CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6287|Reply: 74

[Tempatan] KL sesak kerana 2.4 juta kereta bergerak sehari

[Copy link]
Post time 21-5-2014 12:24 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 20 Mei - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan beberapa agensi-agensi berkaitan dalam usaha mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota.
Agensi yang terlibat adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Star Radio Group.
Datuk Bandar Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, beliau yakin melalui kerjasama dengan pelbagai agensi ini dapat mempertingkatkan kualiti  perkhidmatan dalam aspek pengurusan lalu lintas.
"Agensi-agensi ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada usaha-usaha pengurusan lalu lintas di Kuala Lumpur dan saya berharap masalah kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU itu di Menara DBKL, di sini.       
Dalam pada itu, Ahmad Phesal berkata, antara penyebab utama masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota adalah kadar kemasukan kereta yang terlampau banyak dan rekod terkini adalah sebanyak 2.4 juta kereta secara purata sehari. - BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
I reckon setarap jakarta soon...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 01:05 AM | Show all posts
KL akan macet teruk menjelang 2020
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 01:12 AM | Show all posts
takde political will untuk melakukan tindakan drastik seperti memaksa carpooling, menaikkan harga parking, etc..
kalau aku gomen bn, aku implement je semua tu kat kl ni...bukan diaorang boleh menang pun kat kawasan kat kl ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 02:07 AM | Show all posts
ce pikir apa bisnes sesuai utk kita tap dari lambakkan kereta di kala jem ni

he he he

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 02:28 AM | Show all posts
perancangan tahap gampang....... siapa suh pi luluskan byk2 projek high densiti? puiii......!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2014 04:43 AM | Show all posts
Mcmana x sesak dgn kete, setiap org dlm satu rumah semua nak drive kete sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 05:12 AM | Show all posts
siapa suruh beli kereta, padan muka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 05:13 AM | Show all posts
freebird posted on 21-5-2014 01:12 AM
takde political will untuk melakukan tindakan drastik seperti memaksa carpooling, menaikkan harga pa ...

kalau akak jadi Purdana Muntri, akak robohkan monorel, ganti LRT PUTRA, by hook or by crook
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 05:15 AM | Show all posts
kemudahan pngangkutan mcm tu jga, brp lama pun xleh solve dr zaman paklah
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 05:46 AM | Show all posts
AHMADVW posted on 21-5-2014 05:15 AM
kemudahan pngangkutan mcm tu jga, brp lama pun xleh solve dr zaman paklah

dengar cerita paklah naikkan harga minyak sebab nak mengimprove pengangkutan awam ka apanama entah
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 06:41 AM | Show all posts
mohon kerajaan naik kan lagi rega kete ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 07:14 AM | Show all posts
How to calculate the CO2 emission level from the fuel consumption?

Diesel:

1 liter of diesel weighs 835 grammes. Diesel consist for 86,2% of carbon, or 720 grammes of carbon per liter diesel. In order to combust this carbon to CO2, 1920 grammes of oxygen is needed. The sum is then 720 + 1920 = 2640 grammes of CO2/liter diesel.

An average consumption of 5 liters/100 km then corresponds to 5 l x 2640 g/l / 100 (per km) = 132 g CO2/km.

Petrol:

1 liter of petrol weighs 750 grammes. Petrol consists for 87% of carbon, or 652 grammes of carbon per liter of petrol. In order to combust this carbon to CO2, 1740 grammes of oxygen is needed. The sum is then 652 + 1740 = 2392 grammes of CO2/liter of petrol.

An average consumption of 5 liters/100 km then corresponds to 5 l x 2392 g/l / 100 (per km) = 120 g CO2/km.

http://www.ecoscore.be/

kalu 2.4 juta kenderaan ....????
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 07:19 AM | Show all posts
Korg yg pg2 g keje naik kete kt kl mmg penyabar yer..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 07:20 AM | Show all posts
Improvekan sistem pengangkutan awam..
luaskan penggunaannya..
klu luaskan jalan sama jah, sesak jugak
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 09:13 AM | Show all posts
Staratila posted on 21-5-2014 04:43 AM
Mcmana x sesak dgn kete, setiap org dlm satu rumah semua nak drive kete sendiri

dah pemalas sgt nak jalan kaki sikit......
student pun sibuk nak pakai keta......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 09:22 AM | Show all posts
freebird posted on 21-5-2014 01:12 AM
takde political will untuk melakukan tindakan drastik seperti memaksa carpooling, menaikkan harga pa ...

bukan ke katanya ikut plan... menjelang 2020... bila mrt siap... kereta takleh masuk bandar... kena ade sticker khas mcm singapore tu....
masuk bandar je kena byr kaw2....  tp nak buat mcm tu sistem pengangkutan awam kena tip top... kena buang la pemikiran naik pengangkutan awam ni bangla2 yindon je...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 09:24 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 21-5-2014 05:13 AM
kalau akak jadi Purdana Muntri, akak robohkan monorel, ganti LRT PUTRA, by hook or by crook

klau akak jd PM... aku sudi jd kroninya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa posted on 21-5-2014 09:13 AM
dah pemalas sgt nak jalan kaki sikit......
student pun sibuk nak pakai keta......

Naik public transpot 2 jam.. naik kete 30 minit.. ko pilih mana satu??
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 09:38 AM | Show all posts
Sepanjang sepuluh tahun bekerja di lembah klang ni cukup-cukup la hazab jem nih,tak sabar  nak tunggu lrt siap 2015 nanti nasib umah sebelah lrt opis pun kurang dari 1km stesen lrt baru. mantap. bangun pagi2 mandi, pastu tido dalam train coz naik station 1st turun station 3rd last... telajak mampuih aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.111993 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list