View: 63027|Reply: 37
|
Kelebihan Nissan Almera Yang Perlu Anda Tahu
[Copy link]
|
|
SAYA pernah bertanya kepada bekas seorang Pengarah Urusan sebuah syarikat automotif mengenai pengeluar manakah yang bakal menjadi ancaman kepada syarikatnya.
Jawapannya di luar jangkaan apabila dia tidak menyebut jenama Korea Selatan seperti yang saya jangkakan. Jawapan yang diberikan ialah Nissan dengan alasan pengeluar tersebut boleh menawarkan harga kereta yang murah.
Benar katanya, selang beberapa bulan kemudian, Nissan melancarkan Almera pada harga RM66,000 yang berada pada paras harga kereta nasional.
Serta-merta Almera menjadi popular dan mencatat rekod tempahan melebihi 15,000 unit dalam masa tiga bulan selepas dilancarkan pada penghujung Oktober 2012. Almera juga terbukti popular apabila mencatat carian tertinggi dalam senarai automotif Google untuk tahun 2012.
Selepas enam bulan dilancarkan, saya mendapat peluang untuk memandu uji Nissan Almera Grade E. Sebelum itu, sudah lama saya memerhatikan Almera dari luar. Memang diakui saiznya besar dan saya fikir itulah antara faktor jualan utama model tersebut.
Nampaknya pasukan pembina model itu berjaya menekan butang yang betul memandangkan banyak sungguh Almera di atas jalan sekarang. Demografi pembelinya juga pelbagai. Lelaki, wanita, muda dan berusia. Selain itu, Almera merupakan alternatif yang segar di antara pesaingnya yang lain seperti Toyota Vios dan Honda City yang kini sudah memasuki kitaran akhir produk.
Nissan dilihat mempunyai jalan mudah untuk membuat penanda aras memandangkan kedua-dua model itu sudah lama berada di pasaran. Senang kata, Nissan dapat mengagak selera pembeli berdasarkan ciri-ciri yang ada pada pesaingnya. Hasilnya, Almera tampil dengan pakej yang kena dengan selera pengguna. Jadi tidak hairanlah kenapa model itu merupakan sedan global terlaris Nissan.
Saiz dalaman Almera memang besar walaupun dari luar nampak kompak. Ini berjaya dilakukan melalui teknik memaksimumkan ruang. Ruang kaki penumpang belakang luas, begitu juga dengan bonet.
Dua ciri tersebut sangat penting berdasarkan budaya pembeli terutama sekali di negara membangun yang mempunyai keluarga, selain suka berjalan jauh seperti pulang ke kampung dan bercuti. Kerusi pemandu dan penumpang juga selesa. Saya yakin penumpang pasti lena tidur semasa dalam perjalanan.
Penjimatan kos
Daripada tempat duduk pemandu, kerusinya boleh dilaras ke atas dan ke bawah. Namun disebabkan fizikal saya yang tinggi perbezaannya tidak ketara. Melihat keluar, kereta ini terasa tinggi namun itu merupakan poin bonus untuk pemandu wanita dengan fizikal yang rendah.
Almera Grade E adalah varian kedua termurah pada harga RM69,000. Maka peralatannya tidaklah semewah varian lain. Terdapat beberapa ciri-ciri penjimatan kos seperti stereng yang kurang selesa dipegang. Perkakasan plastik juga nampak kasar permukaannya.
Paparan grafik meter juga berbeza daripada varian lain dan nampak biasa-biasa sahaja. Almera Grade E didatangkan dengan hanya satu beg udara di sebelah pemandu. Tetapi sistem keselamatan lain seperti EBD, BA dan ABS dikekalkan.
Dari segi pemanduan, Almera sememangnya ditala untuk negara membangun dengan keadaan jalan yang tidak sempurna. Almera menyerap hentak lopak jalan dengan baik. Pada kelajuan sederhana di atas lebuh raya, kereta terasa stabil walaupun dengan saiz tayar yang langsing. Kiranya dua ciri tersebut boleh saya kelaskan sebagai bagus.
Suasana di dalam kabin juga agak senyap. Namun Almera tidak boleh lari daripada sifat kereta sedan biasa. Olengannya sederhana sewaktu mengambil selekoh, manakala stereng tidaklah ‘setajam’ mana.
Untuk kuasa pula, Almera dijana oleh enjin bersesaran 1.5 liter CVTC yang dipadankan dengan transmisi empat kelajuan. Pecutan Almera terasa linear dan saya fikir mungkin itulah karakter enjin moden yang mungkin dipengaruhi oleh teknologi penjimatan minyak.
Sewaktu memandu dalam keadaan normal, enjin Almera sememangnya senyap dan lancar. Namun karakternya berubah menjadi lebih ‘garau’ apabila gear dianjak daripada seleksi D ke gear 2 semasa mendaki bukit atau memotong kenderaan.
Harus diakui Nissan memang pandai memasarkan kereta mereka bagi memenuhi pelbagai kehendak pasaran. Ini boleh dilihat melalui aksesori rasmi dengan jaminan kilang seperti Nismo, Autech dan paling popular ialah Impul.
Bagi mereka yang mahukan penampilan dan karakter sporty, Nissan ada menyediakan pakej Impul. Pakej itu terdiri daripada kit badan, sistem suspensi dan ekzos dengan tambahan RM10,000 untuk pakej penuh.
