebut yang kemudiannya bertindak meninggalkan tempat kejadian.

Identiti mangsa dikenali sebagai Jefri Mohd Zain, 50 dan isterinya, Norsalawati Ibrahim, 40 dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis masih lagi mengesan lokasi pemandu lori tersebut dan saksi kejadian digesa tampil untuk membantu siasatan.

Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.



http://www.astroawani.com/news/s ... -digilis-lori-36396





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2014 08:05 PM | Show all posts
Takziah..... ntah2 lori tu tak perasan pun dh gilis org....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2014 08:05 PM | Show all posts

MANGSA kemalangan di Jalan Cheras menghala Jalan Chan Sow Lin, pagi tadi.

Sehidup semati

Kuala Lumpur: Dua pasang suami isteri terbunuh dalam dua kemalangan berasingan di Jalan Sungai Paoh, Sarikei, jam 9 pagi semalam dan di Jalan Cheras menghala Jalan Chan Sow Lin, jam 8 pagi tadi.

Mangsa dalam kemalangan di Jalan Cheras, Jefri Mohd Zain berusia 50 tahun dan isterinya Norsalawati Ibrahim berusia 40 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

Mangsa yang menunggang motosikal dikatakan terjatuh sebelum digilis lori muatan tanah ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

Difahamkan pemandu lori terbabit melarikan diri.

Pasangan itu meninggalkan lima anak berusia dua hingga 16 tahun dan jenazah dijangka dikebumikan di kampung halaman Jefri di Changkat Sulaiman, Sungai Perak.


http://www.hmetro.com.my/article ... Article?BeritaUtama




Anak-anak Allahyarham Mohd. Jefri Mohd. Zain dan Noorsalawati Ibrahim dari kiri, Fatin Adlina, Norsyamini, Nur Auni Safia, Mohd. Aidil dan Mohd. Haikal di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman, Sungkai, Perak, semalam. – Gambar Utusan Online




Last edited by achik2009 on 26-5-2014 09:49 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 08:09 PM | Show all posts
innalillah.. Al-fatihah.. moga2 abg dia dpt jaga adik2 dgn baik..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 08:10 PM | Show all posts
Daging bersepai lenyek, lemak dan darah berterabur atas jalan ..... lihat sendiri kat http://ondscene.my/

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 08:10 PM | Show all posts
kesian tengok gambar anak2 dia.... bertabahlah nak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2014 08:12 PM | Show all posts
bagus taruk link..

ada yg copy paste cam dia tulis sendiri.....



Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 08:15 PM | Show all posts
sedih.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2014 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah....buat ahli keluarga.

Rase nye pemandu lori tu x perasan kot. Kalo jns lori yg bsr2, mmg x perasan benda yg dia dh gilis. Kalo pemandu lori tu yg langgar dulu motor tu dan terus gilis mangsa, mgkn dia akan perasan. X mgkn pemandu lori tu nk lari kalo bkn slh dia. Sbb motor tu hilang kawalan dulu, kemudian mangsa jatuh dan digilis lori. Harap2 ade la saksi yg buat report. Aku pun hari2 naik motor lalu plus highway g keje. Rase takut jer bila berselisih dgn lori.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 08:17 PM | Show all posts
anak2 arwah

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 08:22 PM | Show all posts
Sekelip mata lima beradik jadi yatim piatu... sedihnyaaa.. semoga nasib anak2 ini terbela... ai terbaca kat fb.. saiful nang sanggup nk menjaga kelima beradik ni... itupun kalau xde waris yg nk menjaga mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 08:26 PM | Show all posts
kesiannye tgk adik beradik ni..kecik2 lagi..sedih betol..sekelip mata jadi yatim piatu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2014 08:28 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 08:31 PM | Show all posts
Takziah tuk dorang 5 beradik..
Teringat cite dulu2 yang mak die uji rashid, ayah die x igt dah nama..
Bile ayah n mak mati anak tinggal merata..
Salah sorg ank depa dlm film tu aziz m osman xsalah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya... takziah kepada keluarga mangsa. Semoga anak2 arwah tabah. al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah & AlFatihah.. cdeynye dah nk dkat mulan Ramadan & Raya nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2014 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat kes sorg ex staff kompeni aku keje dlu, dia kene langgar dgn lori kat area rawang. jalan tu sunyi. lori tu reversed balik langgar lagi staff tu n cabut lari. maybe lori tu langgar balik supaya staff tu mati n xde case. now dia xkeje  kudung sebelah kaki n pencen ilat. korg jaga2 lah kalo drive jalan sunyi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 08:37 PM | Show all posts
kesiannya anak-anak yang ditinggal
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
al fatihah buat kedua2 arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 08:39 PM | Show all posts
sebak aku tgk gambar anak2 arwah tu..lebih2 lagi yg kecik2 tiga org tu .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.085082 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list