Pembeli juga boleh menaik taraf aksesori standard seperti pemain cakera padat kepada DVD dan sistem navigasi, kerusi kulit dan roda aluminium. Jika terasa banyak sangat yang hendak ditambah, beli sahaja model spesifikasi penuh iaitu Grade VL yang pastinya lebih menarik dan mewah.
Setakat ini saya sudah memandu uji tiga buah model Nissan. Harus diakui bahawa produknya mempunyai ciri tersendiri seperti pemanduan selesa dan semestinya penggunaan minyak yang ekonomikal.
Berdasarkan pengalaman pandu uji, saya dapat rasakan Almera dibina dan dibangunkan oleh pasukan jurutera dan pereka berpengalaman. Mereka berjaya memberikan semua ciri-ciri yang diperlukan oleh pasaran.
Almera juga dilihat popular kerana ia menawarkan alternatif sesuai untuk mereka yang baru berkeluarga dan pilihan yang segar untuk menaik taraf daripada kereta bandar. Nissan memasarkan Almera pada masa yang sangat sesuai, ketika pengeluar lain sedang menyiapkan model masing-masing. Maklumat terkini dan lebih menarik tentang Nissan Almera Disini
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak kisah pasal power, handling, gadget & safety boleh la amik almera ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
lain org lain seleranya, klu aku pilihan yg aku utamakan
1.reka bentuk
2.keselamatan
3.harga yg berpatutaan dengan apa yg ditawarkan.
4. kuasa injin
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang pasti kepuasan itu ada dengan setiap keluaran kereta, ada lebih n kurangnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Almera ada VSA, VSA yang ada stability assist dengan more safety feature mmg lama dah amik kereta ni..
Walaupun rupa dia kurang sikit dari mata aku compare Vios & city. |
|
|
|
|
|
|
|
fzbikers posted on 11-5-2014 07:20 AM
Kalau Almera ada VSA, VSA yang ada stability assist dengan more safety feature mmg lama dah amik ker ...
Macam itu ke... boleh tambah sendiri kot VSA tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
pfiza posted on 11-5-2014 08:11 AM
Macam itu ke... boleh tambah sendiri kot VSA tu..
tak penah dibuat tambah sendiri VSA..haha
bukan mcm tukar sport rim.
|
|
|
|
|
|
|
|
mofisa posted on 11-5-2014 08:23 AM
tak penah dibuat tambah sendiri VSA..haha
bukan mcm tukar sport rim.
Yang x pernah tu patut dicuba buat ya..
|
|
|
|
|
|
|
|
fzbikers posted on 11-5-2014 10:07 AM
VSA tu vehicle stability assist, bahasa Melayu bantuan penstabilan kenderaan dengan bantuan komput ...
tq tentang VSA tu..x reti sgt bab2 canggih2 nie he2
|
|
|
|
|
|
|
|
pfiza posted on 11-5-2014 11:12 AM
tq tentang VSA tu..x reti sgt bab2 canggih2 nie he2
Senang ja, VSA tu kalau keta nak terbabas, brek dengan control stereng ja ke arah yang betul.
Kurang risiko nak terbabas.
|
|
|
|
|
|
|
|
fzbikers posted on 11-5-2014 11:41 AM
Senang ja, VSA tu kalau keta nak terbabas, brek dengan control stereng ja ke arah yang betul.
Ku ...
cm tu ke... hebat sungguh VSA tu kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
pfiza posted on 11-5-2014 01:35 PM
cm tu ke... hebat sungguh VSA tu kan..
X hebat, cuma kena ada kesedaran org Malaysia penting ada VSA/VSC ni.Kalau semua pengguna nak pengeluar kena sertakan sekali.Macam kat negara
luar.Banyak negara yang dah wajibkan ada VSA/VSC selain airbag etc untuk jual kat negara diaorang.
Sikap pemandu pn kena defensive driving/berhati2 di jalan raya.
|
|
|
|
|
|
|
|
fzbikers posted on 11-5-2014 02:34 PM
X hebat, cuma kena ada kesedaran org Malaysia penting ada VSA/VSC ni.Kalau semua pengguna nak peng ...
Hamboi ayat bersemangat sungguh ya... bagus2
|
|
|
|
|
|
|
|
even proton pon dah ada teknologi VSA ni kat Preve & Suprima S. |
|
|
|
|
|
|
|
tumpang tanya....kalau ABS tu , experienced driver boleh lakukan ABS manually...kalau VSA ni boleh control manually tak? |
|
|
|
|
|
|
|
66k 1 airbeg?? basic spec saja? tambah lagi 5k dapat suprima.. macam2 ada.. even basic spec |
|
|
|
|
|
|
|
dualchicks posted on 12-5-2014 05:16 PM
http://www.proton-edar.com.my/en/Models/Suprima/Model%20Overview%20Page.aspx
Tambah 5 ribu rasa ...
takpa yg penting 6 airbeg huhuhuh
|
|
|
|
|
|
|
|
mofisa posted on 12-5-2014 08:53 AM
even proton pon dah ada teknologi VSA ni kat Preve & Suprima S.
Kita patut bangga dengan produk keluaran Malaysia..kalau kita x support sape lagi..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|